Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manhwa Solo Leveling akan kembali dengan bab khas akan datang!

Maira by Maira
April 8, 2022
in Artikel, Berita, Komik
0 0
0
Manhwa Solo Leveling akan kembali dengan bab khas akan datang!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri manhwa popular, Solo leveling yang telah tamat Disember yang lalu, nampaknya akan kembali semula untuk hiburan peminat. Baru-baru ini, siri tersebut baru sahaja secara rasmi tamat di platform manhwa terkenal, Tapas. Bukan setakat itu sahaja, platform itu juga ada mengumumkan bahawa manhwa tersebut akan mendapat bab khas pada masa akan datang!

Melalui laman rasmi Tapas, penerbit manhwa tersebut mendedahkan bahawa Solo Leveling akan direhatkan buat sementara waktu dan akan kembali dengan beberapa bab khas! Buat masa ini, masih tiada tarikh tetap mengenai tarikh pengeluaran bab khas tersebut, jadi kita nantikan sahaja pengumuman lanjut daripada Tapas.

Untuk pengetahuan anda, Tapas merupakan salah satu penerbit manhwa rasmi, yang menerbitkan siri tersebut dalam bahasa Inggeris. Bukan setakat itu sahaja, siri hebat lain seperti, Second Life Ranker, The Beginning After the End, SSS Class Revival Hunter dan banyak lagi, juga tersedia dalam platform tersebut. Tapas merupakan anak syarikat Kakao Page dan berfungsi dengan model perniagaan premium percuma. Banyak siri yang tersedia secara percuma untuk beberapa bab awal tetapi untuk episod selanjutnya, pengguna perlu membelinya. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh lihat senarai platform manhwa rasmi yang kami sediakan.

Untuk yang tidak mengenali siri Solo Leveling, ia merupakan adaptasi komik untuk webnovel oleh Chugong. Bab khas akan datang ini, akan tunjukkan kehidupan Sung Jin-Woo dan Cha Hae-In pada masa depan selepas berakhir cerita original. Jadi, nantikan beberapa perkara menarik dalam bab baru ini.

Berikut adalah sinopsis untuk Solo Leveling:

Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.

Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.

Sumber: MAL

Sementara menunggu bab khas ini dikeluarkan, kami ada beberapa manhwa menarik lain yang anda boleh baca. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai manhwa, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: manhwaSolo LevelingTapas
Previous Post

Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 akan datang ke Steam!

Next Post

Need for Speed terbaru mungkin dikeluarkan untuk konsol next-gen sahaja

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
Need for Speed terbaru mungkin dikeluarkan untuk konsol next-gen sahaja

Need for Speed terbaru mungkin dikeluarkan untuk konsol next-gen sahaja

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd