Hari ini, SEGA telah mendedahkan lebih banyak maklumat tentang pelbagai mini-game dalam Like a Dragon: Infinite Wealth, yang akan datang di PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, dan Steam pada 26 Januari 2024. Setakat ini, Like a Dragon: Infinite Wealth mempunyai barisan mini-game terbanyak dalam siri, termasuk tambahan lagu baru dalam Karaoke serta permainan arked SEGA klasik untuk dinikmati.
Berikut adalah maklumat terkini:
Karaoke

Dalam karaoke Infinite Wealth, anda boleh bermain permainan rhythm sambil watak menyanyikan sepuas hati mereka. Berbual dengan rakan, nikmati minuman, atau nyanyikan lagu-lagu terkini di karaoke bar tempatan. Mini-game ini datang dengan pelbagai jenis muzik termasuk lagu-lagu baharu untuk Kasuga, Kiryu, dan kru lain.
Lagu baru

- Ichiban Kasuga – “Summertime Groove”
- Kazuma Kiryu – “Baka Darou (Playing the Fool)”
- Chitose Fujinomiya – “Honolulu City Lights”
- Saeko Mukoda – “AWAKE”
- Joongi Han – “If I Could Love the One I Love”

SEGA Arcade Klasik
Dalam mini-game ini, anda boleh bermain game-game klasik buatan SEGA. Bernama SEGA Arcade Klasik, mini-game ini akan menambah 3 game baru iaitu:

- SpikeOut: Gunakan pelbagai teknik semasa menghadapi gerombolan musuh demi musuh dalam beat ’em up memuaskan ini. Anda boleh juga berkumpul dengan rakan lain untuk bermain secara offline co-op.

- SEGA Bass Fishing – Nikmati Bass Fishing realistik di tasik cantik. Gunakan pelbagai jenis umpan untuk menangkap ikan terbesar!

- Virtua Fighter 3tb – Cipta pasukan fighter idaman anda dan bersaing dalam pertempuran pasukan! Kejar kemenangan dengan pasukan unik anda!

- m HOLD’EM – Langkah masuk ke kawasan yang direka semula dengan teliti di Isezaki Ijincho, Yokohama dan nikmati makanan dan minuman semasa bermain permainan poker.

- DARTSLIVE3 – Mesin dart baharu menambah peraturan dan dimensi baharu pada permainan! Permainan ini menampilkan klasik yang digemari seperti 01 serta Center Count-Up yang baru ditambah.
Mini-Game Lain Untuk “Si Dewasa”

Adult Playtime: Berpesta dengan rakan-rakan dan jalin ikatan yang lebih kukuh dengan mereka. Singgah ke Dolls & Devils Playhouse di Hawaii atau Rose Blossom Cabaret dan Lin Lin Hostess Bar di Isezaki Ijincho. Minum dan lihat keadaan jadi hangat semasa persembahan tarian oleh para hostess. Jika anda menunjukkan imej yang baik, gadis-gadis akan menggunakan kemahiran istimewa dan hubungan rakan akan mendapat bonus besar!

Ounabara Vocational School: Hawaii mempunyai tempat yang anda boleh pergi untuk belajar iaitu Ounabara Vocational School, yang membolehkan anda meningkatkan ciri personaliti. Semua soalan telah diperbaharui, dan ada juga topik baharu seperti Hawaii Proficiency. Jawab semua jenis soalan dan lulus ujian itu!

Can Quest: Kali ini, Kiryu akan menjadi orang yang mencuba Can Quest! Naiki basikal dan berlumba melawan masa sambil mengambil sebanyak mungkin tin kosong. Anda akan dapat item berguna dan bahan menggunakan Ecopoints yang anda terima daripada setiap tin. Dapatkan banyak tin dan kuatkan pasukan!
Dapatkan segala berita kami tentang Like A Dragon: Infinite Wealth di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post