Dahulu, ramai anggap League of Legends: Wild Rift boleh menjadi pencabar kepada Mobile Legend: Bang Bang sebagai game mobile MOBA esports terbesar di dunia. Namun setelah 2 tahun dikeluarkan, nampaknya ia gagal menepati menarik perhatian orang ramai. Malah, ramai yang mengelar Wild Rift sebagai game MOBA “mati” berikutan keputusan Riot Games untuk menamatkan sokongan esports di luar Asia.
Kisahnya begini:

Kejohanan esports global pertama untuk Wild Rift ialah Horizon Cup yang berlangsung di Singapura dan jumlah penonton tertinggi hanyalah sebanyak 62,885. Walaupun angkanya nampak bagus, ia sangat jauh daripada jumlah tonton kejohanan MOBA lain seperti Mobile Legends: yang berjaya capai lebih 3 juta.
Pada tahun 2022, Riot melancarkan musim pertama untuk kejohanan Wild Rift – Global Championship Icons untuk mencari Juara Dunia pertama. Malangnya, jumlah penonton semakin menurun dan hanya cecah 54,261 sahaja – lebih rendah daripada Horizon Cup.
Jelas sekali ada sesuatu yang tidak kena dengan adegan esports Wild Rift tetapi komuniti masih berpegang harapan bahawa Riot dapat mengubah keadaan. Itu juga tidak berlaku. Sebaliknya, Riot baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan segala esports Wild Rift di seluruh dunia kecuali Asia.
Di sini, Riot berkata mereka akan melancarkan Liga Wild Rift baharu di Asia dengan 12 pasukan dari WRL China dan lapan pasukan dari rantau Asia. Liga ini akan menjadi sorotan esports Wild Rift pada tahun 2023 dan akan dipecahkan kepada dua bahagian setiap tahun. Selain itu, Riot tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut.
Seterusnya, Riot tidak akan terlibat dalam mana-mana kejohanan esports. Sebaliknya, mereka ingin “membuka peluang” untuk kejohanan pihak ketiga oleh pihak penganjur lain. Cuma, Riot tidak menjelaskan secara terperinci jika mereka akan menyokong atau tidak kejohanan pihak ketiga tersebut.
Reaksi komuniti
Sudah tentu, ramai di dalam komuniti amat terkejut dengan pengumuman Riot. Organisasi esports hebat seperti TSM (yang merupakan antara orang paling awal untuk melabur ke ekosistem Wild Rift) telah mengumumkan mereka akan berpisah dengan game itu.
Pengulas esports, Caster Imperium, yang turut ada semasa Wild Rift Global Championship Icons, meluahkan pendapatnya dengan lebih ekstrem di mana dia menganggap pengumuman itu sebagai “gurauan bodoh”.
Daripada pandangan orang luar, ramai merasakan Riot sedang “membunuh” potensi WR untuk berkembang di Barat dan saya sebenarnya setuju dengan pendapat mereka. Tanpa sokongan daripada Riot rantau-rantau tertentu, terdapat kurang insentif untuk orang bermain game itu.
Malah, caster dan penyokong tegar WR, HellsDevil, juga memuat naik video tentang isu ini di YouTube.
Adakah Wild Rift betul-betul game “mati”?
Jawapannya mungkin Ya. Wild Rift masih berkembang tetapi pada tempo yang amat perlahan. Masa depan game itu pun masih belum pasti kerana kategori game mobile MOBA sangat padat, jadi ia mungkin mengambil masa untuk Wild RIft untuk bersaing dengan game yang lebih berjaya seperti Mobile Legends.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Wild Rift, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post