Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Membawa MOBA Paling Hangat Di China Ke Platform Global” – Interviu Eksklusif Honor of Kings

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile, Temuramah
0 0
0
“Membawa MOBA Paling Hangat Di China Ke Platform Global” – Interviu Eksklusif Honor of Kings
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun dianggap sebagai MOBA mobile paling popular di dunia dengan lebih 200 juta pemain (secara fakta), kebanyakan orang di luar China tidak pernah mendengar pun tentang Honor of Kings. Sehinggalah Tencent akhirnya mendedahkan rancangan mereka untuk mengeluarkan game ini ke pasaran global pada tahun 2024.

Akhirnya, Honor of Kings versi global akan keluar dalam beberapa hari lagi, di mana kami akhirnya boleh mengalami game MOBA mobile popular tersebut. Sementara menunggu hari yang dinanti-nantikan, rakan media kami, Wanuxi, berpeluang menghadiri sesi temu bual bersama ahli-ahli pasukan pembangunan Honor of Kings daripada TiMi Studio Group.

Beberapa soalan hangat ditanya, jadi berikut adalah isi kandungannya:

Kami tahu Honor of Kings Global akan dilancarkan di seluruh dunia pada 20 Jun. Walau bagaimanapun, game ini telah pun dilancarkan secara rasmi di beberapa wilayah pada masa yang lama. Adakah pemain global juga akan terus memasuki musim terkini, atau adakah game akan bermula di musim pertama?

Kredit: TiMi Studio

TiMi Studio: Apabila kami melancarkan game pada 20 Jun, pemain di wilayah baru akan terus ke Season 6.

Selain itu, akan terdapat medan perang yang berbeza di wilayah yang berbeza. Sebagai tambahan, level tidak akan memberi kesan kepada membuka skil milik para Summoner [pemain].

Hero terbaharu dalam server China ialah Da Siming, manakala server Global pada masa ini tidak mempunyai hero ini, malah mempunyai lebih sedikit hero. Berapa jauhkan perbezaan antara hero dalam server China dan server Global? Adakah hero yang tiada akan ditambah, dan adakah keluaran setiap hero baru sama antara kedua-dua server atau tidak?

Kredit: TiMi Studio

TiMi Studio: Pada pelancaran 20 Jun, sebanyak 86 hero akan tersedia pada server Global. Walaupun ini lebih sedikit daripada yang ada pada server China, kami telah mempertimbangkan dengan teliti tentang keseimbangan dan counterplay bagi setiap satu untuk memastikan bahawa mereka semua menberi peluang strategik dan gameplay.

Lebih-lebih lagi, kami menyediakan percubaan percuma selama sebulan untuk semua 86 hero kepada semua pemain baharu Honor of Kings supaya mereka boleh mencuba kemahiran dan sifat yang berbeza serta mencari hero yang paling sesuai dengan gaya mereka.

Kami perlu menghormati hak cipta dan perbezaan budaya di setiap rantau, tetapi pada dasarnya semua hero dan skin yang sudah tersedia di China akan tersedia secara beransur-ansur kepada pemain di seluruh dunia, tetapi kami tidak dapat menyediakan jadual yang tepat pada masa ini.

Server Global mempunyai beberapa hero yang tidak tersedia dalam server China, tetapi kemahiran mereka sepadan dengan hero dari server China. Adakah terdapat lebih banyak hero yang diubah suai atau diganti atas sebab-sebab tertentu pada masa hadapan atau adakah server Global akan mempunyai hero original sendiri?

TiMi Studio: Menjelang pelancaran global, kami telah membuat beberapa pelarasan pada beberapa hero berdasarkan keutamaan pemain di seluruh dunia, tetapi ia tidak akan menjejaskan keseimbangan di medan perang.

Pelarasan yang dibuat kepada hero dalam server Global tidak konsisten dengan perubahan server China. Adakah server Global global ketinggalan oleh beberapa versi update dari segi pelarasan hero?

Kredit: TiMi Studio

TiMi Studio: Sebahagian besar mekanik hero dalam HOK konsisten secara global, tetapi kerana server Global mempunyai jumlah hero yang berbeza pada peringkat ini dan menjurus kepada pemain yang berbeza, pelarasan kepada keseluruhan tertakluk kepada set kriteria yang disemak semula.

Adakah terdapat sebarang cara untuk memindahkan data dari akaun server China ke akaun server Global, bagi pemain yang bermain kedua-kedua versi?

Kredit: TiMi Studio

TiMi Studio: Kami akan memberikan banyak faedah untuk pemain yang telah bermain di server China sehingga sekarang supaya peralihan kepada server Global selancar mungkin. Kami akan berkongsi butiran lanjut dalam masa terdekat.

Pemain dari seluruh dunia akan bermain dan berlawan sesama sendiri dalam server Global. Adakah terdapat ciri untuk pemain sepadan dengan kumpulan dari wilayah atau bahasa yang sama untuk menyelesaikan masalah komunikasi dalam game?

Kredit: TiMi Studio


TiMi Studio
: Sebagai pemain juga, kami menghargai keperluan untuk mempunyai sistem matchmaking yang menyeluruh. Secara default, perlawanan akan dimainkan pada server dengan latency terendah yang bermakna pemain dari kawasan yang sama atau jiran dipadankan dahulu untuk memastikan pengalaman gaming yang lebih baik.

Kami juga mempunyai sistem chat in-game yang membolehkan pemain berkongsi mesej yang telah ditetapkan, yang akan diterjemahkan secara automatik ke dalam bahasa yang relevan.

Adakah aktiviti in-game pada server Global akan disatukan dengan aktiviti pada server China, atau adakah server Global mempunyai rancangan aktiviti sendiri? Sekiranya terdapat aktiviti yang serupa, adakah terdapat sebarang perubahan kepada ganjaran?

Kredit: TiMi Studio


TiMi Studio
: Kami akan menyampaikan campuran acara global dan serantau, dengan contoh terkini ialah sambutan Tahun Baru atau Festival 5 5.

Untuk contoh terakhir, kami akan terus mengenal pasti acara seperti Karnival Brazil atau Moonlight Garden yang menunjukkan komitmen kepada komuniti tempatan sekarang dan yang akan muncul berikutan pelancaran kami.

Tadi kita bercakap tentang aktiviti in-game, sekarang ke topik aktiviti offline. Sebagai contoh, ada acara cabutan bertuah offline di China, di mana pemain boleh memenangi barangan berkaitan dan ganjaran lain. Adakah server Global akan mempunyai rancangan yang sama?

Kredit: TiMi Studio


TiMi Studio
: Kami akan mengadakan acara offline di rantau yang berbeza, terutamanya memfokuskan pada aktiviti esports. Kami akan menganjurkan pelbagai aktiviti giveaway aksesori tambahan di tempat acara esports.

Kami telah pun mengadakan acara esports Honor of Kings Invitational Musim 1 di Istanbul, Turki, dan bermula pada 29 Jun, Invitational Season 2 akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Pemain dialu-alukan untuk menyertai kami di luar talian dan bertemu kami secara peribadi.

Adakah terdapat acara kolaborasi offline pada server Global seperti jenama-jenama terkenal?

TiMi Studio: Walaupun tidak mempunyai apa-apa yang khusus untuk dikongsi pada masa ini, kami sentiasa meneroka potensi kolaborasi, termasuk yang akan meletakkan Honor of Kings di dunia sebenar.

Jika skin kolaborasi dikeluarkan di server China, adakah ia juga tersedia dalam server Global?

Kredit: TiMi Studio


TiMi Studio: Matlamat kami adalah untuk menawarkan semua komuniti, di mana sahaja mereka berada, kandungan yang sama. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa keadaan di mana citarasa serantau atau kelulusan daripada pemilik IP tidak membolehkan perkara ini.

Honor of Kings mempunyai liga profesional sendiri, dan pada tahun-tahun dahulu, terdapat beberapa skin eksklusif KPL dan FMVP. Adakah skin KPL serupa akan dikeluarkan pada server Global pada masa hadapan?

Kredit: TiMi Studio


TiMi Studio
: Skin acara esports merupakan bahagian penting dalam ekosistem kami. Skin eksklusif KPL setiap tahun telah menerima maklum balas positif daripada pemain. Pada masa hadapan, di server Global, kami akan mengambil kira keutamaan pemain dari seluruh dunia, dan rancangan skin baharu sedang dipertimbangkan dengan teliti.


Maka, tamatlah sesi temu ramah kami bersama TiMi Studio Group tentang MOBA Honor of Kings! Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab semua soalan kami.

Bagi mereka yang berminat, game ini akan dilancarkan secara global pada 20 Jun untuk peranti mobile Android dan iOS. Kini, ia tersedia untuk pre-register.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: honor of kingsinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

Ubisoft Dakwa Assassin’s Creed Shadows Tepat Dari Segi Sejarah, Bikin Kemarahan Komuniti Jepun

Next Post

Reviu F1 24 – Lakar Sejarah Formula One Moden!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
Next Post
Reviu F1 24 – Lakar Sejarah Formula One Moden!

Reviu F1 24 - Lakar Sejarah Formula One Moden!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd