Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Berserk masih akan melancarkan bab baru selepas kematian pencipta

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2021 - Updated on September 8, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Berserk masih akan melancarkan bab baru selepas kematian pencipta
0
SHARES
132
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Berserk adalah salah satu siri manga paling berpengaruh yang pernah dihasilkan dari Jepun, dan kejayaannya berasal dari sang pencipta, Kentaro Miura. Bagi mereka yang tidak tahu, manga fantasi gelap ini dicipta dengan teliti oleh Miura pada beberapa tahun yang lalu, dan memperkenalkan salah satu protagonis paling termasyhur dalam sejarah manga iaitu Guts dari zaman kanak-kanaknya sehingga dirinya yang dewasa. Pada masa yang sama, Miura juga mengembangkan lagi genre ‘dark fantasy’. Oleh, anda pasti faham mengapa komuniti terkejut ketika dengar berita tentang kematian Miura. Ramai tertanya “adakah Berserk akan tamat tanpa kesimpulan?”. Mungkin ya, tetapi menurut laporan, sebuah bab baru untuk manga Berserk akan dikeluarkan tidak lama lagi untuk menghormati kejayaan Miura selama ini.

https://twitter.com/MangaMoguraRE/status/1423584830269247488

Baru-baru ini, majalah manga Young Animal mengesahkan bahawa terbitannya untuk bulan September akan mengandungi bab baru bagi manga Berserk. Majalah itu akan menerbitkan bab 364 tidak lama lagi, dan akan menyertakan beberapa tambahan yang menyentuh hati. Menurut laporan dari MangaMoguraRE, bab baru juga akan menampilkan poster yang menunjukkan detik-detik terbaik dalam Berserk. Bab ini juga akan meneruskan kisah Guts yang sepatutnya sudah “tamat”, jadi nampaknya Miura berjaya menghabiskan beberapa bab sebelum kematiannya. Selain itu, bab ini akan menampilkan bahagian “behind-the-scenes” tentang Miura yang ditulis oleh rakan mangakanya yang lain. Bahagian ini dinamakan sebagai ‘Mesej ke Kentaro Miura’ dan tentu sedih bagi peminat Berserk untuk membaca.

Miura dilihat sebagai artis legenda dalam industri manga, sehingga pengaruhnya tersebar jauh di luar Jepun. Dari Eropah hingga ke pembaca Malaysia, karya beliau telah memberi inspirasi kepada banyak artis. Jika anda adalah peminat setia Berserk, jangan lupa untuk sediakan tisu semasa membaca bab ini. Apa pendapat anda tentang Berserk? Jom kongsikan pendapat di ruang komen ya!

“Pada 6 Mei, Kentaro Miura meninggal dunia kerana pembedahan aorta akut pada usia 54 tahun. Dilahirkan pada 11 Julai 1966 di wilayah Chiba, dia melancarkan siri manga Berserk dalam majalah Monthly Animal House pada tahun 1989, dan siri ini berlanjutan di majalah Young Animal hingga sekarang. Buat masa ini, terdapat lebih daripada 40 juta salinan yang diedarkan untuk Berserk. Untuk segala liputan kami tentang Berserk, sila tekan pautan ini.”

Sumber – Twitter@MangaMoguraRE

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bab baruBerserkJepunKentaro Miuramanga
Previous Post

Take-Two Interactive sedang menghasilkan 3 game remake dan remaster baru!

Next Post

Game klasik legend Ultima Underworld dan Syndicate kini PERCUMA di GOG!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Game klasik legend Ultima Underworld dan Syndicate kini PERCUMA di GOG!

Game klasik legend Ultima Underworld dan Syndicate kini PERCUMA di GOG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd