Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Luangkan masa anda dengan 5 Game PC ini semasa COVID-19 lockdown!

Pulak dimainkan dengan MSI Alpha 15 & GF65 lagi padu!

Nyny.A by Nyny.A
March 20, 2020
in Artikel, Berita, PC, Produk, Senarai
0 0
0
Luangkan masa anda dengan 5 Game PC ini semasa COVID-19 lockdown!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda semua tengah bosan ke tu? Demi untuk keselamatan negara dari jangkitan Coronavirus atau COVID-19 yang menyebabkan kematian, pihak Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk Lockdown atau perintah berkurung di rumah bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Kami disini tahu pasti ada di antara anda yang akan bosan hingga tidak tahu apa yang harus dilakukan di rumah bersama keluarga dan rakan-rakan. Tapi untuk keselamatan anda sendiri, perkara ini adalah serius untuk dipatuhi. Jadi apa yang anda lakukan untuk meluangkan masa anda dirumah? Tiada idea? Apa kata kami bagi sedikit cadangan pada anda terutama yang kaki game tu! 

Nak tengok TV sering saja cerita sama berulang kali ditayangkan, sampai dengan anak-anak pun naik bosan. Jadi kami menyediakan 5 game PC yang anda boleh luangkan masa semasa COVID-19 lockdown ni~ Jom usha game apa yang anda boleh mainkan;

Nak main game yang grafik “marvelous”? Jom main Monster Hunter World: Iceborne! 

Grafik tinggi memang memberi sebuah permainan nampak sangat nyata, dengan kelebihan Monster Hunter World terutama dengan perkembangan DLC terbarunya iaitu ICEBORNE, anda boleh meluangkan masa bermain permainan RPG ini dengan memburu Monster kegemaran anda! Lawan dengan penuh aksi dengan senjata hebat dan resolusi 4K 60fps permainan ini yang pasti memukau mata anda untuk bermain tanpa henti lah! 

Spesifikasi yag diperlukan untuk Monster Hunter World: Iceborne:
CPU Intel Dual Core / AMD at 2.8 GHz.
RAM 8 GB
Storage 48 GB ruang yang tersedia
GPU Intel Core i5-4460, 3.20GHz or AMD FX-6300.
OS Windows 7, 8, 8.1, 10 (64-bit required)

Atau anda seorang MOBA player? Jom mainkan DOTA 2 semula! 

Masa sekolah dulu anda selalu ponteng sekolah pergi Cyber Cafe semata-mata nak mainkan DOTA bersama rakan-rakan kan? Apa kata kali ini anda hubungi semula rakan-rakan baik anda dan ‘reunion’ semula dengan bermain permainan MOBA paling popular DOTA 2 ini! Permainan dari Valve ini banyak membawa anak tempatan menjadi pro player dalam esports tau! Jadi jom lah ajak geng anda mainkan semula permainan multiplayer dalam talian menggunakan hero-hero DOTA 2 yang hebat! 

Spesifikasi yang diperlukan untuk DOTA 2:
CPU Intel Dual Core / AMD at 2.8 GHz.
RAM 4 GB
Storage 15 GB ruang yang tersedia
GPU NVIDIA GeForce 8600/9600GT / AMD Radeon HD 2600/3600
OS Windows 7 or better

Tak suka permainan strategik macam tu? Lebih sukakan aksi? Jom main The Division 2: Warlords of New York! 

Haaa yang ni mesti ramai pemain yang lebih sukakan aksi akan mencuba. Anda pernah bermain Tom Clancy’s The Division? Atau pun kehadiran keduanya The Division 2? Baru-baru ini permainan ini turut ada ekspansi DLC yang diberikan nama Warlords of New York! Memang memuaskan kalau anda ingin menjadi Agent untuk menyelesaikan pelbagai misi dengan penuh aksi menembak! Kalau anda nak tahu lebih pasal game ni, anda boleh rujuk semula review kami mengenai permainan Warlords of New York ini okay!

Spesifikasi yang diperlukan untuk The Division 2: Warlords of New York:
CPU AMD Ryzen 7 1700 / Intel Core I7-6700K
RAM 8 GB
Storage 48 GB ruang yang tersedia
GPU 8 GB AMD Radeon RX Vega 56 / Nvidia Geforce GTX 1070
OS Windows 7 / 8 / 10.

Mungkin anda memerlukan sesuatu lebih mencabar dan bertarung dalam talian? Call of Duty: Warzone lah jawapannya!

Kaki battle royale ke tu? Asyik main Fortnite, Apex Legends dengan PUBG macam dah selalu sangat betul tak? Apa kata kita mencuba sesuatu yang baru?! Kan Activision dah keluarkan game Battle Royale terbaru mereka yang bernama Call of Duty: Warzone~ Jadi inilah masanya meluangkan masa bersama rakan dalam talian dan beraksi dengan bergaya! Paling menarik permainan ini PERCUMA untuk dimuat turun tau! Kalau was-was nak tahu berapa besar spesifikasi yang diperlukan? Jangan risau, anda boleh baca sini. 

Spesifikasi yang diperlukan untuk Call of Duty: Warzone :
CPU Intel Core i5-2500K or AMD Ryzen R5 1600X Processor
RAM 12 GB
Storage 90 GB ruang yang tersedia
GPU Nvidia GeForce GTX 970 4GB / GTX 1660 6GB or AMD Radeon R9 390 / AMD RX 580.
OS Windows 10 64 Bit

Adakah anda sedang menanti game baru?! Resident Evil 3 Remake la jawapannya! 

Dah berapa kali kami kongsikan mengenai Resident Evil 3 ni? Masa kena duduk dekat rumah ini lah anda berpeluang besar untuk mencuba Demo permainan ini sebelum keluar April 3 ini! Bersedia untuk menewaskan Nemesis? Atau serang zombi-zombi yang berkeliaran? Jangan terlepas mencuba sendiri permainan ini gais! Memang tip top lah remake ni kena pula dengan grafik tinggi yang puas hati! 

Spesifikasi yang diperlukan untuk Resident Evil 3 :
CPU Intel® Core™ i5-4460 or AMD FX™-6300
RAM 8 GB
Storage 50 GB ruang yang tersedia
GPU NVIDIA® GeForce® GTX 760 or AMD Radeon™ R7 260x with 2GB Video RAM
OS WINDOWS® 7, 8.1, 10

Baiklah amacam dengan senarai yang kami kongsikan? Okay tak buat letak dalam mengisi masa lapang anda tu? Tapi ada pula antara pembaca yang tiada PC untuk bermain permainan ini semua… Macam mana pula tu? Nak beli order macam lama betul tak? Nak keluar beli tapi tengah COVID-19… Jadi apa kata anda semua pergi ke gedung dalam talian MSI dan beli dua laptop gaming yang padu yang awsome yang boleh menampung kesemua game yang tersenarai kat atas ni! Laptop gaming yang dimaksudkan adalah MSI Alpha 15 dan juga MSI GF 65! Pulak kedua laptop ini kini tengah dalam March Promo dari MSI! Apa pula kehebatan kedua laptop ni ye? Jom usha ringkasan spesifikasinya dibawah;

Memperkenalkan~ Alpha 15 (AMD Gen Ryzen™ 7 / Radeon™ RX 5500M Graphics )

Merupakan laptop gaming pertama yang mempunyai teknologi 7nm! Alami permainan dipercepat dengan pemproses Ryzen yang paling maju dan teknologi Radeon RX 7nm juga ianya diibina untuk permainan refresh tinggi 1080p! Wow memang grafik dah habis tip top lah kan! Alpha 15 menampilkan panel yang membolehkan teknologi AMD Radeon FreeSync untuk mengoptimumkan kadar bingkai anda dan mengurangkan pengsan skrin. Juga, paparan penyegaran tinggi 144 / 120Hz menyediakan halaju permainan yang luar biasa untuk melihat musuh anda pada pandangan pertama.

Takut laptop panas? Jangan risau, Cooler Boost 5 juga membantu dalam prestasi cemerlang Alpha 15! Dah rasa geram tak dengan Laptop MSI Alpha 15 ni? Harganya hanyalah RM4,799.00! Tak lebih dari batas harga pun! Pulak anda akan mendapat Alpha Gaming Set Headphone, Mousepad dan Keychain PERCUMA! Lihat dibawah untuk spesifikasi ringkas Alpha 15;

Alpha 15
Pemproses AMD R7-3750H
Grafik AMD Radeon™ RX 5500M 4GB GDDR6
Paparan 15.6″ FHD (1920×1080), 144Hz IPS-Level Thin Bezel Display, support AMD Radeon FreeSync™ technology
Memori DDR IV 16GB (2666MHz)
Keyboard Per-Key RGB Keyboard by SteelSeries (optional)
Storan 512GB NVMe PCIe SSD
Audio Hi-Res Audio, Giant Speaker (2 x 2W), Nahimic 3
Dimensi 357.7 (W) x 248 (D) x 27.5 (H) mm, 2.3kg
Warranti 1 Year Warranty

Mungkin anda boleh pilih GF65 Thin Bezel Gaming 9SD (GeForce® GTX 1660Ti ,GDDR6 6GB)

Atau anda boleh pilih MSI GF65 yang kini tengah sale!! Spesifikasi dia pun bukan kaleng-kaleng okay! GeForce® GTX 1660 Ti telah dibina dengan prestasi grafik yang cemerlang dalam seni bina NVIDIA Turing ™ yang memenangi anugerah! Juga dilengkapi Pemproses Intel® Core ™ i7 ke-9 yang terkini mempunyai peningkatan prestasi 10% berbanding generasi terdahulu. Nak yang ringan? Perlindungan atas dan papan kekunci logam dipasangkan dengan reka bentuk futuristik yang tersedia untuk pertempuran. Hebat betul tak? Harga asal MSI GF65 Thin ini sebenarnya RM4,699.00 tau tapi kini tengah diskaun dan boleh didapati pada harga RM4,299.00 sahaja! Juga anda bakal mendapat Mouse Pad, Gaming Mouse dan Keychain PERCUMA okay! Jadi jom lihat spesifikasinya disini;

GF65 Thin 9SD
CPU Up to 9th Gen. Intel® Core™ i7 Processor
OS Windows 10 Home

Windows 10 Pro

Paparan 15.6″ FHD (1920×1080), IPS-Level

15.6″ FHD (1920×1080), 144Hz, IPS-Level

15.6″ FHD (1920×1080), 120Hz, IPS-Level

CHIPSET Intel® HM370
Grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1660 Ti with 6GB GDDR6
Memori DDR4-2666

2 Slots

Max 64GB

Storan 1x M.2 SSD slot (NVMe PCIe Gen3)

1x M.2 SSD Combo slot (NVMe PCIe Gen3 / SATA)

KEYBOARD Backlight Keyboard (Single-Color, Red)
AUDIO 2x 2W Speaker
AUDIO JACK 1 Mic-in/Headphone-out Combo Jack
I/O 2x Type-C USB3.2 Gen1

2x Type-A USB3.2 Gen1

1x RJ45

1x (4K @ 30Hz) HDMI

Bateri 3-Cell

Li-Polymer

51

AC ADAPTER 180W adapter
Dimensi 359 x 254 x 21.7 mm; 1.86 kg

Jadi dah bolehlah anda semua ke laman web rasmi MSI untuk membuat pembelian dan paling best penghantaran adalah percuma! Memang dah habis padu lah kalau anda nak guna laptop gaming ni untuk 5 game dalam senarai diatas! Lepas ni kalau dah habis Lockdown COVID-19, bila-bila masa sahaja anda boleh bawa laptop gaming MSI untuk bertempur di mana jua!  

Beli Disini gais!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call of Duty: WarzoneCoronavirusCOVID-19Dota 2March Promo MSIMonster Hunter World: IceborneMSI ALPHA 15MSI GF65resident evil 3 remakeThe Division 2: Warlords of New York
Previous Post

Cipta dunia anda sendiri kerana Animal Crossing: New Horizons dilancarkan hari ini di Nintendo Switch!

Next Post

Ahli sihir kelas-S, GILDARTS akan muncul sebagai playable character di game terbaru FAIRY TAIL!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ahli sihir kelas-S, GILDARTS akan muncul sebagai playable character di game terbaru FAIRY TAIL!

Ahli sihir kelas-S, GILDARTS akan muncul sebagai playable character di game terbaru FAIRY TAIL!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd