Buat pertama kali dalam sejarah francais Pokemon, akhirnya mereka menghasilkan sebuah MOBA bertemakan rmakhluk-makhluk comel ini. Diumumkan dalam siaran langsung Pokemon Presents hari ini, presiden the Pokemon Company, Tsunekazu Ishihara, telah mengumumkan Pokémon UNITE, sebuah permainan video pertempuran pasukan strategik yang dibangunkan oleh The Pokémon Company dan ‘TiMi Studios milik Tencent Games. Pokémon UNITE dirancang sebagai permainan video cross-platform untuk Nintendo Switch dan peranti mobile serta akan dikeluarkan secara percuma.
Dalam permainan ini, pemain saling berhadapan dalam pertempuran pasukan 5v5. Semasa pertempuran, pemain akan bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk menangkap Pokémon liar, naik level, evolusikan Pokémon mereka sendiri, dan mengalahkan Pokémon lawan sambil berusaha untuk memperoleh lebih banyak mata daripada pasukan lawan dalam tempoh waktu yang ditentukan.
Antara maklumat tentang mekanik permainan:
- Anda mendapat XP selepas mengalahkan Pokémon liar.
- Pokemon anda akan meningkat level, berevolusi dan belajar skill baru dalam satu permainan.
- Anda memilih skill mana yang akan dipelajari oleh Pokémon tersebut.
- Anda memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih banyak mata daripada pasukan lawan.
- Mata diperolehi dengan menangkap Pokémon liar dan membawa mereka ke titik penangkapan.
- Beberapa skill bersifat AOE, menegak, penyembuhan, dan lain-lain. Sama seperti MOBA tipikal.
- Skill paling kuat ialah “Unite Skills” dan ia adalah jurus terhebat setiap Pokemon.
- Pokémon juga boleh serang secara automatik.
Senarai Pokemon yang boleh dimainkan:
- Charmander/Charmeleon/Charizard
- Squirtle/Wartortle/Blastoise
- Bulbasaur/Ivysaur/Venusaur
- Machop/Machoke/Machamp
- Snorlax
- Clefable
- Gengar
- Lucario
- Talonflame
- Pikachu
Pokémon UNITE memperkenalkan jenis pertempuran baru kepada francais Pokémon – jenis pertempuran yang memerlukan kerja berpasukan dan strategi. Walaupun nampak mudah, ia penuh dengan butiran yang menunggu untuk pemain bongkar. Pastikan anda melihat video di bawah untuk gameplay pertama Pokémon UNITE.
https://www.youtube.com/watch?v=dgWeEGBbJDQ

@gamersantaimy
Discussion about this post