Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon: Yakuza Dapat Siri Live-Action Oleh Amazon Prime Video, Akan Tayang Oktober 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2024
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Like a Dragon: Yakuza Dapat Siri Live-Action Oleh Amazon Prime Video, Akan Tayang Oktober 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Prime Video telah mengumumkan tayangan perdana eksklusif untuk siri live-action Jepun, Like a Dragon: Yakuza, yang akan membuat debut bermula 25 Oktober di lebih 240 negara di seluruh dunia.

Make the choice to take the next step. Like a Dragon: Yakuza comes to Prime Video October 24. pic.twitter.com/Pn2gKQzqlK

— RGG Studio | Like a Dragon & Yakuza Series (@RGGStudio) June 4, 2024

Seperti saya kata tadi, siri ini ialah adaptasi live-action sebanyak enam episod dengan jalan cerita original berdasarkan francais game popular, Yakuza: Like a Dragon, oleh SEGA. Episod ini akan dikeluarkan dalam dua kelompok; tiga episod pada 25 Oktober, dan tiga episod lagi pada 1 November. Diarahkan oleh Masaharu Take yang terkenal, siri ini menampilkan Ryoma Takeuchi sebagai watak utama, Kazuma Kiryu.

Kredit: RGG Studio

Siri ini mengambil inspirasi daripada game pertama dalam francais, yang terkenal dengan nama Yakuza (sebelum beralih kepada nama Like a Dragon, supaya lebih mirip dengan nama Jepunnya), yang mengisahkan tentang Kiryu dan tiga rakan, mulanya pada tahun 1995, dan kemudian beralih ke tahun 2005 apabila Kiryu keluar dari penjara selepas sedekad di sana.

Kredit: RGG Studio

Sinopsis rasmi: Pada tahun 1995 dan 2005, di antara dua tempoh masa, Like a Dragon: Yakuza, siri aksi jenayah-suspens original, mengikuti kehidupan, kawan zaman kanak-kanak, dan akibat daripada keputusan Kazuma Kiryu, seorang Yakuza yang menakutkan dan tiada tandingan dengan rasa keadilan, bertanggungjawab, dan kemanusiaan yang kuat.

Melakonkan watak utama, Ryoma Takeuchi berkata:

“Saya benar-benar berbesar hati kerana diberi peluang untuk memainkan peranan Kazuma Kiryu, watak yang disayangi dan siri game.Saya merasakan bahawa saya sanggup mempertaruhkan nyawa saya. Penonton akan menikmati drama manusia dan konflik rancangan yang berlaku di sekeliling Kazuma Kiryu. Lebih-lebih lagi, sila lihat adegan pertarungan sengit Kiryu dengan tatu Naga di belakangnya.”

Ryoma Takeuchi

Pengarah Masaharu Take turut mempunyai mesej, di mana dia berkata:

“Saya telah mencurahkan isi hati, jiwa dan pengalaman yang saya peroleh selama 35 tahun ke dalam Like a Dragon: Yakuza. “Semangat yang membuak, bakat dan usaha berjam-jam daripada seluruh pasukan telah membantu menghidupkan kisah hebat ini dalam bentuk siri memukau yang akan dilancarkan tahun ini, tahun naga. Sila nantikan Kazuma Kiryu, lakonan Ryoma Takeuchi.”

Masaharu Take

Sekali lagi saya ingatkan, siri live-action Jepun, Like a Dragon: Yakuza, akan membuat debut bermula 25 Oktober di seluruh dunia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Amazon Prime VideoLike a Dragon: Yakuzalive-action
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Umum Laptop Gaming, Business & Produktiviti Next-Gen AI+, Bersama MSI Claw Baharu!

Next Post

Dragon Ball: Sparking ZERO Pamer Kehebatan Pahlawan ‘Fusion’ Dalam Gameplay Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Onimusha 2: Samurai’s Destiny (Remaster) – Nafas Baharu Kepada Sebuah Aksi Samurai Klasik
Review

Reviu Onimusha 2: Samurai’s Destiny (Remaster) – Nafas Baharu Kepada Sebuah Aksi Samurai Klasik

Reviu Blades of Fire – Sebuah Blacksmith Soulslike Yang Cuba ‘Tempa’ Jalan Sendiri
Review

Reviu Blades of Fire – Sebuah Blacksmith Soulslike Yang Cuba ‘Tempa’ Jalan Sendiri

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
Next Post
Dragon Ball: Sparking ZERO Pamer Kehebatan Pahlawan ‘Fusion’ Dalam Gameplay Baharu!

Dragon Ball: Sparking ZERO Pamer Kehebatan Pahlawan 'Fusion' Dalam Gameplay Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd