Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mengimbas kembali Kamen Rider Black, tonton di Youtube hari ini!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 28, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Tokusatsu, YouTube
0 0
0
Mengimbas kembali Kamen Rider Black, tonton di Youtube hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan siri Kamen Rider Black Sun telah mula ditayangkan, Toei Tokusatsu mengambil kesempatan ini untuk menayangkan semula siri Kamen Rider Black yang original di akaun Youtube rasmi mereka. Malangnya, mereka tidak akan menayangkan setiap episod tetapi mungkin yang ditayangkan hanyalah episod yang penting untuk peminat pengimbas kembali pada zaman tersebut.

Kamen Rider Black Sun merupakan “reboot” kepada siri original Tokusatsu siri Kamen Rider Black pada tahun 1987. Ini kerana Kamen Rider Black merupakan rancangan yang popular pada ketika itu dan kerana popularitinya sangat tinggi, siri ini berjaya menerima adaptasi manga.

Di sini saya letakkan pautan untuk Kamen Rider Black episod 1:

https://www.youtube.com/watch?v=lOG1i9ShEv4

Kamen Rider Black dianggap sebagai salah satu siri francais terhebat sepanjang masa. Terkenal di Malaysia dan Indonesia sebagai Kesatria Baja Hitam, siri ini berjaya menangkap minat penonton dengan jalan ceritanya yang mendalam, watak-wataknya yang luar biasa dan sinematografi yang menakjubkan.

Ia merupakan siri kelapan daripada francais tokusatsu Siri Kamen Rider. Ia adalah hasil kerjasama antara Ishinomori Productions dan Toei, disiarkan di Mainichi Broadcasting System dan Tokyo Broadcasting System dari 4 Oktober 1987 sehingga 9 Oktober 1988 dengan jumlah episod sebanyak 51 episod kesemuanya.

Jalan cerita siri ini sangat dramatik serta hubungan tragik di antara Kamen Rider dan musuh utamanya. Siri ini bukan sahaja popular di Jepun tetapi juga di beberapa negara lain terutamanya Malaysia dan Indonesia.

Sering dianggap sebagai siri klasik. Kamen Rider Black merupakan siri Kamen Rider paling popular pada tahun lewat 80an dan merupakan siri Kamen Rider Zaman Showa paling popular.

Berikut adalah sinopsis Kamen Rider Black:

Kamen Rider Black mengikuti kisah dua adik-beradik tiri yang diculik oleh organisasi misteri dan dipaksa menjalani pembedahan cyborg untuk menjadi Creation Kings pada masa depan. Semasa pembedahan, ayah mereka cuba menyelamatkan mereka tetapi hanya berjaya menyelamatkan salah seorang daripada adik-beradik ini dan terpaksa meninggalkan seorang lagi di dalam cengkaman organisasi jahat.

Kedua-dua adik-beradik itu dikenali sebagai Century Kings dan takdir menetapkan mereka harus berlawan antara satu sama lain untuk memutuskan siapa yang akan menjadi Creation King. Salah seorang menjadi Kamen Rider Black dan seorang lagi menjadi Shadow Moon Century King. Shadow Moon juga dikenali sebagai Kamen Rider jahat pertama dalam sejarah.

Fakta menarik tentang Kamen Rider Black termasuk bahawa dia adalah Kamen Rider pertama yang tidak memakai selendang, motosikal pertama yang boleh bercakap, dan Cult of Gorgom sangat berbeza dengan organisasi jahat yang sebelum kerana matlamat mereka jauh lebih kompleks daripada menguasai dunia semata-mata.


Ingin saya ingatkan sekali lagi, anda boleh tonton Kamen Rider Black di akaun Youtube Toei Tokusatsu pada pukul 8.00 malam ini dan tidak semua episod akan ditayangkan. Tidak lupa juga, siri terbaru Kamen Rider Black Sun kini sudah boleh di tonton melalui Amazon Prime Video. Para peminat Kamen Rider pasti tidak sabar untuk menonton! Jadi, untuk lebih banyak berita menarik tentang Kamen Rider, boleh ikuti Gamer Santai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: kamen riderKamen Rider BLACKKamen Rider BLACK SunTokusatsuyoutube
Previous Post

“PC Game Pass mungkin naik harga” – bak kata Ketua Xbox, Phil Spencer

Next Post

“Motion Capture adalah seperti berus” – Interview bersama Kenn McDonald dari PS Malaysia [Level Up KL 22]

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
“Motion Capture adalah seperti berus” – Interview bersama Kenn McDonald dari PS Malaysia [Level Up KL 22]

"Motion Capture adalah seperti berus" - Interview bersama Kenn McDonald dari PS Malaysia [Level Up KL 22]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd