Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lima ANIME popular dengan musim finale yang TERUK!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Lima ANIME popular dengan musim finale yang TERUK!
Share on FacebookShare on Twitter

Kebanyakan anime popular mempunyai permulaan yang bagus tetapi jika anda tidak tahu, beberapa anime tidak berakhir dengan bagus dan telah dikritik kerana mempunyai musim finale yang teruk. Untuk anime di bawah, musim terakhir mereka gagal untuk menghiburkan atau memuaskan hati penonton sehingga merosakkan populariti keseluruhan yang pernah dicapai sebelum ini. Berikut adalah senarai peribadi saya untuk lima anime popular dengan musim finale yang teruk!

The Melancholy Of Haruhi Suzumiya

Musim kedua anime terkenal ini berjaya mengurangkan populariti Haruhi Suzumiya, di mana peminat dari seluruh dunia bersetuju bahawa story arc Endless Eight adalah salah satu naratif terburuk dalam sejarah anime. Ini adalah kisah pendek yang merangkumi sebahagian daripada kisah novel ringan dan diadaptasi kepada lapan episod yang hampir kurang sama.

Story arc ini merosakkan musim kedua dan terakhir siri anime The Melancholy of Haruhi Suzumiya. Selain daripada story arc Endless Eight, musim kedua pun tidak mempunyai apa-apa kandungan yang menarik. Tidak ada satu episod yang dianggap menarik dan hanya adalah ekstra untuk semua yang terjadi kerana setiap kisah berlaku semasa “timeline” musim pertama.

Darker Than Black

Darker Than Black mempunyai kesinambungan OVA dan musim ke-2 selepas musim pertama, tetapi sebenarnya ramai peminat masih tidak berpuas hati. Ia mengabaikan hampir semua plot tergantung di musim pertama untuk mengejar naratif dan gaya baru yang sangat berbeza. Watak utama -Hei, kini digambarkan sebagai watak yang mudah dibenci dan walaupun OVA kemudian menjelaskan perubahan mendadak ini, ia masih membuat ramai peminat kecewa.

Jika musim ke-2 mempunyai penamat yang bagus, mungkin peminat boleh memaafkan kesilapan OVA. Malangnya, musim ke-2 pun gagal. Malah, peminat tegar pun susah untuk mempertahankan finale Darker Than Black.

Food Wars!: Shokugeki no Soma

Food Wars! adalah sebuah anime shounen memasak yang berjaya meraih populariti dengan adegannya yang lucu. Namun, seperti anime lain dalam senarai ini, musim terakhirnya Food Wars! The Fifth Plate tidak mendapat sambutan yang tinggi. Sama seperti story arc terakhir dalam manga, Food Wars! diakhiri dengan kesimpulan yang “biasa-biasa” sahaja. Musim ke-5 tidak menambah banyak kandungan baru dan mengulangi ciri yang sama dari musim. Untuk membuat story arc BLUE Tournament lebih menarik, beberapa watak baru diperkenalkan. Namun, mereka memerlukan banyak masa untuk mengembangkan watak sehingga watak-watak utama pun tidak diberi penamat yang sepatutnya diterima.

Ini menghasilkan finale yang dengan penamat yang lemah dan bukannya kesimpulan yang peminat inginkan, lantas menurunkan momentum dan keseronokan dari empat musim sebelum. Walaupun begitu, musim terakhir anime sebenarnya berjaya menyelesaikan banyak masalah dalam manga, dan walaupun ramai tidak suka musim ini, ia bukanlah yang paling teruk sekali.

Dragon Ball GT

Walaupun Dragon Ball Super adalah kesinambungan utama selepas DBZ dalam francais, untuk tempoh masa yang lama, Dragon Ball GT wujud sebagai siri terakhir dalam kisah Goku. Dari episod pertama lagi, ramai peminat yang marah. Goku berubah menjadi kanak-kanak, komedinya tidak lawa, dan siri ini tidak menarik banyak penonton sehinggalah episod ke-16.

Memang tidak dapat dinafikan, Dragon Ball GT merupakan kesinambungan yang gagal selepas Dragon Ball Z. Walaupun banyak peminat memuji episod terakhir untuk GT, perjalannya ke episod tersebut penuh dengan kesilapan dan agak membosankan. Walaupun Dragon Ball GT masih mempunyai adegan yang bagus, ia tidak dapat mencapai visi dan misi kreatif daripada pencipta asli, Akira Toriyama.

Tokyo Ghoul √A

Tokyo Ghoul √A bukanlah musim terakhir untuk siri Tokyo Ghoul, tetapi ia adalah penamat kepada siri asli sebelum pelancaran Tokyo Ghoul:re emerged, lantas membuatnya tersenarai sekali. Tokyo Ghoul √A jauh tersasar dari versi manga, dan ini membuatkan ramai peminat menganggap bahawa kesimpulannya sangat anti-iklim dan mengecewakan.

Seperti mana yang anda tahu, anime Tokyo Ghoul masih berterusan selepas itu dan ini mungkin mengurangkan imej buruknya, tetapi adaptasi anime Tokyo Ghoul:re terbukti lebih kontroversial kepada peminat manga. Pendek cerita, ia juga gagal dan tidak mencapai “hype” yang sepatutnya.


Itu sahaja untuk senarai peribadi saya bagi anime popular dengan musim finale yang teruk! Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – Wikipedia 1, 2, 3, 4, 5

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Alchemy Stars mendapat lebih 2 juta muat turun global dalam beberapa hari dilancarkan!

Next Post

Demo Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin dilancarkan hari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang
Review

Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!
Acara

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!

May 13, 2025
Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!
Berita

Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

May 13, 2025
Next Post
Demo Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin dilancarkan hari ini!

Demo Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin dilancarkan hari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd