Pada bulan Jun tahun lepas, pembangun Naughty Dog telah mendedahkan bahawa mereka sedang dalam projek untuk membangunkan game multiplayer The Last of Us. Baru-baru ini, mereka sekali lagi telah berkongsi konsep seni baru untuk projek tersebut. Maklumat lanjut akan diumumkan dalam tahun ini, mungkin semasa ulang tahun ke-10 game ini.
Presiden bersama Naughty Dog, Neil Druckmann menjelaskan melalui blog post dengan mendedahkan bahawa siri ini kini telah terjual sebanyak lebih 37 juta salinan pada Disember 2022. Dia menyatakan “Mendapat tahu bahawa Joel, Ellie dan seluruh watak kami berpengalaman untuk merasai kasih sayang daripada anda mendorong studio ini ke hadapan”.

Dia juga mengingatkan kepada para peminat bahawa game The Last of Us versi PC akan tiba di Steam dan Epic Games Store pada 3 Mac 2023. Menurutnya, butiran dan maklumat spesifikasi akan diumumkan dalam masa terdekat.
Cerita tentang projek multiplayer The Last of Us, Neil Druckmann berkata, walaupun game ini akan dimainkan dalam bentuk multiplayer. Ianya berbeza dengan apa yang Naughty Dog dikenali, namun game tersebut tetap akan mempunyai jalan penceritaan dan watak yang menarik.

“Kami menantikan ulang tahun ke-10 The Last of Us pada bulan Jun ini, dan kami sangat teruja untuk berkongsi lebih banyak lagi dengan anda tentang masa depan francais. Kami akan mengadakan beberapa kejutan yang menyeronokkan untuk anda, tetapi lewat tahun ini kami akan mula menawarkan beberapa butiran tentang game multiplayer The Last of Us.
Dengan pasukan yang diketuai oleh Vinit Agarwal, Joe Pettinati dan Anthony Newman, projek ini akan menjadi pengalaman yang baru dari studio kami, tetapi kami akan pastikan semangat kami dengan kekal untuk menyampaikan jalan cerita, memperkenalkan watak dan membangunkan game yang luar biasa.”

Seperti yang dapat kita lihat, konsep ini sepadan dengan apa yang diharapkan oleh peminat The Last of Us, menunjukkan jalan terbiar dengan kapal persiaran berkarat tersadai di hujung jalan.
Selain itu, sempena keluaran siri live action The Last of Us pada 15 Januari di HBO Max dan HBO G, Naughty Dog juga akan memberi maklumat di sebalik tabir tentang game original PS3 dan remake Part 1 untuk PS5 semasa rancangan itu berlangsung.
Jadi, apa pendapat anda tentang perkara ini? Pasti anda semua tidak sabar untuk bermain versi multiplayer The Last of Us apabila ia sudah keluar. Setakat ini sahaja maklumat yang dapat kami sampaikan. Kami akan kemas kini selepas mendapat maklumat lanjut.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai The Last of Us daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post