Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MOD GTA V menambah 70 misi baru, Mechagodzilla, Ada Wong, & Macam-Macam Lagi!

Kalau rasa nak nikmati GTA V sekali lagi, muat turun sahaja link di bawah.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
MOD GTA V menambah 70 misi baru, Mechagodzilla, Ada Wong, & Macam-Macam Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lama tidak lihat mod GTA V, kan? Grand Theft Auto V dikeluarkan enam tahun yang lalu di PC dan komuniti modding masih sangat aktif. Oleh itu, hari ini kami memperkenalkan beberapa mod yang menarik sepanjang beberapa bulan lalu.

Yang pertama ialah GTA RPG yang menambah beberapa mekanik RPG ke dalam permainan. Mod ini memperkenalkan sistem EXP yang progresif, dialog NPC dinamik dengan pelbagai NPC dan RNG-based Item serta sistem Loot. Ia juga mempunyai sistem Quest, UI RPG asas dan Skill System dengan Skill Tree dan upgrade.

Mod kedua ialah Mission Pack yang menambah 70 misi baru untuk GTA V. Menurut deskripsi, dalam misi baru ini, pemain boleh masuk ke dalam kenderaan sebagai penumpang, masuk ke dalam rumah, buka pintu, godam PC atau peti besi, dan menggunakan kenderaan baru. Mereka juga boleh berinteraksi dengan watak-watak baru, dan misi lebih kompleks kerana terdapat banyak ciri-ciri baru.

Dan sekarang masa untuk yang lawak-lawak pula. Mod ini membolehkan pemain mengawal Ada Wong dari Resident Evil 2 Remake. Ini adalah mod yang luar biasa kerana ia mempunyai animasi facial penuh dan model Ada Wong sangat mirip seperti di RE2 Remake. Selain itu, mod mengandungi 2 pakaian dengan gaya berbeza, 2 gaya rambut dan fizik rambut yang berfungsi.

Di samping itu, terdapat juga mod Mechagodzilla dan King Ghidorah untuk GTA V. Seperti yang kamu fikir, mod ini membolehkan kamu bermain seperti Mechagdozilla atau King Ghidorah. Stail gila kan? Tetapi ini bukan mod terbaik yang telah kita lihat dari JulioNiB.

Sumber – DSOGaming

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ada wonggrand theft autoGTA RPGGTA VKing GhidorahMechagodzillaMission PackMod
Previous Post

Ingin beli produk asli dari JEPUN? Gunakan servis OTSUKAI!

Next Post

HEBAT! Teaser baru mendedahkan kita boleh main demo FINAL FANTASY VII REMAKE di GameStart 2019!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
HEBAT! Teaser baru mendedahkan kita boleh main demo FINAL FANTASY VII REMAKE di GameStart 2019!

HEBAT! Teaser baru mendedahkan kita boleh main demo FINAL FANTASY VII REMAKE di GameStart 2019!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd