Kami telah menerima maklumat yang lebih terperinci berkenaan dua model Nintendo Switch yang sedang dibikin. Artikel asal tentang Switch baru ini telah pun disahkan oleh pelbagai sumber yang memberi lebih banyak butiran terperinci tentang Switch ini dan kelebihannya. Switch pertama direka khas untuk casual gamers dan mengambil inspirasi daripada sejarah rekaan Nintendo 3DS manakala Switch kedua lebih berkuasa berbanding Switch biasa dan lebih tertuju kepada player yang berdedikasi kepada game.

Mereka yang masih menggunakan Nintendo 3DS ialah sasaran untuk model Switch yang lebih casual dan murah, sumber kata. Butiran yang sama dikongsi di laporan The Wall Street Journal, tetapi daripada membandingkan Switch baru ini kepada 3DS, Nintendo kemungkinan akan mereka semula model 2DS. Switch ini lebih murah kerana feature device vibration telah dibuang daripada peranti ini tetapi sumber masih tidak pasti kenapa ciri ini dibuang.
Satu lagi perubahan besar ialah, Switch baru dan murah ini dilaporkan hanya boleh dimainkan dalam mode handheld sahaja. Maklumat jika peranti ini boleh dimainkan dalam docked mode masih tidak diketahui, walaupun terdapat perbandingan kepada 2DS selepas 3DS. Sumber juga kata versi Switch ini, sama seperti 2DS, akan lebih selamat untuk kanak-kanak.

Sumber – Eurogamer
@gamersantaimy
Discussion about this post