Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Dragon Ball Super akan kembali, kali ini fokus pada Goten & Trunks!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 21, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Dragon Ball Super akan kembali, kali ini fokus pada Goten & Trunks!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berehat selama empat bulan, manga Dragon Ball Super akan kembali ke majalah manga V-Jump pada bulan depan! Walaupun info masih tidak banyak, pengumuman terbaru mengesahkan bahawa story arc terbaru akan berlangsung antara peristiwa “Granolah the Survivor” dan filem terbaru Dragon Ball Super serta akan memfokuskan pada Goten dan Trunks yang sudah remaja.

A little better look at Goten & Trunks’ Super Hero Outfits! pic.twitter.com/uY7HQXfwwC

— DBHype (@DbsHype1) November 17, 2022

Secara khusus lagi, pengumuman ini asalnya dibuat melalui majalah V-Jump edisi November terbitan Shueisha. Di sini, mereka mendedahkan bahawa Dragon Ball Super bab 88 dijadualkan untuk keluar pada 21 Disember. Bab ini merupakan story arc serba baharu, yang berfungsi sebagai prekuel kepada peristiwa filem anime Dragon Ball Super: Super Hero, yang ditayangkan pada tahun ini. Bukan itu sahaja, story arc akan tertumpu kepada pasangan Goten dan Trunks, di mana Gohan dan Piccolo juga akan memainkan peranan penting.

Tidak lama selepas itu, laman web rasmi untuk DBS pula mengumumkan tajuk rasmi bagi arc itu iaitu “Super Hero” dan mendedahkan imej penuh Goten dan Trunks memakai sejenis sut superhero. Selain itu, laman web juga berkongsi sinopsis pendek –

“Duo separuh Saiyan yang nakal telah menjadi wira untuk melindungi keamanan bandar…?”

Maka, itu sahaja yang diberitahu.

Bagi mereka yang tidak tahu, Goten (anak Goku) dan Trunks (anak Vegeta) memainkan peranan penting semasa era Majin Buu Saga dalam Dragon Ball Z. Namun sejak itu, mereka seolah-olah seperti dilupakan. Bermula dengan filem Resurrection ‘F’, Goten dan Trunks tidak muncul dalam mana-mana pertarungan besar, mahupun “Tournament of Power”, “Planet Eater Moro” dan akhir sekali, “Granolah Saga”.

Pendek cerita, Trunks dan Goten tidak difokuskan langsung dalam Dragon Ball Super.

Bagaimanapun, filem Dragon Ball Super: Super Hero akhirnya menunjukkan kepulangan duo ikonik itu (dalam bentuk remaja), di mana mereka mengambil bahagian dalam pertarungan terakhir menentang Cell Max. Mereka juga bergabung untuk menjadi Gotenks, tetapi malangnya, versi gemuk yang keluar kerana Fusion Dance tidak dilaksanakan dengan betul.

Harap-harap arc terbaru Dragon Ball Super dapat menjelaskan apa yang berlaku antara tempoh “Granolah Saga” dan Super Hero, serta membuktikan Goten dan Trunks sama handal seperti bapa masing-masing. Buat masa ini, peminat DBS hanya mampu menunggu apabila bab baru keluar pada 21 Disember nanti.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Ball SuperGotenmangaTrunks
Previous Post

“Tiada Manga Baru” — Pencipta Attack on Titan Tiada Rancangan Untuk Mulakan Siri Terbaru!

Next Post

Bleach: Rupa kapten original Gotei 13 didedahkan! Mungkin muncul di “story arc” manga!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Bleach: Rupa kapten original Gotei 13 didedahkan! Mungkin muncul di “story arc” manga!

Bleach: Rupa kapten original Gotei 13 didedahkan! Mungkin muncul di "story arc" manga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd