Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Black Clover 332: Asta naik pangkat & luahkan perasaan cinta buat kali terakhir!

safwan by safwan
August 4, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Manga Black Clover 332: Asta naik pangkat & luahkan perasaan cinta buat kali terakhir!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas direhatkan selama 3 bulan, manga Black Clover kini kembali dengan memperkenalkan arc terakhir melalui bab 332 yang bertajuk “Final Declaration” . Dengan melihat devil Lucifero telah dikalahkan pada bab 331, tidak ramai yang menjangkakan yang manga Black Clover akan menerima time-skip dan ingin melihat Asta beraksi melawan Lucius di Clover Kingdom.

Pada bab 332 manga Black Clover, ia telah menerima time skip selama 1 tahun 3 bulan dan banyak persoalan dan spekulasi yang telah dikeluarkan oleh peminat. Sudah pasti soalan yang utama adalah apa yang berlaku sepanjang time skip tersebut.

Namun, persoalan tersebut masih tidak terjawab pada bab terbaru dan mungkin akan terjawab pada masa akan datang. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, jom saya ceritakan apa yang berlaku di bab 332 manga Black Clover.

Kenaikkan pangkat bagi Asta dan Yuno

Pada pengawalan bab 332, kita dapat lihat yang Asta telah dinaikkan pangkat kepada Senior Magic Knight, First Class manakala Yuno juga telah dinaikkan pangkat kepada Grand Magic Knight. Nampaknya Yuno telah menjangkau Senior Magic Knight dan terus naik ke Grand Magic Knight.

Memang tidak disangkal kekuatan mereka berdua semasa Spade Kingdom Raid Arc. Lagi-lagi mereka berdua dapat membuka kuasa baharu dan mengatasi had masing-masing. Sepatutnya, Asta dinaikkan pangkat sama seperti Yuno tetapi disebabkan ada beberapa orang atasan yang masih tidak mempercayai kuasa devil yang dia ada, Asta hanya dinaikkan satu pangkat sahaja.

Walaupun dia dinaikkan pangkat di bawah Yuno, Asta masih bersemangat untuk mencapai impiannya sebagai “Wizard King” dan itu bukan halangan baginya. Letaklah berapa banyak halangan di hadapannya, dia akan bekerja keras untuk mengharunginya sehingga mengatasi had badannya.

Asta luah perasaan terhadap Sister Lily

Kini, Asta telah mencapai umur 18 tahun dan ingin meluahkan perasaannya terhadap Sister Lily. Walaupun pernah ditolak banyak kali sejak kecil, perasaan cintanya terhadap Sister Lily tidak pernah berubah. Selepas meraikan kejayaannya, Asta meluahkan perasaannya kepada Sister Lily buat kali terakhir. Apakan daya, Sister Lily masih menolak perasaan tersebut dan mengangap Asta sebagai adiknya buat selama-lamanya.

Apa yang lagi menarik tentang bab 332 ini adalah Noelle dan Mimosa mendengar luahan tersebut dan mereka berdua rasa resah. Hal ini kerana, kedua-dua mereka mencintai Asta seperti yang kita tahu. Malangnya cinta mereka masih tidak terbalas oleh Asta.

Memandangkan luahan perasaan Asta terhadap Sister Lily itu adalah yang terakhir, mungkin kita akan lihat Asta membuat luahan hati kepada salah seorang daripada mereka selepas ini. Jika perkara ini akan terjadi, korang rasa siapa yang Asta akan pilih? Noelle atau Mimosa?

Tidak lupa kepada perasaan cinta Charlotte terhadap Yami. Memandangkan Yami telah mengetahui segalanya tentang Charlotte meluahkan perasaan kepadanya semasa di Spade Kingdom, (terima kasih kepada Finral) adakah dia akan berhadapan kepada Charlotte dan luahkan perasaannya? Harapnya kita boleh lihat yang Yami dan Charlotte hidup bahagia bersama.

Lucius munculkan diri

Bab 332 ini dihabiskan dengan kemunculan villain utama iaitu Lucius Zogratis. Dia mengucapkan tahniah kepada Asta yang telah sampai ke destinasi terakhir. Tidak banyak yang ditunjukkan di manga selain rupa Lucius secara penuh. Apa yang saya boleh saya rungkaikan daripada penampilannya di penghujung bab ini adalah simbol di bahagian kiri dahinya.

Pada bab sebelum ini, kita boleh lihat yang simbol tersebut mempunyai 8 baris yang berada di luar bulatan. Pada bab terbaru, kita hanya nampak separuh daripadanya sahaja. Apakah fungsi simbol itu sebenarnya? Kenapa ia mempunyai separuh sahaja dan bukan semuanya muncul?

Banyak persoalan peminat yang masih tidak terjawab dalam manga Black Clover ini. Harapnya, Yuki Tabata akan menjawab segala persoalan tersebut melalui manga Black Clover. Dengan pengeluaran bab terbaru manga Black Clover, ini bermaksud arc terakhir telah pun bermula.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan segala liputan berkenaan Black Clover daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black CloverBlack Clover 332
Previous Post

One-Punch Man akhirnya tamatkan saga Garou selepas 7 tahun

Next Post

10 Siri Anime dengan Tajuk Paling Panjang! Boleh Jadi Sinopsis Terus!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
10 Siri Anime dengan Tajuk Paling Panjang! Boleh Jadi Sinopsis Terus!

10 Siri Anime dengan Tajuk Paling Panjang! Boleh Jadi Sinopsis Terus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd