Showcase Mario + Rabbids Sparks of Hope baru sahaja tamat dan Davide Soliani, Direktor Kreatif game telah menyelam ke pengembaraan kosmik yang menanti Mario dan kawan-kawannya. Dia telah mengumumkan bahawa komposer terbaru telah sertai pengembaraan baru dalam Mario + Rabbids ini. Mereka adalah Yoko Shimomura, komposer legenda Jepun dan Gareth Coker, komposer yang telah menangi pelbagai anugerah. Grant Kirkhope, komposer video game British juga telah kembali pada francais setelah menghasilkan skor untuk Mario + Rabbids Kingdom Battle.

Untuk anda yang terlepas livestream showcase Mario + Rabbids Sparks of Hope, anda boleh menontonnya melalui pautan ini malah terdapat dua trailer baru yang didedahkan! Trailer tersebut ialah pengenalan kepada game serta trailer menunjukkan pasukan pemain!
Mario + Rabbids Sparks of Hope akan tersedia pada 20 Oktober ini dalam 3 edisi iaitu Standard, Cosmic dan Gold pada Nintendo Switch secara eksklusif. Gold Edition akan mempunyai Season Pass untuk pemain yang ingin pengembaraan yang lebih panjang. “Megabug Pack”, senjata bertema yang berdasarkan Megabug yang dikenali ramai daripada Mario + Rabbids Kingdom Battle akan diberikan sebagai bonus pra-tempah. Lebih menarik lagi, akan ada dua figura yang boleh dikumpul oleh peminat iaitu Rabbid Mario dan Rabbid Peach. Anda boleh mendapatkannya melalui kedai rasmi Ubisoft di Shopee. Anda boleh gunakan pautan di bawah untuk terus ke Shopee.

Apa tunggu lagi, jangan lupa untuk ke laman web rasmi game untuk pra-tempahnya sekarang! Anda juga boleh mendapatkan liputan lanjut mengenai Mario + Rabbid melalui pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post