Sony mahu membuat loading screen dalam konsol permainan video PS5 sebagai “perkara yang lepas”. Ini bermaksud, pemain konsol generasi baru ini mungkin tidak harus melalui loading screen yang terlalu lama dan lebih pantas berbanding PS4. Syarikat itu membuat pernyataan tersebut sambil mengatakan yang teknologi penyimpanan SSD untuk konsol generasi akan datang akan dihadirkan bersama.
Jurucakap Sony baru-baru ini menggambarkan teknologi penyimpanan SSD berkelajuan tinggi sebagai “kunci kepada generasi akan datang.” Visi Sony adalah untuk membuatkan loading screen sebagai “sesuatu yang lepas” dan teknologi ini akan membolehkan developer permainan untuk membina pengalaman permainan yang baru serta unik. Dengan teknologi sebegini, para developer boleh membuat persekitaran permainan yang lebih besar tanpa bertanya-tanya bagaimana sebuah konsol mampu memuatkannya dalam masa yang baik.
Semua jenis games juga mungkin akan kelihatan lebih baik kerana ini. Jika PS5 boleh memuat turun lebih banyak tekstur dan persekitaran yang lebih cepat dan memuatkan tekstur yang lebih baik, maka para developer akan dapat memberikan pengalaman bermain yang lebih memuaskan tanpa membuatkan pemain kecewa. Beberapa games PS5 yang dikhabarkan ialah Horizon Zero Dawn 2, Battlefield Bad Company 3, dan Grand Theft Auto 6. Ianya pasti menarik untuk melihat bagaimana persekitaran dan tekstur games tersebut dalam konsol generasi akan datang ini!
Sumber: Spark Chronicles
@gamersantaimy
Discussion about this post