Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LIMA fakta anda mungkin tidak tahu tentang Kapten-Kapten dalam Gotei 13 di BLEACH!

Jangan pandang rendah pada kekuatan mereka. Ada sebab mengapa mereka boleh menjadi kapten?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 23, 2019
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
LIMA fakta anda mungkin tidak tahu tentang Kapten-Kapten dalam Gotei 13 di BLEACH!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap orang memerlukan pemimpin yang baik, dan di dunia anime, terdapat banyak guru, pakar, dan mentor untuk memupuk sang wira kesayangan kita. Malah penjahat pun kadang-kadang menuntut tunjuk ajar dari guru mereka. Di dunia Bleach, Soul Society selamat di bawah pengawasan Gotei 13, yang dipimpin oleh tiga belas Kapten. Shinigami ini berada di tahap yang sangat tinggi berbanding shinigami lain.

Bleach Power GIF from Bleach GIFs

Posisi Kapten bukanlah sesuatu yang ringan, dan bukan sembarangan orang boleh memperolehi kedudukan yang dihormati ini. Walaupun Kapten cukup menonjol dan mencolok mata, peminat baru untuk siri Bleach mungkin tidak tahu semua butiran tentang mereka. Apakah lima fakta penting mengenai shinigami hebat ini?

Mereka boleh dinaik pangkat ke Squad Zero!

Kapten Shunsui Kyoraku ialah watak Bleach yang pertama untuk memberi petunjuk kepada pasukan elit Squad Zero. Gotei 13 seperti yang kita tahu terdiri daripada 13 pasukan, jadi bagaimana pula dengan Squad Zero? Ia diselubungi misteri untuk masa yang lama, tetapi kita tahu bahawa Kapten yang membuat sumbangan besar kepada Soul Society boleh dinaik pangkat secara kekal ke skuad ini. Kemudian, kita bertemu dengan Squad Zero, yang terdiri daripada lima shinigami yang kekuatan lebih tinggi daripada seluruh Gotei 13. Dan tepat pada waktunya kerana Wandenreich sedang berperang dengan Gotei 13!

Gotei 13 pertama bermula sebagai Pengganas!

 

Satu milenium yang lalu, Genryūsai Shigekuni Yamamoto mengasaskan Gotei 13, tetapi mereka tidak berupa seperti pelindung keadilan Soul Society yang kita lihat hari ini. Menurut sumber, Kapten Gotei 13 pertama sebenarnya adalah pengganas atau samseng, dan sentiasa menggunakan pedang untuk menyelesaikan setiap perkara. Kami tidak melihat semua watak tersebut, tetapi kami mempunyai dua ahli yang masih hidup iaitu Retsu Unohana, dan Genryūsai Shigekuni Yamamoto. Akhirnya, Retsu memperkenalkan diri sebagai Yachiru Unohana, bekas Kapten Skuad 11 … dan jika kamu tahu, memang sangat menakutkan!

Jubah Haori yang boleh disesuaikan mengikut Citarasa para Kapten!

Di atas pakaian hitam Shinigami mereka, Kapten juga memakai jubah Haori putih dan mereka dibahagikan kepada dua gaya. Sesetengah jubah ini mempunyai lengan, dan ada yang tidak. Setiap jubah juga mempunyai rekaan berlian di belakang dengan kanji untuk nombor skuad mereka. Nampaknya jubah ini mahal, sukar untuk dibuat, dan sangat dihargai, kerana Yamamoto sangat marah apabila Byakuya, Kenpachi, dan Shunsui kehilangan jubah Haori mereka semasa berlawan dengan arrancar. Byakuya menganggap bahawa jubah Haori tersebut terlalu rumit dan tidak selesa untuk dipakai.

Setiap Kapten mempunyai kuasa yang boleh melenyapkan sebuah negara!

Aizen Sosuke Aizen GIF from Aizen GIFs

Sudah jelas bahawa Kapten Gotei 13 adalah pahlawan elit dari Soul Society, tetapi Sosuke Aizen benar-benar membuktikannya ketika dia menyerang bandar Karakura. Beliau berkata bahawa kekuatan setiap Kapten Gotei 13 adalah setaraf dengan “kekuatan negara besar” dan menyingkirkan hanya satu kapten akan memberi perbezaan yang sangat besar dalam peperangan. Itulah sebabnya Aizen bekerja keras untuk memerangkap empat Kapten di Hueco Mundo sebelum dia menyerang bandar Karakura, dengan hanya enam Kapten di sana.

Hampir semua orang boleh menjadi Kapten!

Kenpachi 11Squad Captain GIF from Kenpachi GIFs

Gotei 13 adalah organisasi yang eksklusif, tetapi tidak terhad kepada semua orang. Sebenarnya, mana-mana Shinigami boleh mengambil ujian untuk layak sebagai Kapten baru jika terdapat slot yang terbuka. Butiran terperinci tentang prosedur ini tidak dijelaskan, tetapi kemungkinan besar, kandidat harus menunjukkan pengetahuan tentang tradisi Shinigami, berkeupayaan melakukan kido maju, memiliki kualiti kepemimpinan, dan mempunyai kekuatan hebat. Tetapi ada cara lain yang tidak rumit: mengalahkan Kapten Squad semasa. Kenpachi Zaraki mengambil cara ini, dan membunuh bekas kapten Kapten 11.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bleachGenryūsai Shigekuni YamamotoGotei 13HaoriKarakuraShinigamiShunsui KyorakuSoul SocietySquad Zero
Previous Post

Dah sedia nak jadi Fighter terhebat? King Of Fighters ALLSTAR kini hadir dan ini Pandangan Pertama kami!

Next Post

Bertarung dalam talian dengan pemain lain di Pokémon Go pada tahun 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Bertarung dalam talian dengan pemain lain di Pokémon Go pada tahun 2020!

Bertarung dalam talian dengan pemain lain di Pokémon Go pada tahun 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd