Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Little Nightmares III Ditunda ke 2025, Tidak Akan Keluar Tahun Ini

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Little Nightmares III Ditunda ke 2025, Tidak Akan Keluar Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari yang lalu, Bandai Namco dan Supermassive Games telah membuat keputusan untuk tunda Little Nightmares III daripada tarikh keluaran 2024 ke 2025. Berikut adalah mesej penuh daripada mereka:

Please do bear with us, little ones, for we need a little extra time to prepare your visit.

Rest assured, we promise to show you a proper welcome. #LittleNightmares III pic.twitter.com/fqxsOPzkFD

— Little Nightmares III (@LittleNights) May 31, 2024

Sejak pengumuman Little Nightmares III di Gamescom tahun lepas, kami sangat teruja melihat komuniti berdebar-debar dengan keterujaan dan jangkaan.

Pasukan di Supermassive Games dan Bandai Namco Europe telah bekerja keras ke arah memberikan pengalaman terbaik mungkin untuk entri seterusnya dalam francais.

Walaupun kami tidak sabar untuk anda kembali ke Nowhere, kami juga ingin memastikan kami memberikan game ini jaga dan kasih sayang yang sepatutnya. Kualiti adalah keutamaan kami, dan kami tahu anda merasakan perkara yang sama.

Atas sebab ini, kami telah membuat keputusan untuk mengubah tarikh keluaran permainan kepada 2025.

Kami akan berkongsi lebih lanjut tentang Little Nightmares III pada lewat musim panas ini, jadi harap bersabar dan nantikan kemas kini selanjutnya.

Sementara itu, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda.

Tentang Game Ini

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dalam Little Nightmares III, kita akan bermain sebagai Low and Alone – dua kanak-kanak yang hilang ketika mereka mencari jalan untuk keluar dari Nowhere. Terperangkap dalam Spiral, tempat misteri di mana perkara menakutkan berkumpul, kedua-dua rakan itu perlu bekerjasama untuk bertahan hidup dalam dunia berbahaya yang penuh dengan khayalan serta mencari cara untuk melarikan diri daripada cengkaman jahat yang mengintai daripada bayang-bayang.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dalam perjalanan, teroka pelbagai tempat seperti padang pasir misteri Necropolis, karnival yang menyeramkan, kilang yang suram, dan banyak lagi. Lari daripada musuh baharu yang terdiri daripada askar kumbang, bayi gergasi, dan banyak lagi.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Buat pertama kali dalam francais, hadapi jalan cerita bersama rakan secara online co-op atau secara solo dengan rakan AI. Pada masa yang sama, Low dan Alone masing-masing dilengkapi dengan item ikonik sendiri yang membolehkan mereka menyelesaikan pelbagai teka-teki dan mempertahankan diri terhadap cabaran baharu dan berbahaya yang menanti anda.

Adakah anda bersedia untuk menghadapi dunia Little Nightmares III – game ini bakal keluar di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC (Steam) pada 2025.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Little Nightmares III
ShareTweetSend
Previous Post

PlayStation VR2 PC Adapter Akan Mula Dijual Pada Ogos 2024 – Kini Boleh Akses PC!

Next Post

Venom: The Last Dance Akan Tayang Di Malaysia pada Oktober 2024, Trailer Pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Venom: The Last Dance Akan Tayang Di Malaysia pada Oktober 2024, Trailer Pertama!

Venom: The Last Dance Akan Tayang Di Malaysia pada Oktober 2024, Trailer Pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd