Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metal Saga: Hangyaku No Rouka rasmi akan tiba di Nintendo Switch

Amir Haziq by Amir Haziq
May 25, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, Open World, Platform
0 0
0
Metal Saga: Hangyaku No Rouka rasmi akan tiba di Nintendo Switch
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, semasa siaran langsung ulang tahun ke-30 Metal Max, 24Frame telah mengumumkan bahawa game JRPG open-world tank mereka, Metal Max Xeno: Reborn akan tiba di Amerika. Namun, selain dari pengumuman itu, mereka juga turut mendedahkan pelancaran untuk Metal Saga: Hangyaku No Rouka bagi platform Nintendo Switch.

Metal Saga: Hangyaku No Rouka merupakan entri baru dalam siri ini dan menjadi barisan Saga yang pertama, tidak termasuk spin off game mobile mereka iaitu Metal Saga: Hagane No Kisetsu yang hanya tersedia di Jepun sahaja. Game bounty-hunting RPG ini telah disahkan akan tiba di Nintendo Switch dan dilaporkan mempunyai sokongan bahasa selain bahasa Jepun. Ini boleh menjadi petanda bahawa penerbit akan melancarkan Metal Saga: Hangyaku No Rouka secara global pada waktu pelancaran yang belum diumumkan buat masa ini.

Berikut adalah maklumat gameplay mengenai Metal Saga: Hangyaku No Rouka:

Simbol Bounty

Seperti entri siri sebelum ini yang menggunakan sistem random encounter, semua raksasa di Metal Saga: Hangyaku No Rouka akan mempunyai simbol bounty di kepala mereka. Raksasa-raksasa ini boleh ditemui dalam ekosistem dan tempat mereka seperti dalam dungeon, jadi pemain boleh memikirkan cara untuk mengelak dari pertempuran rawak dengan raksasa

Pertempuran secara langsung

Dengan penambahan simbol bounty, sistem pertempuran game ini akan lebih realistik dan lancar. Pertempuran dalamnya juga telah mendapat perubahan baru dan tidak menggunakan sistem pertarungan command-based seperti siri yang lama.

Sistem Strategy

Pengulangan input arahan digantikan dengan sistem “Strategy”, bagi melakukan tugas berulang seperti meningkatkan level dengan lebih mudah. Karakter yang Strategy-nya disetkan ON akan bertindak mengikut arahan yang telah diberikan. Anda juga dapat beralih antara Strategy dalam pertempuran bergantung mengikut situasi, contohnya seperti bounty battle.

Membina Villa anda sendiri

Dengan penambahan sistem ganjaran untuk interior dan costume yang popular di game sebelum ini, Hangyaku No Rouka akan membolehkan pemain memiliki villa mereka sendiri di sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni dan boleh bercucuk tanam di sana. Anda boleh ubah suai interior, membina pelbagai fasiliti, membuka garaj mencuci kereta dan menjemput karakter kegemaran untuk tinggal di villa anda sebagai tempat persembunyian.

Buat masa ini, 24Frames belum mengumumkan lagi tarikh rasmi pelancaran untuk Metal Saga: Hangyaku No Rouka. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan game ini, anda boleh layari laman rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 24FramesMetal Saga: Hangyaku No Roukanintendo switch
Previous Post

Movie Kamen Rider Saber + Kikai Sentai Zenkaiger: Superhero Senki menampilkan 83 adiwira!

Next Post

Dragon Ball: Kisah sebenar di sebalik mata ketiga Tien Shinhan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dragon Ball: Kisah sebenar di sebalik mata ketiga Tien Shinhan!

Dragon Ball: Kisah sebenar di sebalik mata ketiga Tien Shinhan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd