
Untuk menentukan populariti sebuah permainan, kita mestilah kira jumlah pemain yang sedang bermain. Berbeza daripada game single-player, banyak yang perlu dilakukan untuk sentiasa menarik minat komuniti dalam game multiplayer atau MMO, sama ada dari content update, atau perubahan gameplay. Jika ramai yang masih bermain setiap hari, itu bermaksud idea tersebut berjaya! Selepas menjadi game paling laris di Steam pada minggu lepas, Valheim kini menduduki tangga teratas dari segi jumlah pemain.
Menurut SteamCharts, Valheim berjaya capai jumlah pemain semasa sebanyak 391,325 selama 24 jam terakhir. Walaupun GTA 5 juga mendapat pencapaian baru dari segi jumlah pemain, itu tidak cukup untuk mengalahkan Valheim. Jumlah nilai ini lebih tinggi dari mana-mana game popular lain seperti Apex Legends atau PUBG. Walaupun begitu, Valheim tidak dapat mengalahkan Counter-Strike: Global Offensive dan DOTA 2; yang merupakan dua nama besar dalam dunia gaming .
Hugin represents "thought". What's the best advice he has given you so far? 🧠#Valheim #Survival #Vikings pic.twitter.com/xY5CWxQY4h
— Valheim 🌟 (@Valheimgame) February 15, 2021
Kejayaan Valheim cukup luar biasa, dan kita boleh melihat sejenis trend “multiplayer” sedang meningkat dalam kalangan pemain kerana isu pandemik COVID-19. Sama ada Fall Guys, Among Us, atau Valheim, ia sangat mengagumkan untuk melihat sebuah game indie semakin popular dalam masa yang singkat. Apa pendapat anda?

@gamersantaimy
Discussion about this post