Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lost Soul Aside – Bakal Keluar Mei 2025, Game Terbaru Daripada “PS China Hero Project!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Lost Soul Aside – Bakal Keluar Mei 2025, Game Terbaru Daripada “PS China Hero Project!”
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment dan UltiZero Games telah mengumumkan bahawa RPG aksi yang dinanti-nantikan, Lost Soul Aside, akan dilancarkan secara rasmi untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam serta Epic Games Store pada 30 Mei 2025. Pra-tempahan digital akan dibuka mulai 19 Februari.

Lost Soul Aside bermula sebagai impian seorang individu, hasil kerja seorang dev dari China, Yang Bing.

Sebagai sebahagian daripada projek China Hero Project yang disokong oleh Sony—inisiatif untuk membantu serta mempromosikan pembangun game dari China—Lost Soul Aside dengan pantas menarik perhatian peminat di seluruh dunia dengan pengembaraannya yang luas, visual yang memukau, dan sistem pertarungan penuh aksi.

Kredit: UltiZero Games

Kisah Lost Soul Aside mengisahkan perjalanan peribadi Kazer dalam mencari keampunan dan kebenaran. Selepas kejadian tragis yang meragut nyawa keluarganya, Kazer bergabung dengan entiti ghaib misteri bernama Arena, yang membawanya ke dalam misi untuk mencari penyelamatan diri.

Dalam perjalanan, dia perlu menghadapi makhluk dimensi yang dikenali sebagai Voidrax, sambil berusaha mendapatkan semula roh adiknya serta menentang ancaman yang semakin berbahaya.

Kredit: UltiZero Games

Mengambil tempat dalam dunia sci-fi fantasi, Lost Soul Aside membawa pemain meneroka pelbagai lokasi—daripada padang rumput yang diterangi mentari, runtuhan purba yang penuh rahsia, hingga dimensi alternatif yang dipenuhi tenaga misteri.

Namun, dunia ini bukan sekadar pemandangan indah; ia sarat dengan cabaran, makhluk ganas, dan peristiwa tidak dijangka yang menguji kecekapan pemain.

Kredit: UltiZero Games

Sebagai protagonis utama, pemain mengawal Kazer, seorang pahlawan yang cekap dalam seni pedang serta sihir, membolehkannya melancarkan kombo serangan kompleks, menangkis serangan musuh, dan bertarung dengan gaya yang dinamik.

Game ini juga membolehkan pertukaran senjata secara serta-merta, memberi kebebasan kepada pemain untuk memilih gaya pertempuran mereka—sama ada pertarungan jarak dekat yang tepat, serangan jarak jauh yang menghancurkan, atau pergerakan pantas yang lincah.

Kredit: UltiZero Games

Di sebalik pertarungan yang penuh aksi, Lost Soul Aside turut menawarkan tahap customization yang mendalam. Pemain boleh mengubah suai senjata dan peralatan, mencipta gabungan kombo yang unik, serta merancang strategi bersama Arena.

Keupayaan Arena bukan sekadar sokongan biasa, tetapi boleh mengubah arus pertempuran jika digunakan dengan bijak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lost Soul Aside
ShareTweetSend
Previous Post

Borderlands 4 Akan Mula Mengganas Bermula September 2025!

Next Post

Saros – Aksi RPG Baharu Housemarque Dijangka Tiba Pada 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Next Post
Saros – Aksi RPG Baharu Housemarque Dijangka Tiba Pada 2026

Saros - Aksi RPG Baharu Housemarque Dijangka Tiba Pada 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd