Seperti semua pemain Honkai: Star Rail maklum, HoYoverse telah mengumumkan bahawa satu acara khas akan berlangsung di Malaysia iaitu “Cosmic Refreshment Supply”. Untuk pengetahuan anda semua, KOI Thé Malaysia telah dipilih sebagai rakan kolaborasi untuk acara Honkai: Star Rail. Tetapi ramai pemain muslim mula meragukan status halal daripada KOI Thé Malaysia memandangkan mereka masih tiada sijil Halal. Kami sendiri telah bertanya kepada pihak KOI tentang perkara ini.
Seperti yang dibalas, pihak KOI menyatakan bahawa semua bahan yang digunakan mempunyai status halal daripada negara asal. Bermakna status halal untuk bahan yang mereka gunakan untuk minuman tersebut bersih daripada bahan haram daripada negara ia dihasilkan. Jadi terserah kepada pemain muslim yang ingin mendapatkan minuman khas Honkai: Star Rail apabila acara bermula nanti.

Tetapi kalau anda yang meraguinya kerana tiada sijil Halal Malaysia, boleh sahaja mendapatkan merchandise tersebut, dan sedekahkan minuman anda kepada pemain lain nanti. Jangan buang pula, sebab itu hanyalah pembaziran.
Tentang Honkai: Star Rail X KOI Cosmic Refreshment Supply
Acara akan berlangsung bermula 19 Julai sehingga 30 Julai 2023 di Malaysia. Minuman yang akan tersedia nanti akan bertemakan Honkai: Star Rail malah pemain yang membelinya akan mendapat ganjaran khas dalam game. Berikut adalah item yang anda boleh dapatkan dengan setiap pembelian Cosmic Refreshment Supply ini:
- Cup Sleeve
- Sticker
- Coaster (pembelian 2 atau lebih minuman)
- In-game redemption card

Beberapa kedai KOI Thé Malaysia juga akan mempunyai hiasan bertemakan Honkai: Star Rail. Kalau anda ingin melawatnya nanti, boleh pergi ke lokasi seperti berikut:
- Aeon Bukit Tinggi: G-35, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang
- Ansa & Pavilion KL : Lot 1.59.00, Level 1, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
- Kota Damansara : 13-1, Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
- Queensbay Mall Penang: Unit no.1F-P5, Queensbay Mall, 100 Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas
- Aeon Tebrau Mall: Lot GK08, Aeon Taman Maluri Shopping Centre, Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur

Anda juga berpeluang untuk bertemu Stellaron Hunter di kedai-kedai tersebut kalau anda bernasib baik! Bolehlah ambil gambar bersama mereka nanti. Untuk mendapatkan berita menarik mengenai Honkai daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post