Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Map baru Valorant Lotus diperkenalkan, bakal tiba pada 10 Januari 2023

safwan by safwan
January 6, 2023
in Action, Artikel, Berita, Multiplayer, PC, Shooter
0 0
0
Map baru Valorant Lotus diperkenalkan, bakal tiba pada 10 Januari 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan Episode 5 Act 3 Valorant hampir tamat, Riot Games telah mengeluarkan satu trailer baru yang memperkenalkan Episode 6 dan juga map baharu Lotus. Episode 6: REVELATION bakal tiba pada 10 Januari 2023.

Pada awal trailer, kita dapat lihat yang setiap agent berada di berlainan tempat dan mereka masing-masing membuat hal mereka sendiri di mana Harbor & Astra berada di India untuk mencari Lotus (map baharu), Fade di Istanbul untuk mendapatkan maklumat Lotus (map baharu) daripada pengawal, Sage & Omen di Val HQ sedang berlatih dan Raze, Killjoy & Jett sedang menjamu selera di Korea.

Lotus itu dapat dibuka dengan menggunakan dua kuasa kepunyaan Astra dan Harbor. Namun, selepas sahaja mereka membuka pintu utama kawasan tersebut, Astra dan Harbor ditenggelamkan di dalam air. Mereka berdua tersedar selepas berada di dalam air dengan sangat lama.

Manakala yang berada di Val HQ iaitu Sage dan Omen sedang berlatih melawan Bot. Apa yang lagi menarik adalah ini adalah kali pertama Riot Game menambah skin pada gun dan mereka menggunakan barisan skin Recon. Kita boleh lihat Recon Phantom dan Balisong digunakan oleh Sage.

Fade yang berada di Istanbul sedang mencari maklumat tentang Lotus dan akhirnya memperolehi maklumat tersebut dengan menggunakan kuasanya yang boleh memberikan pelbagai mimpi ngeri kepada musuh. Dia juga menggunakan Seize untuk menghalang pengawal yang sedang mengejarnya. Di sini kita boleh lihat keseluruhan map dan saiznya juga agak besar.

Selepas sahaja Sage selesai membunuh Bot yang terakhir, dia dan yang lain telah menerima panggilan untuk pergi ke Lotus dan memburu Astra & Harbor. Kalau tidak silap, ini merupakan perjumpaan Sage, Raze, Jett, Killjoy dan Fade berjumpa dengan Astra dan Harbor. Dan disebabkan itu, trailer ini menunjukkan yang mereka adalah musuh pada hujung trailer.

Di dalam trailer tersebut, mereka tidak banyak menunjukkan tentang Lotus tetapi kita boleh lihat yang mapnya terletak di dalam hutan di India dan ianya sangat besar. Map ini juga mempunyai reka bentuk yang berlainan dengan memperkenalkan bunga teratai yang sangat besar di atas bangunan. Saya tidak pasti samada map ini mempunyai beberapa gimmick seperti map lain.

Apapun, trailer sinematik daripada Riot Games tidak pernah mengecewakan dengan kualiti animasi yang cantik dan pilihan muzik yang sangat sesuai. Mesti anda pun tidak sabar nak cuba map baharu Lotus dalam Valorant nantikan.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

MUAT TURUN DISINI!!!
VALORANT
Release Date: 2020-06-02
Microsoft Windows
VALORANT adalah penembak taktikal berasaskan watak 5v5 bersaing untuk PC, yang kini sedang dibangunkan di Riot Games. Akan dilancarkan di seluruh dunia pada musim panas 2020, VALORANT adalah permainan multiplayer yang tepat dan mematikan dengan pelbagai senjata, agen dengan kebolehan yang unik dan peta yang kompetitif untuk ribuan jam bermain.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LotusVALORANTValorant Episode 6: REVELATIONValorant Lotus
Previous Post

Jeremy Renner kongsi keadaan semasa, semoga cepat sembuh Hawkeye!

Next Post

Genshin Impact Dodoco Wish Machine — Mesin Hajat Jauh Dari Teyvat!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Genshin Impact Dodoco Wish Machine — Mesin Hajat Jauh Dari Teyvat!

Genshin Impact Dodoco Wish Machine -- Mesin Hajat Jauh Dari Teyvat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd