Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Main Warhammer 40,000: Space Marine II Sekarang! Ulasan Sangat Positif Di Semua Platform!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2024
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Main Warhammer 40,000: Space Marine II Sekarang! Ulasan Sangat Positif Di Semua Platform!
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan antara game terbaru paling hangat di pasaran, Warhammer 40,000: Space Marine II kini rasmi dilancarkan di semua platform utama! Dibangunkan oleh Saber Interactive, judul ‘third-person shooter hack-n-slash’ ini berfungsi sebagai sekuel kepada Warhammer 40,000: Space Marine yang dikeluarkan pada 2011.

Berikut adalah trailer pelancaran:

Bermain sebagai Lieutenant Titus dan Lawan Tyranid dalam Peperangan Galaksi

Kredit: Focus Entertainment

Teruskan kisah legenda Ultramarine Lieutenant Demetrian Titus, seratus tahun selepas peristiwa Warhammer 40,000: Space Marine dan melawan segerombolan Tyranid yang tidak berkesudahan untuk mempertahankan Imperium. Lepaskan kemahiran luar biasa dan senjata Titus secara solo, atau dengan sehingga dua rakan dalam co-op.

Customize Space Marine & Loadout dalam Mode PVE dan PVP

Kredit: Focus Entertainment

Bertarung sebagai salah satu daripada enam kelas (Tactical, Assault, Vanguard, Bulwark, Sniper dan Heavy) dalam mode “Operations” (PVE) dan “Eternal War” (PVP), dan ubahsuai watak anda dengan sistem customization yang mendalam untuk perisai dan senjata.

Dalam mode “Operations”, gunakan Data Armory dan pengalaman di atas medan perang untuk menguatkan setiap kelas dengan sehingga 25 perk untuk membentuk gaya permainan sendiri. Data Armory juga membolehkan anda menguatkan senjata dengan setiap misi baharu untuk membuka varian yang lebih berkuasa dan kosmetik unik. Kosmetik perisai dan senjata yang diperoleh dalam “Operations” juga tersedia dalam “Eternal War”, tetapi segala bonus hanya akan kekal eksklusif untuk pengalaman PVE untuk tujuan keseimbangan.

Lebih Banyak Misi, Musuh dan Senjata dalam Update Percuma

Kredit: Focus Entertainment

Selepas pelancaran permainan, Warhammer 40,000: Space Marine II akan menambah misi “Operations” baharu, peta PVP baharu, musuh baharu dan senjata baharu melalui update percuma yang kerap untuk semua pemain. Kosmetik dan misi tambahan akan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada Season Pass, tanpa sebarang mikrotransaksi atau kedai in-game yang melibatkan mata wang premium.


Setakat ini, sambutan pemain sangat-sangat positif. Di Steam, game ini menerima rating Very Positive daripada 31,260 ulasan, manakala di PlayStation, ia menerima 4.5 bintang daripada 2.6 ribu penilaian.

Jika berminat, Warhammer 40,000: Space Marine II kini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Warhammer 40K: Space Marine II
ShareTweetSend
Previous Post

SEA Major 2024 Kembali Pada 23-24 November!

Next Post

Persona 3 Reload: Episode Aigis Rasmi Dilancarkan! Epilog Sebenar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Persona 3 Reload: Episode Aigis Rasmi Dilancarkan! Epilog Sebenar!

Persona 3 Reload: Episode Aigis Rasmi Dilancarkan! Epilog Sebenar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd