Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Menjadi “Thief” Berjaya, Mengalahkan Troll & Banyak Lagi Dalam Preview Dragon’s Dogma 2! [gamescom asia 2023]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2023
in Action, Artikel, Berita, Open World, Pameran/Expo, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Menjadi “Thief” Berjaya, Mengalahkan Troll & Banyak Lagi Dalam Preview Dragon’s Dogma 2! [gamescom asia 2023]
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lebih sedekad, Capcom akhirnya membawa kembali Dragon’s Dogma dengan sekuelnya, Dragon’s Dogma 2 untuk konsol generasi baru dan PC. Di gamescom asia 2023, kami berpeluang mencuba game ini selama kira-kira 15 minit melalui hands-on istimewa dan ternyata pengalamannya sangat menarik.

Kredit: Capcom

Memandangkan kami mencuba kelas Fighter di Tokyo Game Show 2023, kali ini wakil kami berminat untuk mencuba kelas Thief (kelas dipanggil sebagai Vocation dalam game ini). Apakah perubahan kali untuk hands-on ini? Teruskan membaca artikel saya.

Pengalaman Umum

Kredit: Capcom

Seperti namanya, Thief ialah arketaip watak yang lincah dan pantas yang menggunakan dua bilah pendek untuk melancarkan sejumlah serangan yang pantas sambil keluar masuk dalam pertarungan. Vocation ini turut mempunyai akses kepada beberapa kemahiran utiliti termasuk Smoke Screen: melemparkan item ini ke musuh akan membuat mereka keliru buat seketika) dan Powder Charge: anda meninggalkan bom dan ia akan meletup dan mencederakan musuh selepas tempoh masa tertentu.

Setiap Vocation juga mempunyai kemahiran unik sendiri. Untuk Thief, kemahiran uniknya adalah Swift Step yang membolehkan anda quick dash ke arah yang diingini. Untuk Swift Step khususnya, saya rasa ia adalah kemahiran yang cukup cool untuk keluar masuk semasa pertempuran sambil mencari peluang yang lebih baik untuk menyerang musuh.

Kredit: Capcom

Satu perkara yang paling saya sukai semasa Dragon’s Dogma 2 ialah mekanik yang membolehkan pemain bertukar  antara dua set kemahiran apabila menekan “butang L1” lama-lama. Kalau tidak silap, mekanik ini pun ada dalam game pertama Dragon’s Dogma tetapi saya gembira untuk melihatnya kembali dalam sekuel.

Untuk Thief, apabila kita bertukar kepada set kemahiran kedua, pemain akan diberi akses kepada kemahiran Smoke Screen dan Powder Charge yang saya jelaskan tadi. Kemampuan untuk bertukar antara kemahiran pada bila-bila masa dalam pertarungan menjadikan sistem pertempuran terasa lebih lancar dan bervariasi sambil menghilangkan elemen leceh.

Kredit: Capcom

Daripada segi grafik, dunianya memang cukup cantik lagi-lagi kerana lokasi yang saya bermain penuh dengan kehijauan warna-warni. Di samping itu, twrdapat banyak perkara untuk pemain berinteraksi semasa meneroka dunia yang luas, termasuk berbual dengan NPC dan melawan raksasa eksotik.

Untuk menjelaskan lebih lanjut tentang sistem permainan, pemain akan membentuk parti yang terdiri daripada empat sekutu AI yang dipanggil Pawns. Rakan AI ini akan membantu anda dalam pertempuran sama ada melawan raksasa menjengkelkan seperti Harpy atau bertindak sebagai umpan apabila menghadapi seorang musuh kuat semasa kita cuba menyerang daripada belakang. Anda juga boleh menggunakan D-Pad untuk memberikan arahan pantas kepada Pawn, yang juga sangat berguna apabila situasi pertarungan berubah.

Kredit: Capcom

Saya rasa satu-satunya aduan saya dengan game setakat ini adalah sistem stamina. Saya cuba untuk tidak menghabiskan stamina semasa berlari, tetapi ia masih habis dengan agak cepat (lagi-lagi semasa bertarung. Ini menyebabkan saya terdedah kepada serangan musuh, yang kadangkala boleh mengakibatkan maut. Jadi, nasihat saya adalah supaya sentiasa memerhatikan stamina.

Saya mengakhiri sesi hands-on dengan melawan world boss yang menyerupai seekor Troll yang besar. Daripada pengalaman saya, Troll itu mempunyai jumlah HP yang agak besar dan setiap serangannya mampu menghakis sebahagian besar HP saya. Nasib baiklah, saya mempunyai Pawn tersayang untuk menarik perhatian Troll sementara saya menyerangnya daripada sudut berbeza.

Kredit: Capcom

Secara keseluruhan, saya memang seronok (walaupun sangat noob) bermain Dragon’s Dogma 2 dan pasti akan menantikan pelancaran rasmi untuk game itu.


Buat masa sekarang, Dragon’s Dogma 2 tidak mempunyai tarikh keluaran tetapi Capcom mengesahkan bahawa game ini akan dikeluarkan di PS5, Xbox Series X/S, dan PC melalui Steam. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon's Dogma 2gamescom asia 2023Preview
ShareTweetSend
Previous Post

Serangan-serangan Paling Kuat dalam Dunia Anime Buat Masa Ini!

Next Post

Halang Pembelian Game Pada Harga Rendah, Steam Tukar Mata Wang Argentina & Turki ke USD Dolar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
Halang Pembelian Game Pada Harga Rendah, Steam Tukar Mata Wang Argentina & Turki ke USD Dolar!

Halang Pembelian Game Pada Harga Rendah, Steam Tukar Mata Wang Argentina & Turki ke USD Dolar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd