Selepas pelancaran game yang berjaya, ramai memuji Solo Leveling: ARISE kerana masih mengekalkan sifat autentik daripada webtoon ke dalam game sambil menambah elemen baharu. Bukan sahaja kepada jalan cerita, malah visual dan grafik juga kekal tulen kepada lukisan di dalam webtoon. Untuk pencapaian ini, kami perlu berterima kasih kepada Inho Kim, selaku Art Director kerana berjaya membawa setiap ciri-ciri seni ikonik yang membuatkan karya webtoon Solo Leveling sangat terkenal.
Di sini, kami berpeluang menemu ramah beliau, dan bertanya pendapat serta pengalamannya menghasilkan seni untuk Solo Leveling: ARISE.
Gaya visual dan hala tuju seni manhwa Solo Leveling adalah penting kepada identiti dan daya tarikannya. Bagaimanakah anda merancang untuk menggunakan arah seni dan penceritaan visual dalam adaptasi game untuk membangkitkan rasa kagum dan keasyikan yang sama yang dialami peminat semasa membaca siri ini?
Inho Kim: Aspek paling penting dalam membangunkan gane berdasarkan Solo Leveling adalah untuk mengekalkan reka bentuk teras webtoon original.
Semasa pembangunan, kami sasar untuk memasukkan sebanyak mungkin bahan dan konsep original ke dalam karya seni, dengan elemen dan idea ini digabungkan dengan lancar sepanjang permainan.
Jika anda melihat reka bentuk Sung Jinwoo dan Hunter lain, anda dapat melihat bahawa mereka dicipta menggunakan elemen, warna utama dan naratif daripada original. Pasukan kami mencerminkan gaya seni webtoon Solo Leveling sebanyak mungkin, menggabungkan pelbagai gaya dalam gameplay, adegan 2D, dialog dan adegan sinematik untuk mencipta pengalaman bercerita yang mengasyikkan.
Selain itu, penting untuk mencipta reka bentuk combat gameplay yang sesuai dengan mood keseluruhan Solo Leveling. Untuk meningkatkan karisma Sung Jinwoo sebagai Monarch of Shadows, kami telah membangunkan dua mode berbeza: Mode Sung Jinwoo dan Mode Hunter. Selain itu, kami telah mencipta mode yang membolehkan pengguna bermain sebagai Sung Jinwoo dan Hunter lain secara serentak.
Sangat penting bagi kami untuk mewarisi dan mengembangkan konsep webtoon Solo Leveling yang disukai ramai orang. Kami telah mencipta reka bentuk watak original dengan cara yang melengkapi webtoon, dan terus mencipta Hunter dan raksasa unik yang eksklusif untuk game.
Persekitaran Solo Leveling amat bervariasi dan atmosferik, dari bandar yang sibuk hingga ke dungeon yang misteri. Bolehkah anda membincangkan proses untuk mencipta persekitaran yang mengasyikkan dan menarik secara visual dalam game, dan cara anda memastikan setiap lokasi terasa berbeza dan tidak dapat dilupakan oleh pemain?
Inho Kim: Elemen latar belakang dipersembahkan dalam bentuk yang lebih ringkas dalam webtoon kerana sifat mediumnya.
Siri original memberi panduan yang jelas untuk membezakan di mana adegan itu berlaku walaupun elemen diringkaskan. Daripada sumber ini, pasukan perancang mengumpul pelbagai rujukan dan menghasilkan pelan tindakan untuk peringkat pertempuran dan pergerakan watak.
Berdasarkan panduan oleh pasukan perancangan, jabatan seni mencipta peringkat menggunakan rujukan daripada game lain dan foto dunia sebenar. Khususnya, kami melawat Hapjeong Station yang sebenar untuk mengumpulkan rujukan tambahan semasa mencipta dungeon versi in-game dan mencerminkannya dalam permainan.
Peralihan daripada ilustrasi statik kepada animasi dinamik boleh memberikan cabaran unik dalam mengekalkan kesetiaan visual. Memandangkan ini Action RPG, bagaimana anda mendekati reka bentuk animasi Solo Leveling: ARISE untuk memastikan bahawa pergerakan watak dan tindakan terasa lancar, responsif dan tulen kepada bahan sumber?
Inho Kim: Apa yang menjadikan Solo Leveling: ARISE luar biasa ialah hakikat bahawa webtoon original, yang dipuji kerana gaya lukisannya yang sangat bagus, telah diadaptasikan menjadi game 3D.
Kami cuba menggabungkan adegan-adegan webtoon yang jelas dengan gerakan aksi menarik yang sukar untuk disampaikan dalam webtoon, untuk menghasilkan naratif sinematik unik yang boleh anda lihat dalam game sekarang.
Kami bereksperimen dengan cara berbeza untuk menggunakan kesan peralihan imej 2D daripada webtoon kepada 3D dan sebaliknya. Untuk menggunakan kesan peralihan ini dengan lebih baik, kami juga menguji ciri yang menangkap adegan secara automatik dalam Unity Engine.
Walau bagaimanapun, pasukan bersetuju bahawa kualiti akan bertambah baik apabila pereka konsep melukis dengan tangan mereka sendiri dengan merujuk kepada webtoon original, dan itulah cara kami menghasilkan visual semasa.
Pengguna boleh mengalami pertempuran yang sangat terperinci dan pantas daripada pelbagai watak, termasuk Igris dan Kang Taeshik, yang beralih antara 2D dan 3D.
Kami menggunakan 2D Spine untuk memaksimumkan emosi watak dan raksasa. Ini paling baik diwakili oleh Giant Statue dari Cartenon Temple. Kami mula-mula mencuba model 3D untuk menggambarkan senyuman seram Statue itu.
Bagaimanapun, ternyata Spine lebih berkesan daripada 3D untuk membawakan senyuman Statue yang menyeramkan lagi menakutkan seperti yang dilihat dalam webtoon.
Solo Leveling: ARISE menangkap intipati manhwa Solo Leveling sambil menawarkan pengalaman baharu dan unik untuk pemain. Bolehkah anda membincangkan sebarang unsur seni visual atau naratif original yang diperkenalkan dalam game yang menyumbang kepada identitinya sebagai pengalaman game kendiri?
Inho Kim: Walaupun terdapat begitu banyak Hunter unik dengan latar belakang yang berbeza di alam semesta Solo Leveling, peminat jarang berpeluang untuk mengenali mereka, memandangkan siri original terutamanya memfokuskan kepada Sung Jinwoo.
Solo Leveling: ARISE menawarkan kisah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini tentang Hunter-Hunter ini, serta cerita baharu yang dicipta untuk game, yang membolehkan pengguna mendapat pengalaman baharu.
Apabila bercakap tentang ‘identiti sebagai pengalaman game kendiri,’ saya akan mengatakan bahawa para Hunter ini yang telah diadaptasi daripada webtoon dan yang baru dicipta untuk game yang memberikannya identiti unik.
Bagusnya dapat menghasilkan semula siri original sebagai permainan, tetapi pasukan saya bersetuju bahawa kami harus menghasilkan visual sendiri apabila mencipta atau mentafsir semula watak – walaupun watak itu daripada siri original, kami mahu menambah sesuatu yang baharu kepadanya.
Pasukan seni memimpin dalam mecipta reka bentuk watak dari siri original, dan percaya kami telah berjaya melakukannya. Watak-watak seperti Lee Joohee, Park Heejin atau Yoo Jinho telah dibuat untuk game, mempamerkan ciri-ciri unik sambil mengekalkan rupa yang mereka ada dalam siri original.
Mencipta Hunter-Hunter original untuk game memerlukan pertimbangan yang teliti. Watak-watak baharu ini harus sesuai dengan alam semesta Solo Leveling dan pada masa yang sama, menarik minat peminat. Itulah sebabnya kami sering mengadakan mesyuarat dan draf untuk Hunter baharu.
Pemegang IP menyemak penampilan, latar belakang dan cerita untuk watak game original ini, sambil memberikan maklum balas yang membantu watak baharu ini menjadi sebahagian daripada Solo Leveling.
Pasukan seni dan pembangunan bekerjasama untuk mencipta cerita dan kandungan untuk game bagi memenuhi jangkaan peminat. Kandungan akan datang akan menampilkan lebih banyak cerita dari alam semesta Solo Leveling. Sila nantikannya.
Solo Leveling: ARISE menampilkan gaya seni yang terperinci. Bagaimanakah anda mengekalkan kualiti visual dengan mengoptimumkan prestasi untuk memastikan game lancar pada pelbagai peranti mobile, termasuk peranti kelas bawah?
Inho Kim: Ia sememangnya penting untuk mengekalkan keseimbangan antara kualiti visual dan pengoptimuman prestasi.
Memandangkan sifat game aksi, salah satu matlamat kami untuk Solo Leveling: ARISE adalah untuk memberikan pengalaman gameplay yang lancar dengan kawalan yang lancar. Kami menetapkan standard optimum untuk bingkai di mana pemain boleh mempunyai kawalan yang lancar dan memaksimumkan kualiti untuk standard itu.
Pasukan seni juga bekerja pada bahagian tertentu untuk aspek game ini. Memandangkan Solo Leveling: ARISE telah dibangunkan untuk genre aksi, pasukan seni meletakkan lebih berat pada penampilan watak, gerakan dan kesan mereka, sambil kurang memfokuskan pada latar belakang.
Maka, tamatlah interviu kami bersama Inho Kim, selaku Art Director Solo Leveling: ARISE. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab semua soalan di atas.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat turun game ini melalui mobile melalui Android, iOS dan PC melalui laman web rasmi sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post