Wan Hazmer menceritakan tentang sokongan besar bagi permainan debut Metronomik, No Straight Roads. Game ini telah menghasilkan banyak karya seperti fanart, penstriman dan juga tulisan fiksyen. Dia membincangkan hal ini di keynote No Straight Roads To Our Debut Game sebagai penutup untuk hari kedua persidangan Level Up KL 2020.
There’s a second round of NSR VAs playing Among Us as their roles tomorrow. The first round was sooooooo good, can’t wait! https://t.co/r9bU1cy3YC
— Wan Hazmer ハズ (@WanHazmer) October 9, 2020
Salah satu sokongan terbesar adalah penstriman dalam talian Among Us, yang menampilkan pelakon suara untuk permainan. Walaupun dibintangi bakat-bakat besar ini, ia bukan acara daripada Metronomik dan sebaliknya, dianjurkan oleh pelakon suara Zuke, Steven Bones. Di sini, setiap pemain akan bermain game popular tersebut sambil melakonkan karakter No Straight Roads masing-masing, di mana ia berjaya membuat permainan “trending” di Twitter melalui hashtag #NoStraightRoads.
“Mereka nampaknya sangat bangga dengan permainan ini. Sudah tentu, kami juga bangga dengan mereka.”
Hashtag ini juga sangat disokong oleh komuniti peminat. No Straight Roads menerima lebih daripada 100 fanart baru dalam satu hari. Untuk tujuan demonstrasi, Wan Hazmer mengisi satu mukasurat besar dengan fanart yang dikumpulkan pada 12 jam lalu, secara eksklusif di Twitter. Pada masa yang sama, para peminat mengumpulkan koleksi fanart yang diterbitkan sendiri untuk permainan.
“Ia sangat luar biasa untuk melihat betapa baiknya sambutan di kalangan peminat. Saya telah bercakap dengan mereka, dan mereka benar-benar hebat. Kami tidak mempunyai kata-kata untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.”
Melalui usaha mereka, dia mengatakan hashtag ini berjaya melepasi 2.8 juta tontonan pada hari ulang tahunnya iaitu 10 Oktober. Dia juga memuji peminat kerana memulakan Discord sendiri, sesuatu yang dia mahu lakukan secara rasmi. Namun, daripada membuat dua group berbeza, dia memilih untuk menyertai Discord peminatnya.
Seterusnya, Wan Hazmer memaparkan salah satu sisi penulisan fiksyen oleh peminat. Menurut belliau, No Straight Roads mempunyai 48 cerita di laman penerbitan Wattpad, walaupun jumlah sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi.
“Kami tidak menyertakan penulisan di sisi gelap internet, jika anda tahu apa yang saya maksudkan. Ini tentu saja, merujuk kepada kandungan seksual eksplisit dalam fanfiction, yang merupakan stereotaip pada media.
Akhir sekali, dia berkongsi tentang fan-made game oleh Ash The Artist tentang bos pertama, DJ Subatomic Supernova. Dia tidak menceritakannya dengan terperinci, dan hanya menyebut tentang kewujudan fan-game itu.
“Sangat selamat untuk mengatakan bahawa kami telah membuat sebuah klasik yang tidak dapat dilupakan.”
@gamersantaimy
Discussion about this post