Bagi peminat Ultra di Malaysia atau sesiapa yang terkenang zaman kanak-kanak mereka, game Ultraman: The Gathering kini tersedia untuk pradaftar di platform mobile. Dilabel sebagai ARPG, Ultraman: The Gathering diberi pelesenan rasmi oleh syarikat Tsuburaya dan sedang dibangunkan oleh China Mobile Games (CMGE), sebuah studio dari China.

Malangnya, game ini hanya tersedia dalam bahasa Cina buat masa sekarang. Jangan sedih, kerana sekurang-kurangnya kita boleh cuba dulu sebelum keluaran global. Bagi mereka yang berminat, korang boleh pradaftar Ultraman: The Gathering sekarang melalui laman TapTap.

Menampilkan efek visual 3D, grafik Ultraman:The Gathering nampak lebih mengasyikkan dan menarik untuk membayangkan semula dunia Ultraman yang kita selalu lihat di TV. Menurut jalan cerita, sejenis kuasa jahat misteri telah muncul dan ia terserah kepada Ultraman untuk selamatkan dunia.
Game ini akan mengadaptasikan jalan cerita daripada siri Ultraman original terutamanya adegan-adegan menarik, tetapi developer juga menjanjikan bahawa mereka akan menambah kisah yang menceritakan perspektif baru tentang Ultraman kegemaran kita.

Selain visual, gameplay pun menjadi perhatian kerana mempunyai sistem pertempuran yang lebih ke arah realisme. Daripada menggunakan sistem berasaskan kad, turn-based dan lain-lain, pemain dapat mengawal pergerakan Ultraman termasuk setiap kebolehannya semasa berhadapan dengan raksasa yang mengancam bumi.
Sama seperti rancangan, kita boleh mengubah Ultraman ke bentuk unik mereka untuk mendapatkan kelebihan dalam pertarungan.

Daripada gambar visual utama, kita dapat melihat Tiga, Z, Ginga, Mebius dan Leo. Sebenarnya, bukan mereka sahaja yang ada – kerana semua Ultra dari zaman Show, Heisei dan Reiwa akan berkumpul lantas membolehkan kita mencipta semula adegan klasik dari rancangan.
Jika berminat, jangan lupa untuk pradaftar Ultraman The Gathering sekarang melalui TapTap! Untuk baca segala liputan kami tentang Ultraman termasuk beberapa fakta dan trivia, sila tekan pautan ini.
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post