Minecraft ialah antara game paling terkenal di seluruh dunia sehingga daripada ia mula keluar sehingga hari ini. Cuba bayangkan betapa bangga ahli-ahli pasukan di Mojang ketika mereka mendapat tahu bahawa game ikonik mereka akan dijadikan siri manga rasmi di Jepun.
本日4月15日発売の『月刊コロコロコミック』5月号でMinecraft初の公式漫画がスタート!
漫画オリジナルのキャラクター、迫力あるアクションシーンやクラフトは必見です!
好奇心旺盛で冒険好きの主人公
ニコの一族に伝わる特殊なMODの力とは!?
詳細はこちらhttps://t.co/dTh94NjFBI pic.twitter.com/LBoSj2pipF— マインクラフト 日本公式 / Minecraft Japan (@minecraftjapan) April 15, 2020
Manga baru ini yang berjudul Minecraft: Journey to the World’s End, akan debut di majalah CoroCoro edisi Mei 2020.
Cerita ini mengikuti kisah Nico White, seorang budak lelaki berusia 10 tahun dengan kebolehan untuk menggali, yang memulakan sebuah pengembaraan selepas menerima kerja perlombongan. Dan tentu saja, walaupun Nico memiliki ciri-ciri istimewa yang anda biasa lihat di protagonis manga seperti rambut pacak dan sikap “jangan pernah mengalah”, dia dan watak-watak lain masih mengekalkan gaya seni ikonik Minecraft yang berkotak-kotak. Jauh berbeza daripada hero-hero di manga lain.
Manga ini juga akan menampilkan pelbagai ciptaan dan objek unik yang dibuat khusus untuk cerita, jadi gamers boleh mereplikasikan semula apa yang mereka baca di sini.
Ini menunjukkan betapa popular nya Minecraft sekarang di Jepun, walaupun game ini berasal dari Sweden. Untuk baca berita lain tentang manga dan anime, baca di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post