Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Spider-Man: Remastered tidak ada versi fizikal & “save file” tidak boleh pindah dari PS4 ke PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 23, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Marvel’s Spider-Man: Remastered tidak ada versi fizikal & “save file” tidak boleh pindah dari PS4 ke PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda tidak tahu, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales yang bakal dilancarkan untuk PlayStation 5 pada bulan November ini, akan mempunyai Ultimate Edition yang disertakan versi remaster untuk permainan video pertama bernama Marvel’s Spider-Man: Remastered. Kita dapat mengalami jalan cerita yang lengkap, yang merangkumi remaster permainan asal dan ketiga-tiga DLC Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps supaya pemain dapat mengalami naratif penuh.

Walaupun versi remaster ini memiliki pakaian baru, fitur mod foto yang lebih canggih, dan beberapa trofi baru, saya ada beberapa berita mengecewakan untuk anda semua.  Versi fizikal untuk Marvel’s Spider-Man: Remastered tidak dihasilkan dan fitur “cross-save” di mana kita pindahkan save file daripada PS4 ke PS5 tidak disokong.

no plans to release physically

— Insomniac Games (@insomniacgames) September 20, 2020

Saves won’t transfer from the original game to the Remaster

— Insomniac Games (@insomniacgames) September 20, 2020

Jawapan ini datang terus daripada Twitter rasmi Insomniac Games. Mungkin ada pemain yang tidak ingin ulang semula cerita Marvel’s Spider-Man PS4 dan hanya ingin mencari trofi baru, dan mungkin ada yang lebih selesa membeli versi fizikal daripada versi digital, jadi ini boleh bikin isu yang serius. Dukacita, ini semua tidak disediakan.

Walaupun banyak berita sedih, mari kita fikir berpositif dan lihat apa yang menarik tentang versi remaster!

“Remaster untuk PS5 ini bukanlah setakat peningkatan resolusi sederhana kerana banyak aset permainan telah diperbarui sepenuhnya untuk memanfaatkan kuasa konsol PS5. Anda akan melihat watak-watak yang kelihatan lebih baik dengan kulit, mata, rambut, dan animasi wajah yang ditingkatkan.

Anda juga akan melihat pantulan ray-tracing dan bayangan ambien, pencahayaan yang lebih baik, lebih banyak pejalan kaki dan kenderaan yang boleh dikelihatan dari jauh, dan mod prestasi pilihan di Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, yang membolehkan anda akhirnya bermain di kadar 60fps yang disasarkan.

Kami akan menyokong loading hampir seketika, audio 3D, dan maklum balas haptik untuk DualSense. Akhir sekali, kami menambahkan tiga pakaian Spider-Man baru yang menakjubkan, fitur mod foto baru, dan juga trofi baru untuk anda yang ingin Platinum permainan sekali lagi.”  –James Stevenson, Community Director Insomniac Games.

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, yang merupakan spinoff sendiri, akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4 pada 12 November manakala Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition, yang merangkumi voucher untuk Marvel’s Spider-Man: Remastered, akan dilancarkan pada hari yang sama juga . Anda boleh melihat semua liputan kami tentang Marvel’s Spider-Man: Miles Morales di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Marvel's Spider-Man: Miles MoralesMarvel's Spider-Man: Miles Morales Ultimate EditionMarvel's Spider-Man: RemasteredPS4ps5
Previous Post

Dari pemaju game besar hingga pasaran aplikasi, penaja bekerjasama untuk menjayakan festival permainan indie global

Next Post

Xbox Series X & Series S sudah bersedia untuk pra-pesan di Impulse Gaming! Harga lumayan RM2199 untuk konsol next-gen!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Xbox Series X & Series S sudah bersedia untuk pra-pesan di Impulse Gaming! Harga lumayan RM2199 untuk konsol next-gen!

Xbox Series X & Series S sudah bersedia untuk pra-pesan di Impulse Gaming! Harga lumayan RM2199 untuk konsol next-gen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd