Pada tahun 2014, dunia telah dikejutkan dengan berita mengerikan di mana satu kapal terbang Malaysia Airline MH370 yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 krew telah dilaporkan hilang. Tahun ini merupakan tahun yang ke-9 peristiwa ini berlaku dan Netflix akan mengeluarkan satu filem dokumentari MH370: The Plane That Disappeared pada 8 Mac 2023.
Pada 8 Mac 2014, Penerbangan MH370 Malaysia Airlines hilang daripada radar. Apabila 239 orang di atas kapal itu hilang, penyiasatan global terhadap misteri terbesar zaman moden berlaku. Walaupun laporan rasmi, teori yang tidak terkira banyaknya, dan pencarian tanpa jemu untuk bukti, tinggal hanya satu persoalan utama – Apa Yang Kita Hilang?
Menurut Netflix

Sehingga kini, kita masih tidak mempunyai jawapan sebenar dan jelas mengenai kejadian ini walaupun telah menjumpai beberapa serpihan kapal MH370. Ramai pakar yang masih tidak berputus asa untuk merungkai misteri ini. Terdapat juga pelbagai teori mengenai peristiwa ini berlegar-legar di internet.
Walaupun telah hampir 9 tahun kejadian ini berlaku, setiap waris dan ahli keluarga tetap menantikan sebarang perkembangan terkini mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 yang dianggap sebagai misteri penerbangan terbesar di dunia.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa filem dokumentari MH370 The Plane That Disappeared bakal ditayangkan di Netflix pada 8 Mac 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post