Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Macam-macam boleh di kustom dalam Project Cars 3~ Peghh macam kereta betul dah!

Nyny.A by Nyny.A
September 8, 2020
in Artikel, Berita, Genre, PC, PS4, Sukan/lumba, Xbox One
0 0
0
Macam-macam boleh di kustom dalam Project Cars 3~ Peghh macam kereta betul dah!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang ramai tahu, Project Cars 3 secara rasmi hadir di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 25 Ogos yang lalu serta kami telah mengongsikan review kami. Tetapi kali ini, kami kembali sekali lagi untuk mengongsikan lebih mendalam dengan sesuatu yang di luar kawalan~ Eh, yang menarik untuk pencinta kereta sport terutama pada peminat Project Cars 3! Yup, perkongsian kami kali ini adalah mengenai ciri “CUSTOMISATION” atau kustom yang tersedia didalam permainan yang membuatkan lagi kereta pilihan anda lebih laju, padu dan rambang mata ibarat realiti!

Ok, sejujurnya~ Apa kereta lumba kegemaran anda? Jika pilihan anda terdapat dalam permainan ini, inilah waktunya untuk anda kustom “kaw-kaw” kereta anda tersebut! Dalam pilihan kustom ini terdapat dua pekara yang ingin kami kongsikan, satu adalah pilihan “Upgrades” dan satu lagi adalah “Custom“. Kedua ini boleh dilihat dibahagian “Garage” dimana tersedia kereta yang sudah kita miliki. Tanpa lengahkan masa, jom kita mulakan dengan bahagian “Upgrades”

Upgrade

Siapa yang hantu kereta memang sukakan bahagian ini, didalam Upgrade dimana anda boleh tekan di Main Menu – > Garage -> Select Car -> Upgrade untuk pembelian bahagian dalaman kereta yang termasuk Acceleration, Handling, Braking dan Top Speed. Keempat-empat bahagian ini mempunyai kekhususan sendiri dan lebih mantap pilihan anda, makin tinggi kekuatan enjin dan bahagian anda, makin hebatlah Tier sehingga ROAD A menanti anda! Ini adalah pecahan bahagian yang dinyatakan;

  • Acceleration – Acceleration ataupun Pecutan memberi kelajuan terbaik kepada kereta anda 
  • Handling – Memberi kecekapan dalam bertindak balas kereta untuk membelok
  • Braking – Penjagaan brake untuk menyelesakan belokan dan hentian brake anda
  • Top Speed – Sudah semestinya memberi kelajuan ibarat kuda kepada enjin kereta anda

Kempat-empat ini mempunyai ketersediaan pakej sendiri untuk menaikkan penalaan anda yang digelar ECU. Antaranya adalah Performances, Track dan Motorsport. Untuk Performances agak murah boleh didapati tetapi penalaan anda adalah basic berbanding Track dan Motorsport. 7 Bahagian dalaman kereta yang anda boleh upgrade diantaranya adalah;

  •  Tyres (Performance tyres, track tyres, motorsport tyres)
    • Mempengaruhi Acceleration (pecutan) dan Pengendalian (Handling)
    • Memilih yang sesuai bedasarkan trek yang sering dan dimana kereta anda sesuai dengan trek tersebut. Ada yang sangat sesuai dengan jalan raya biasa dan ada juga yang lebih sesuai dengan trek litar
  • Weight Reduction (Stock weights, performance weights reduction, track weights reduction, motorsport weight reduction)
    • Mempengaruhi Handling (pengendalian), Acceleration (Pecutan) dan Brake
  • Bodywork (Stock Aero Package, Performance Aero Package, Track Aero Package)
    • Mempengaruhi Handling (Pengendalian)
  • Air intake (Stock intake, performance intake, track intake, motorsport intake)
    • Mempengaruhi  top speed (kelajuan), acceleration (Pecutan)
    • Oksigen adalah kehidupan dan juga kunci untuk prestasi enjin dimana semakin bersih udara yang masuk ke ruang pembakaran anda, semakin banyak tenaga yang akan anda perolehi, di sinilah Air Intake masuk ke persamaan peningkatan anda.  
    • Pada kereta dengan sekatan keseimbangan prestasi (BoP), seperti GT3 dan GT4, peningkatan Air Intake akan meningkatkan ukuran penghadang udara enjin yang seterusnya meningkatkan output daya dan mengalihkan daya puncak ke RPM yang lebih tinggi.
  • Camshaft (stock camshaft, performance camshaft, track camshaft, motorsport camshaft)
    • Mempengaruhi  top speed (kelajuan), acceleration (Pecutan)
    • Camshaft berfungsi dengan membuka dan menutup injap masuk — semakin baik pemasaan sehubungan dengan kedudukan silinder, semakin baik prestasi mesin.
  • Fuel injection (stock ecu, performance ecu, track ecu, motorsport ecu)
    • Mempengaruhi  top speed (kelajuan), acceleration (Pecutan)
    • ECU adalah unit kawalan elektronik yang membawa kepada prestasi enjin optimum yang diluluskan oleh pengeluar. Tetapi jika anda mahukan lebih banyak prestasi, sudah tiba masanya untuk membatalkan jaminan anda dan meningkatkannya. Hasilnya adalah penyempurnaan enjin untuk keuntungan kuasa yang sederhana, tetapi juga peningkatan had putaran sehingga anda akan menghabiskan lebih banyak masa di tempat kuasa di mana bunyi terbaik! RPM yang lebih tinggi dapat menghasilkan kemampuan pemanduan yang lebih baik juga.

Custom

Haaa mana yang sukakan custom tu, inilah peluang membuat kereta anda untuk lebih menonjol dalam trek! Warna, tayar, corak eh semuanya adalah! Siap ada custom untuk Team dimana antaranya anda pasti sudah kenali rupanya~ Menyesuaikan irl kereta biasanya merujuk kepada peningkatan prestasi kereta dengan mengubah atau mengganti pelbagai bahagian kereta atau sama ada sebagai “memperibadikan gaya” menggunakan cat-cat dan aksesori untuk menjadikan kereta mereka kelihatan bagus.

Anda boleh cari ruangan “Custom” di Main Menu -> Garage -> Select Car -> Edit. Dua bahagian dipecahkan untuk anda custom. Yang pertama anda boleh hasilkan untuk kereta anda adalah “Teams” dan satu lagi kegunaan biasa. Kedua ini terdapat perubahan yang sama, kecuali didalam “Teams” terdapat cat Livery dan Manufacturers untuk pilihan. 

Dalam Livery ini terdapat cat yang tersedia dengan kebanyakkanya adalah “seperti yang pernah dilihat”. Ya, kalau anda biasa lihat di atas jalan raya, atau filem atau anime sekali pun, anda boleh perhatikan sendiri Livery yang tersedia seperti yang anda pernah lihat. Tak percaya? Jom lihat bawah;

Haaa ada macam kereta AE86 dalam Initial D tu tak?

Tak percaya jom usha yang ni:

Sumber: David Ishikawa

Atau yang ini~

Ehem~ Macam 1967 Ford Mustang Fastback kat Fast & Furious : Tokyo Drift lak~

Ke nak nampak macam selalu kita tergila-gilakan untuk simpanan dalam rak perhiasan kita~

Hotrod macam Hotwheels bhai!

Juga ala-ala pelumba sebenar~

Ada macam sponsor dari Castrol tak?~

Atau anda nak dapatkan cat warna asal dari kilang? Nampak klasik dan moden semuanya ada dalam “Manufactured“.

Warna asal dari kilang~

Okay itu yang ada didalam “Team” selebihnya adalah serupa dengan “Custom“. Dalam “Custom” terdapat Paint, Patterns, Decals, Race Numbers, License Plate, Rim dan Tyre untuk pilihan anda.  Jadi didalam pilihan ini, anda memang boleh buat sesuka hati anda, andai kata anda suka cat Camo~ Letak~ Andai kata suka warna Matte~ Letak, Atau tayar senipis 18″ haaa letak~

Kita mulakan dengan “Paint” ataupun cat kereta, terdapat banyak pilihan warna yang disediakan dalam hasil diantara Gloss, Matte, Metallic, Matte Metallic, Flip dan Matte Flip. Inilah peluang untuk anda menggunakan 127 warna yang tersedia sambil memberi sentuhan diantara 6 pilihan tersebut. Setiap sentuhan memberi penangan athestik yang menarik. Seperti Matte Metallic memberi sentuhan kasar tetapi sedikit berkilat, mana kala Flip lebih menonjol seperti pra campuran warna. 

Gloss
Matte

Beralih kepada “Patterns” ataupun corak, haa yang ini pada yang suka nampakkan kereta dalam sticker yang unik. Sticker basic seperti garisan “Stripes” tersedia untuk pemain yang lebih suka nampakkan kereta mereka atas trek dengan penuh sporty, atau anda boleh gunakan “Camoflage” untuk nampak lebih realistik yang kita selalu nampak budak-budak kereta hasilkan. Atau “Misc”, yang ini pelik-pelik sikit dan mungkin sesuai untuk pemain yang sukakan variasi corak lebih mengganas~

Haa tu dia variasi nya~

Tidak mencukupi dengan Patterns, anda perlu lebih banyak pelekat sponsor motorsport untuk kereta anda lebih nampak sporty dan seperti pelumba sebenar? Jangan risau “Decals” tersedia untuk anda! Decals pada dasarnya adalah pelekat yang boleh diletakkan pada bahagian kereta yang berbeza jika pemain ingin mewakili jenama sponsor sebenar kegemaran mereka sebagai penaja khayalan mereka. Hampir kesemua sisi atau bahagian kereta yang anda boleh tampalkan pelekat ini seperti sisi pintu, hadapan hood, belakang atau tayar sekalipun! Ok dibawah ini tersenarai bahagian yang anda boleh tampalkan Decals;

  • Tyres
  • Lubricants
  • Brakes
  • Engines
  • Misc 1
  • Misc 2
  • Interior
  • Esports
  • Historic
  • Fictional 1
  • Fictional 2 
  • Fictional 3

Tidak mencukupi dengan pelekat tersebut, jadi kan nombor kegemaran anda sebagai nombor kereta anda! Dalam “Race Numbers” anda boleh mengubah nombor, latar belakang nombor dan warna nombor anda. Macam kami suka nombor 6 dan ada yang suka nombor genap, jadi letak sahaja apa jua yang anda sukakan.

Bosan dengan nombor plat kereta yang biasa? “License Plate“ adalah untuk pengiktirafan untuk kereta lumba yang serupa dengan nombor perlumbaan. Jadi anda dapat 7 kotak untuk anda isikan nombor plat kegemaran atau membuatnya ala-ala nama samaran~ Dalam License Plate ini anda boleh mengubah Text dan juga Design nya.

No plat biasa~

Atau yang pelik-pelik~

Dah sampai bahagian yang kami sukakan! Yaaa inilah masanya untuk “Rim” dan “Tyres“. Rim adalah rangka tayar setiap kereta, di mana ia membentuk reka bentuk lingkaran dalam tayar. Bahagian ini pada dasarnya mengubah penampilan tayar kereta nampak lebih menarik. Untuk rim, beberapa jenama telah tersedia untuk pilihan pemain, antaranya HRE, Aristo, BBS, Cragar, Momo dan banyak lagi. Bukan setakat jenama, anda juga boleh menukar cat warnanya, dimana pilihannya hampir sama dengan pilihan cat kereta untuk sentuhan Gloss, Matte, Metallic, Chrome. Juga, saiz pilihan 15”, 16”, 17”, 18”, 19” untuk disuaikan dengan tayar “Tyre” anda, makin besar makin nipis lah tayar anda. Kami dapat melihat beberapa jenama tayar yang popular boleh menjadi pilihan anda seperti Bridgestone, Falken, Firestone, Hankook dan banyak lagi! 

Peghh hensem betul bahagian tayar kereta kami~

Jadi apa pendapat kami dalam Custom ini~

Untuk diingatkan, Upgrade memerlukan coins dalam permainan dalam pemberian prestasi yang hebat, tetapi lepas dah upgrade tu, mana kereta yang telah dinaik taraf tidak boleh dimainkan di Tier rendah. Tetapi yang kami sukakan didalam Custom adalah barang-barang tidak perlu dibeli!

Memang seronok didalam custom, terlalu banyak pilihan untuk dipilih sehingga rambang mata contohnya cat warna sehingga 127 pilihan. Memang kami boleh memilih apa jua reka bentuk ikut kreativiti kami. Lebih teruja apabila sebilangan besar pilihan yang boleh disuaikan seperti pelekat, tayar, rim adalah dari jenama yang sebenar.

Sekali anda dah buka bahagian Custom ini, anda memang akan menghabiskan masa yang lama untuk menyesuaikan kereta anda. Pula dengan pilihan tersedia untuk menyerupai kereta sport sebenar atau dalam realiti anda juga boleh bermain-main denganya untuk tujuan hiburan. Dah puas hati anda terus Save ke dalam My Style, boleh lah bayangkan kereta yang nampak sangat realiti ini menjadi milik anda!

Manalah tahu kalau anda nak buat gambar kereta anda yang dikustom menjadi paparan skrin PC anda atau Handphone anda, Mod foto yang kemas di dalam permainan membolehkan anda mengambil screenshot yang sesuai untuk kereta anda.

Walaupun tidak memberi 100% ketepatan sebenar dalam realiti, seperti pemilihan jenis enjin, atau ekzos dan juga bahagian spoiler kereta, Project Cars 3 dah menjadi cukup baik kerana dapat meniru model kereta realiti seperti Nissan Skyline GTR R34 dibawah yang anda boleh lihat perbezaannya dengan realiti.

Nissan Skyline GTR R34 dalam Permainan
Nissan Skyline GTR R34 Realiti

Dan selebihnya, selepas semuanya selesai, anda boleh terus bandingkan prestasi “Performance” kereta anda di “Garage”. Makin padu, makin sesuai lah mengikut Tier yang kereta anda diperlukan di atas trek. Selain itu, anda juga boleh membeli kereta baru atau menyesuaikannya mengikuti Tier misi anda. Andai kata kalau ada kereta yang anda tidak ingin gunakan lagi, jangan terlupa dalam Project Cars 3 anda juga boleh menjual kereta anda, tetapi hasil penjualan lebih rendah dari pembelian pertama kereta tersebut. Haa! Lagi satu jangan lupa untuk perhatikan “Daily Discounts“, mana tahu andai kata ada kereta kegemaran anda yang mahal tiba-tiba diskaun, memang terus sapu lah kan! 

Jadi pada anda yang berminat pada permainan sim perlumbaan Project Cars 3 ini, jangan lupa untuk dapatkannya di PlayStation 4, Xbox One dan PC!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CUSTOMISATIONProject Cars 3Project Cars 3 CUSTOMISATIONreview
Previous Post

KINGDOM HEARTS Melody of Memory menceritakan semula awal sampai habis! Temuramah eksklusif bersama Ichiro Hazama & Masanobu Suzui!

Next Post

Konami membuat tanda dagangan rasmi untuk game mecha klasik Zone of the Enders!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Konami membuat tanda dagangan rasmi untuk game mecha klasik Zone of the Enders!

Konami membuat tanda dagangan rasmi untuk game mecha klasik Zone of the Enders!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd