Sebelum ini, kami telah mengongsikan kolaborasi antara jenama kasut terkenal PUMA dengan siri anime terkenal iaitu One Piece untuk Puma x One Piece Cell Endura, sekali lagi PUMA tidak mendiamkan diri dengan melancarkan satu lagi kolaborasi juga dengan siri anime yang sama untuk kasut yang menggoda dan dinamakan CELL VENOM! Dan reka bentuk sneaker PUMA One Piece CELL VENOM ini benar-benar berjaya menarik perhatian peminat!.
Sebagai lanun didalam anime One Piece sudah tentu misi utama adalah untuk merebutkan harta karun kan! Jadi PUMA x One Piece CELL VENOM sneaker ini direka dengan bertemakan memburu harta karun, jadi para peminat dapat melihat sendiri bahawa reka bentuk kasut ini tersangatlah menyerlah dan penuh dengan perhiasan yang berkilauan emas ibarat memiliki harta!
PUMAとONE PIECEのコラボレーションスニーカー第2弾、
「CELL VENOM ONEPIECE」が10月11日に発売。PUMAの90年代を代表するスニーカー 「CELL VENOM」が、
「TREASURE HUNT (=宝探し)」をコンセプトに、スペシャルな一足に。詳細はこちらへhttps://t.co/lq33W4n08Q#PUMA #ONEPIECE pic.twitter.com/fw7fwMTF3B
— PUMA JAPAN (@PUMA_JPN) October 7, 2019
Bukan itu sahaja, PUMA juga gambaran konsep peta harta karun untuk kasut One Piece CELL VENOM turut anda boleh lihat dibahagian tapak dalam kasut! Memang menarik! Peminat yang geram nak cari harta karun tu bolehlah guna peta itu.~
Okay jom usha sendiri galeri kasut sneakers ini disini;
Tempahan rasmi untuk PUMA One Piece CELL VENOM ini boleh didapati di Jepun pada 11 Oktober ini dengan harga 168 USD (anggaran RM704!!) Berminat tak tak? Kita tunggu jika pelancaranya akan sampai ke Maaysia. Kalau susah sangat anda boleh layari terus laman web rasmi PUMA untuk maklumat lebih lanjut. Jadi siap sedia menyilaukan mata anda semua!
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post