Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mampukah PC anda main Spider-Man Remastered? Info spec penuh & ciri penting

safwan by safwan
July 21, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, PC, Remastered, Single Player, Steam
0 0
0
Mampukah PC anda main Spider-Man Remastered? Info spec penuh & ciri penting
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, PlayStation telah melancarkan trailer baru bagi Spider-Man Remastered di PC. Trailer ini dikeluarkan untuk memberi gambaran kepada pemain PC yang mereka telah menambah baik dengan memberikan ciri-ciri penting dan spec terbaru untuk Spider-Man Remastered.

Kebanyakkan ciri-ciri penting itu terletak pada bahagian visual. Dengan setup PC yang pelbagai, mereka telah memberikan tetapan sebaik mungkin untuk mencapai kepuasan bagi setiap pemain. Oleh itu, mereka memberikan ciri-ciri penting khas untuk pemain PC. Berikut adalah ciri-cirinya:

  • “Ray-traced reflection” tersedia mengikut kesesuaian hardware setiap PC. Pantulan ini mempunyai tahap kualiti yang berbeza-beza.
  • NVIDIA DLSS meningkatkan prestasi grafik menggunakan pemproses AI Tensor Core yang hanya terdapat pada GeForce RTX.
  • NVIDIA DLAA ialah mod anti-aliasing berasaskan AI untuk pemain GeForce RTX yang inginkan tahap kualiti grafik yang lebih tinggi.
  • Wide Range Display Ratio menyediakan ultrawide 21:9, penoramik 32:9 dan pelbagai monitor NVIDIA Surround.
  • Sistem render yang boleh diubah suai bersama beberapa kualiti tambahan dan pilihan algorithmic. Tetapan yang disediakan adalah SSAO, texture filtering, kualiti LoD, shadow dan banyak lagi.

Bukan setakat itu sahaja, Spider-Man Remastered juga boleh menyokong PlayStation DualSense di mana pemain PC akan mendapat pengalaman “adaptive trigger feedback” dan “haptic respons” yang cukup baik semasa bertarung dengan villain Marvel yang ikonik.

Selain itu, mereka juga menyediakan banyak tetapan untuk pemain PC yang menggunakan mouse dan keyboard. Tambah pula dengan sokongan Steam Input, sudah pasti anda boleh “remapping” untuk setiap “input.” Spider-Man Remastered juga menyokong sistem “Achievement” dan “cloud save” pada Steam dan Epic Games Store.

Dengan terdapat pelbagai pilihan tetapan dan ciri-ciri penting pada bahagian grafik, sudah pasti diantara anda akan mempunyai soalan mengenai spesifikasi untuk bermain game ini dengan lancar kan. Berikut adalah spesifikasi penuh daripada minimum sehingga ultimate ray tracing.

Dengan pelancaran Spider-Man Remastered semakin dekat, Sony telah menyediakan item pack yang boleh didapatkan jika pemain membeli sebelum tarikh pelancaran. Berikut adalah itemnya:

  • Spider-Man suit
    • Tech-heavy Iron Spider Suit
    • One-of-a-kind Spider-Punk Suit
    • Original Velocity Suit
  • Spider-Drone gadget
  • 5 extra skill point

Dibangunkan oleh Insomniac Games dengan kerjasama Marvel, Spider-Man Remastered memperkenalkan anda kepada Peter Parker berpengalaman yang memerangi jenayah besar dan penjahat ikonik di Marvel’s New York. Pada masa yang sama, dia bergelut untuk mengimbangi kehidupan peribadinya serta kerjaya yang kacau-bilau manakala nasib New York terletak pada bahunya. 

Spider-Man Remastered PC akan dilancarkan pada 12 Ogos 2022 untuk Steam dan Epic Games Store. Ia bukan sahaja datang dengan main story tetapi bersama DLC “Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps”. Jadi, anda boleh merasai penuh aksi bersama wira Marvel ini.

Dengan ciri-ciri penting khas & spec untuk PC telah dikeluarkan, mesti ramai pemain PC tidak sabar untuk bermain Spider-Man Remastered. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh pergi ke PlayStation Blog. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang Spider-Man daripada kami.

Beli Sekarang!
Spider-Man Remastered
Epic Games Store, Steam
Dibangunkan oleh Insomniac Games dengan kerjasama Marvel, Spider-Man Remastered memperkenalkan anda kepada Peter Parker berpengalaman yang memerangi jenayah besar dan penjahat ikonik di Marvel’s New York.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Spider-Man Remastered
Previous Post

Minecraft sekat NFT dan Blockchain daripada server game!

Next Post

Detective Conan: Zero’s Tea Time akan tiba di Netflix pada 29 Julai 2022

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Detective Conan: Zero’s Tea Time akan tiba di Netflix pada 29 Julai 2022

Detective Conan: Zero’s Tea Time akan tiba di Netflix pada 29 Julai 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd