Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

miHoYo & myBurgerLab akan membetulkan isu penjualan “merchandise” HOYO FEST yang tidak adil!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2021
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk, Tempatan
0 0
0
miHoYo & myBurgerLab akan membetulkan isu penjualan “merchandise” HOYO FEST yang tidak adil!
0
SHARES
660
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda tidak tahu, penerbit hiburan interaktif global, miHoYo telah mengunumkan bahawa HOYO FEST akan hadir ke Malaysia bermula November ini yang merupakan acara tahunan di mana para pemain boleh melawat kafe bertema game kegemaran mereka oleh miHoYo. Bersama kafe tersebut, beberapa barangan atau “merch” eksklusif akan dijual. Malangnya berikutan aduan oleh komuniti, myBurgerLab (tuan rumah acara Malaysia) kini sedang berbincang dengan miHoyo untuk membetulkan isu penjualan “merchandise” HOYO FEST yang tidak adil.

Untuk makluman anda semua, HOYO FEST cafe akan dibuka di myBurgerLab, MYTOWN SHOPPING CENTRE, Kuala Lumpur. Setiap minggu tema kafe akan berubah mengikut giliran seperti berikut:

  • Honkai Impact 3rd: 5 November – 16 November
  • Tears of Themis: 19 November – 30 November
  • Genshin Impact: 3 Disember – 14 Disember

Isu sebenar berlaku apabila myBurgerLab memuat naik posting tentang merchandise yang dijual semasa sesi kafe Honkai Impact. Menurut sumber, setiap merchandise adalah berbeza dan terpaksa dijual pada hari berasingan mengikut permintaan miHoYo. Masalahnya adalah untuk membuat tempahan di kafe itu sangat susah dan terhad, yang bermakna ia hampir mustahil untuk kita tempah pada hari yang diingini.

Untuk memudahkan korang semua faham: saya teringin patung ” Seele Vollerei Anniversary Ball Ver. – 1/8 Scaled Figure” yang hanya tersedia pada 5 Nov, tetapi hanya dapat membuat tempahan pada 6 Nov. Itu bermakna saya langsung tidak ada peluang untuk dapatkan patung tersebut. Tarikh tidak menjadi masalah. Isu sebenar ialah tempahan sudah penuh pada hari tersebut!

Anda boleh lihat senarai penuh merchandise Honkai Impact di sini menurut gambar oleh seorang pengguna:

Berikutan pengumuman tersebut dan selepas berpuluh-puluh aduan dari peminat tegar, myBurgerLab terpaksa buang posting itu dan berbincang semula dengan miHoYo untuk membetulkan isu penjualan “merchandise” HOYO FEST yang dianggap tidak adil. Solusi tidak diberi buat masa ini, tetapi harapkan jawapan mungkin dalam hari ini atau esok.

Jika ada yang ingin pergi, semua kafe kolaborasi akan menyediakan set makanan khas bersama tema Honkai Impact 3, Tears of Themis dan Genshin Impact secara bergilir dan bersertakan ruang foto bertema. Anda dapat menikmati pelbagai makanan lazat, sambil menikmati suasana dunia game untuk sementara waktu. Pilihan untuk makan di tempat atau bawa pulang juga akan tersedia sepanjang acara berlangsung. Dengan membeli set makanan khas atau membuat sebarang pembelian di kafe, anda akan mendapat pelbagai jenis hadiah!

Untuk maklumat lanjut tentang acara, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HOYO FESTMalaysiamiHoYomyBurgerLab
Previous Post

Blizzard tangguhkan Diablo 4 dan Overwatch 2!

Next Post

Crossover antara PUBG Mobile dan League of Legends akan datang pada 16 November ini

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Next Post
Crossover antara PUBG Mobile dan League of Legends akan datang pada 16 November ini

Crossover antara PUBG Mobile dan League of Legends akan datang pada 16 November ini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd