Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mari membela wira Sentai sendiri dengan Kamen Rider Tamagotchi! Pra-pesan sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2021
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Impulse Gaming, Produk, Tokusatsu
0 0
0
Mari membela wira Sentai sendiri dengan Kamen Rider Tamagotchi! Pra-pesan sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah 50 tahun sejak siri Kamen Rider pertama ditayangkan di Jepun dan 25 tahun sejak Bandai melancarkan francais permainan Tamagotchi. Untuk meraikan ulang tahun penting ini, kedua-dua francais tersebut telah bekerjasama untuk mengeluarkan permainan Kamen Rider Tamagotchi yang membolehkan kita melatih Kamen Rider sendiri!

Menurut AAN, Kamen Rider Tamagotchi akan hadir dalam dua versi iaitu ‘Legacy Gold’ dan ‘Genesis Green’ serta akan mempunyai dua mini-game termasuk Rider Kick dan Challenge Ride, di mana kita dapat melatih Kamen Rider sendiri untuk cara-cara bertarung dengan orang jahat dan menunggang motosikal. Tamagotchi ini akan mempunyai jumlah total 40 Kamen Rider unik – termasuk tujuh Kamen Rider rahsia – dari era Showa, Heisei, dan Reiwa.

 

Permainan digital ini dijual pada nilai harga 2530 yen, tetapi peminat Malaysia tidak perlu melakukan pra-pesanan di luar negara. Sebaliknya, Kamen Rider Tamagotchi kini tersedia untuk pra-pesanan di kedai Impulse Gaming. Harga penuh untuk setiap versi Tamagotchi ini adalah RM99.00 tetapi anda boleh membayar RM19.00 dahulu untuk pra-pesan. Harap maklum, ini tidak termasuk caj penghantaran, di mana permainan akan mula dikeluarkan pada Disember 2021.

Bagi mereka yang tidak tahu, Kamen Rider diciptakan pada tahun 1971 oleh Shotaro Ishinomori, yang juga terkenal dengan Cyborg 009 dan siri Super Sentai (aka Power Rangers), syarikat Ishimori Productions dan Toei. Kamen Rider merangkumi banyak sekuel televisyen dan filem dan kini menjadi budaya popular di Jepun dan di luar negara selepas mengeluarkan pelbagai siri televisyen, filem dan filem aksi langsung, dan permainan video.

Pada bulan April 2021, Toei mengumumkan akan melancarkan tiga projek baru sempena ulang tahun Kamen Rider yang ke-50. Projek-projek ini terdiri dari Shin Kamen Rider, sebuah filem aksi langsung dari pengarah Shin Godzilla -Anno Hideaki pada bulan Mac 2023; Kamen Rider Black Sun, sebuah reboot untuk siri klasik 1980-an oleh pengarah Shiraishi Kazuya yang bakal keluar pada tahun 2022; dan Fuuto PI, sebuah siri anime berdasarkan manga dari Sanjo Riku dan Sato Masaki yang akan keluar pada tahun 2022.

Untuk segala liputan kami tentang Kamen Rider, sila tekan pautan ini.

Sumber – Anime News Network

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Impulse Gamingkamen riderKamen Rider TamagotchipermainanTamagotchiTokusatsu
Previous Post

PUBG bakal mendapatkan animasi, akan dihasilkan oleh Produser anime Castlevania!

Next Post

Netflix akan menambah ciri GAME ke langganan tanpa kos tambahan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Netflix akan menambah ciri GAME ke langganan tanpa kos tambahan!

Netflix akan menambah ciri GAME ke langganan tanpa kos tambahan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd