Walaupun Lenovo tidak lagi membuat telefon pintar gaming, tetapi nampaknya mereka tidak ingin mengorbankan idea gaming mudah alih. Ini terbukti menerusi info bocor yang mengesahkan kewujudan Lenovo Legion Go, sebuah handheld gaming PC yang yang dikhabarkan akan menjadi pesaing terbaru kepada Steam Deck dan ASUS ROG Ally.
Secara khusus, info bocor ini dilaporkan oleh Windows Report. Saya tidak begitu pasti jika visualnya sah atau tidak tetapi media tersebut mendedahkan sejumlah imej “rasmi” Lenovo Legion Go yang anda boleh lihat di bawah:

Daripada contoh gambar, Lenovo nampaknya mengambil inspirasi daripada Nintendo Switch di mana controller di setiap sisi boleh ditanggal dan terdapat dengan pencahayaan RGB di sekeliling dua joystick. Controller bahagian kanan juga mempunyai trackpad yang sesuai untuk menavigasi Windows 11.
Mengikut spekulasi, peranti ini menggunakan cipset AMD Ryzen 7040 siri ‘Phoenix‘. Legion Go dikatakan menawarkan skrin sentuh 8-inci dengan bezel yang agak nipis tetapi tidak menyebut tentang resolusi atau kadar segar semua buat masa ini. Port I/O pun cukup mengagumkan dengan slot kad microSD, bicu fon kepala, butang kuasa dan volume serta port USB-C di bahagian atas peranti. Bahagian bawah mempunyai port USB-C kedua.



Bahagian belakang peranti menampilkan built-in kickstand dengan penjenamaan Legion dan ekzos haba di atas. Terdapat pelbagai jenis butang termasuk butang yang standard dan juga butang M1 dan M2 yang memanjang ke sisi peranti. Bahagian belakang menempatkan butang M3 dan M4 tambahan pada controller kanan serta scroll wheel yang merupakan pilihan yang menarik. Controller kiri juga mempunyai butang Y1 dan Y2 di bahagian belakang yang mungkin boleh disusun semula.
Buat masa ini, itu sahaja info yang saya tahu. Harap-harap Lenovo dapat memberi kepastian dalam masa terdekat.
Untuk membaca segala liputan kami tentang gaming, anime dan teknologi, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post