Mario + Rabbids Sparks of Hope akan mendapat tiga kemas kini DLC selepas pelancaran game tersebut. Bukan setakat itu sahaja, pemain Mario + Rabbids juga akan dapat bermain sebagai Rayman nanti! Anda boleh menonton trailer pengumuman di bawah.
Seperti yang diumumkan semasa livestream Ubisoft Forward, Mario + Rabbids: Sparks of Hope akan mendapat banyak DLC percuma selepas pelancaran. Ada kemungkinan besar watak Ubisoft lain juga boleh menyertai pengembaraan angkasa taktikal ini.

Walaupun begitu, tidak banyak maklumat tentang DLC ini didedahkan tetapi dapat jugalah kita melihat teaser untuk DLC ketiga yang memaparkan watak Rayman yang turut berdiri di samping Mario dan Rabbids. Untuk pengetahuan anda, kali terakhir kita berjumpa dengan Rayman pada tahun 2013 semasa pelancaran Rayman Legends. Dengan kehadirannya dalam game terbaru ini, sudah tentu ia membuatkan ramai peminat teruja.
Kita juga telah didedahkan dengan gameplay melawan boss Wiggler serta melihat planet Terra Flora dengan lebih teliti. Bowser juga nampaknya mendapat senjata baru iaitu Bowzooka.
Mario + Rabbids Sparks of Hope akan datang secara eksklusif di Nintendo Switch pada 20 Oktober ini. Anda juga boleh membaca temu ramah kami bersama Xavier Manzanares, produser kepada game ini. Anda juga boleh lawati laman rasmi game untuk dapatkan pra-tempah sekarang!
Untuk segala liputan mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post