Sebelum ini, saya ada menulis artikel tentang lima siri anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar pada tahun 2019. Selepas membuat kajian lanjut, saya akhirnya kembali dengan PART 2 bagi senarai tersebut!
Sedikit penjelasan sebelum kami bermula, senarai anime di bawah lazimnya terpaksa “dibatalkan atau digantung” sebelum dapat menyampaikan keseluruhan jalan cerita. Sering kali, anime ini berakhir secara cliffhanger tetapi jika keadaan terlalu teruk, ia juga boleh dibatalkan pada separuh jalan tanpa pengumuman yang jelas.
Baiklah! Jom kita sambung PART 2 untuk “lima anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar!”
*Anda boleh baca PART 1 di sini*
Baccano!

Diadaptasi daripada novel ringan, Baccano! boleh dianggap sebagai “anime yang bagus” dan terdiri daripada 16 episod yang dihasilkan oleh Brain’s Base, Aniplex dan Movic. Untuk Season 1, ia menerangkan peristiwa-peristiwa yang berlangsung dari tahun 1930 hingga 1932 di Amerika Syarikat semasa “era Prohibition” dan diceritakan dari pelbagai perspektif yang akhirnya akan bergabung bersama untuk mencipta kisah yang lebih besar tentang alkimia, kelangsungan hidup dan keabadian.
Malangnya, anime ini dibatalkan selepas hanya 16 episod. Mungkin penonton Jepun tidak begitu suka nada penceritaan yang tidak mengikut urutan, atau mungkin tidak dapat faham latar belakang keseluruhan. Lebih menyedihkan lagi, Baccano! dibatalkan tanpa sempat menjelaskan plot sebenar.
Berserk

Berserk adalah salah satu anime paling terkenal daripada segi “hiatus”. Untuk anime pertama, ia tamat pada arc “Band of the Hawks” di mana Griffin memerangkap semua “kawan-kawannya” di dalam alam ala neraka, lalu mereka diseksa dan dibunuh. Sampai sahaja episod itu, anime tamat tetapi manga terus berjalan untuk tempoh masa yang lama.
Selepas 18 tahun, sebuah anime sekuel pada tahun 2016 akhirnya meneruskan cerita selepas “Band of the Hawk” sehinggalah arc Golden Age. Pada ketika itu, peminat setia masih dapat melihat apa jadi seterusnya di manga tetapi pada pertengahan tahun 2021 – duka citanya untuk maklum, pencipta Kentaro Miura telah meninggal dunia, lantas tiada siapa akan tahu kesudahan Berserk di anime mahupun manga.
Rave Master

Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi Rave Master dihasilkan oleh Hiro Mashima, orang sama yang menghasilkan Fairy Tail dan Eden Zero. Jadi kita tahu betapa handal penciptanya. Siri ini telah diadaptasi kepada anime berjumlah 51 episod, tetapi terpaksa ditamatkan sejurus selepas pengenalan Lucia, antagonis sebenar semasa jalan cerita sedang mencapai bahagian klimaks.
Alasan ia dibatalkan serta-merta adalah kerana “rating yang terlalu rendah” manakala ada juga membuat andaian bahawa ini merupakan taktik supaya lebih ramai membaca manga untuk tahu apa yang berlaku seterusnya. Pada tahun 2013, satu crossover antara Rave Master dan Fairy Tail diadaptasikan kepada original video animation (OVA) dan rasanya itulah kali terakhir kita akan lihat Rave Master dalam bentuk anime.
Gantz

Gantz adalah siri unik yang dikenali kerana unsur keganasan, adegan eksplisit, dan teori falsafah tentang agama dan budaya. Selepas manga meraih sambutan tinggi, siri ini diadaptasikan kepada anime berjumlah 13 episod pada April 2004. Mengejutkan sekali, versi anime pun menjadi sangat popular dan pada tahun sama, pihak produksi telah melancarkan musim kedua pada Ogos 2004.
Satu-satunya masalah adalah manga mengeluarkan bab baru pada kadar yang sangat perlahan. Disebabkan itu, hanya tiga arc pertama yang dapat dijadikan anime sebelum penamatnya diganti dengan “filler” yang membuatkan lebih ramai peminat keliru. Anime tidak berhenti di situ, kerana pada tahun 2016, sebuah filem animasi CGI bertajuk Gantz: O ditayangkan yang merangkumi arc Osaka. Itu pun bukanlah kesimpulan sebenar Gantz yang sebenarnya masih jauh lagi.
Hunter x Hunter
Selepas membuat versi reboot berdurasi 148 episod yang berjaya, anime Hunter x Hunter tamat pada tahun 2014 dengan “arc 13th Hunter Chairman Election” lalu terperangkap dalam status “hiatus” buat selama-lamanya. Sebab utama mengapa anime tiada sambungan adalah kerana kekurangan bahan dari sumber manga.
Manga kini berada di arc Dark Continent tetapi pencipta, Togashi Yoshihiro, terpaksa berhenti melukis kerana masalah kesihatannya bertambah teruk. Insiden ini berlaku pada tahun 2018 dan sejak itu, manga pun tidak ada satu kemas kini. Walaupun studio boleh meneruskan anime sehingga sampai ke titik semasa dalam manga, ini bukanlah solusi yang adil buat peminat yang dah lama menunggu.
@gamersantaimy
Discussion about this post