Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Masuk dunia “LEGO DREAMZzz” di acara bertema LEGOLAND Malaysia Resort pada Ogos ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 3, 2023
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk, Tempatan
0 0
0
Masuk dunia “LEGO DREAMZzz” di acara bertema LEGOLAND Malaysia Resort pada Ogos ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 3 Ogos, semua orang dijemput untuk memulakan pengembaraan bertemakan LEGO DREAMZzz di LEGOLAND Malaysia Resort demi mencari “makhluk mimpi”, dan menemui dunia yang fantastik di luar imaginasi mereka.

Diinspirasikan daripada mimpi kanak-kanak, LEGO DREAMZzz ialah acara bertema pertama oleh LEGO Group yang merealisasikan kreativiti kanak-kanak sewaktu mereka bermimpi. Siri LEGO DREAMZzz dikeluarkan sejak bulan Mei lalu, dan mengikuti pengembaraan rakan-rakan sekolah; Mateo, Izzie, Cooper, Logan dan Zoey semasa mereka menyertai agensi rahsia dan belajar menggunakan kuasa imaginasi untuk mengembara ke Dream World – untuk mengalahkan Nightmare King yang zalim!

Kredit: LEGOLAND Malaysia

Sempena itu, mana-mana keluarga dapat menyelami dunia LEGO DREAMZzz di LEGOLAND Malaysia, di mana pelbagai program bertema dan pengalaman kedai disediakan:

  • Pertama, LEGOLAND Malaysia Resort akan menampilkan tayangan perdana filem 4D eksklusif ‘Z-Blob Rescue Rush‘ mulai 3 Ogos dalam LEGO Studios 4D Movie Theatre
  • Kedua, cari lima “makhluk mimpi” yang melarikan diri di MINILAND – taman miniatur yang mereplikasikan tanda tempat ikonik di Asia. Setelah selesai memburu, tetamu boleh pulang dengan Lencana ID Dream Chaser sendiri untuk mengesahkan status kejayaan mereka.
  • Ketiga, kanak-kanak boleh mempelajari kemahiran membina LEGO dengan mencipta makhluk baik atau jahat sendiri.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi LEGOLAND Malaysia.

Barangan baru & promosi eksklusif kedai LEGO

LEGO Group juga telah melancarkan beberapa produk berdasarkan watak-watak baharu daripada siri LEGO DREAMZzz.

71453 LEGO DREAMZzz Izzie and Bunchu the Bunny
71454 LEGO DREAMZzz Mateo and Z-Blob the Robot
71456 LEGO DREAMZzz Mrs. Castillo’s Turtle Van
71461 LEGO DREAMZzz Fantastical Tree House
71469 LEGO® DREAMZzz Nightmare Shark Ship

Dari 1 Ogos hingga 14 September, pembeli boleh memperoleh LEGO DREAMZzz eksklusif beg galas boleh lipat dengan perbelanjaan minimum RM299 untuk mana-mana set LEGO DREAMZzz yang dibeli di LEGOLAND Malaysia atau kedai LEGO yang sah. Pembeli juga boleh menebus 30636 Z-Blob and Bunchu Spider Escape dengan perbelanjaan minimum RM199 untuk mana-mana set LEGO DREAMZzz yang dibeli di semua platform sementara stok masih ada.

Set LEGO DREAMZzz serba baharu akan dijual mulai 1 Ogos 2023 dan boleh didapati di seluruh kedai LEGO yang sah, Lazada, Shopee, Amazon, serta pengedar dan gedung utama di Malaysia.


Untuk baca segala liputan kami tentang produk LEGO, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LEGOLEGO DREAMZzzLEGOLAND Malaysia Resort
ShareTweetSend
Previous Post

Dapatkan DLC Atomic Heart: Annihilation Instinct sekarang! Musuh baru lagi gila menanti!

Next Post

Pengalaman HoYo FEST 2023 — Bukan Lagi Kafe, Acara Besar-besaran Untuk Peminat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pengalaman HoYo FEST 2023 — Bukan Lagi Kafe, Acara Besar-besaran Untuk Peminat!

Pengalaman HoYo FEST 2023 -- Bukan Lagi Kafe, Acara Besar-besaran Untuk Peminat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd