Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Black Clover Kembali Selepas 4 Bulan Menunggu, Kali Ini Dengan Dua Bab Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Black Clover Kembali Selepas 4 Bulan Menunggu, Kali Ini Dengan Dua Bab Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak manga Black Clover beralih daripada Weekly Shonen Jump kepada Jump Giga, siri ini kini mempunyai tarikh keluaran bermusim untuk bab baru; bermaksud satu bab selepas setiap empat bulan. Walaupun begitu, penantian kita akhirnya berakhir kerana manga Black Clover kembali dengan dua baru baharu yang menerus saga finale.

New Chapter UP!
(For English Series)

Black Clover
Chap 370https://t.co/tZ9qSHGKmX

Chap 371https://t.co/j5SQeQnCq3 pic.twitter.com/RDW0LX3ioG

— MANGA Plus by SHUEISHA (@mangaplus_o) April 29, 2024

Keluaran Black Clover kali ini amat besar dan istimewa kerana manga telah mengeluarkan dua bab, bukannya satu. Boleh dibaca di sini laman web atau aplikasi Manga Plus, bab 370 dan 371 disiarkan secara langsung, jadi peminat boleh bersatu semula dengan Asta. Bukan itu sahaja, halaman berwarna khas juga disertakan untuk meraikan keluaran bab terbaru.

Kredit: Shueisha

Sedikit update bagi mereka yang lupa apa yang terjadi:

Kredit: Shueisha

Asta telah dapat berkongsi kuasa anti-magicnya dengan semua Black Bulls dan kini berganding bahu bersama Yuno untuk menentang Lucius Zogratis manakala rakan-rakan menghadapi klonnya.

Pada masa yang sama, Mereoleona dan skuad Crimson Lion telah mengorbankan diri dalam pertarungan menentang Paladin Moris. Ramai ahli Crimson Lion yang terkorban, dan Mereoleona pun kehabisan mana selepas menggunakan transformasi Hellfire Incarnate untuk bersaing dengan Moris. Hampir di ambang kalah, Mereoleona melepaskan kuasa maksimum untuk melancarkan sihir terunggulnya – Excelicitus Leonum!

Kredit: Shueisha

Untuk tahu apa yang terjadi, lebih baik anda baca bab terbaru di SINI.

Black Clover ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Yūki Tabata. Ia bermula dalam majalah shōnen manga Shueisha Weekly Shonen Jump pada Februari 2015. Siri ini disiarkan dalam majalah tersebut sehingga Ogos 2023, dan berpindah ke Jump Giga pada Disember tahun yang sama.

“Berlatarkan dunia di mana semua orang diberi kebolehan untuk menggunakan sihir, kisah itu mengikuti Asta, seorang budak lelaki yang dilahirkan tanpa sebarang kuasa sihir yang diberikan grimoire istimewa yang memberikannya kebolehan anti-magic. Bersama kawan-kawan dari Black Bulls, Asta merancang untuk menjadi Wizard King seterusnya.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBlack Clovermanga
ShareTweetSend
Previous Post

Stellar Blade Antara Game Dengan Rating Tertinggi di PS5, Diundi Oleh Para Gamer

Next Post

Konami Pecah Dua Rekod Dunia Guinness Di Yu-Gi-Oh! Championship Series Japan TOKYO 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Next Post
Konami Pecah Dua Rekod Dunia Guinness Di Yu-Gi-Oh! Championship Series Japan TOKYO 2024

Konami Pecah Dua Rekod Dunia Guinness Di Yu-Gi-Oh! Championship Series Japan TOKYO 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd