Sebagai salah satu game dalam francais Warhammer, Snowprint Studios telah mengumumkan Warhammer 40,000: Tacticus yang kini tersedia untuk download secara akses awal bagi peranti mobile.


Tacticus adalah game top-down turn-based berasaskan grid yang menampilkan pertempuran taktikal sengit dengan setiap puak Warhammer 40k dalam francais. Bersama kempen yang didorong oleh jalan cerita, kita boleh mengalami semula semua peperangan ikonik dari francais juga. Bukan itu sahaja, dengan ciri-ciri lain seperti “terrain modifier”, “range stat” dan sistem rumit lain, Tacticus boleh menjadi game yang agak strategik bagi sesiapa yang suka genre tersebut.


Satu perkara lagi yang ditawarkan oleh Tacticus adalah pengalaman PvP. Seperti namanya, kita akan bertarung bersama pemain lain, tidak kira sama ada mereka rakan atau lawan rawak. Untuk bertarung, korang boleh memilih daripada lapan puak dan 40 watak unik. Lebih banyak puak dan watak akan ditambah dalam update akan datang.


Di samping itu, Tacticus juga memiliki sistem Guild yang luas. Sebaik sahaja menemui kumpulan yang selesa dan mencipta/menyertai Guild, korang akan menentang pemain-pemain lain dalam Guild Vs. Guild, dan menawarkan insentif untuk memguatkan unit bagi mendominasikan papan pendahulu. Ia bukan sahaja untuk PvP, kerana anda juga boleh bekerjasama dengan rakan Guild untuk menghadapi bos musuh sukar yang khusus direka untuk bertarung secara beramai-ramai.
Berikut ialah senarai puak dan unik yang boleh dimainkan:
- Ultramarine – Adeptus Astartes, marin angkasa lepas berpakaian perisai yang mempertahankan Imperium.
- Necron – Bangkit dari kubur mereka, mesin abadi ini membawa kematian kepada sesiapa yang menentang mereka.
- Black Legion – Diubah kepada “chaos” oleh dewa-dewa jahat, Black Legion pernah menjadi imperium terbaik. Kini mereka didorong oleh dendam dan konflik abadi.
- Black Templar – Marin Angkasa dalam misi khas untuk menghapuskan musuh dalam galaksi. Kadangkala dianggap sebagai ancaman oleh warga sendiri.
- Ork – Dibesarkan untuk berperang oleh old ones, Orks adalah paling gembira semasa dalam pertempuran. Kekuatan adalah untuk segala-galanya untuk makhluk xenos ini, dan tiada siapa boleh menghalangnya.
- Death Guard – Hamba kepada dewa Nurgle kini mengancam galaksi. Dengan senjata yang mengerikan, galaksi tidak akan pernah selamat.
- Adepta Sororitas – Persaudaraan warga ini membawa keajaiban dewa ke medan perang. Keajaiban boleh berlaku…dan Sororitas berjaya membuktikannya.
- Astra Militarum – Tukul Emperor tidak pernah berhenti di medan perang. Menggunakan kuasa tembakan dan kecerdasan untuk menghapuskan musuh menikmati kemenangan.
Sesiapa yang berminat boleh download game ini sekarang di peranti iOS dan Android. Untuk download (Android), saya sudah sediakan link di bawah.
Untuk ke laman web rasmi, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post