Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih Banyak Unit PS5 Akan Dibawa ke Malaysia — Temu Ramah Bersama Warwick Light Naib Presiden Jualan Saluran APAC PlayStation!

Maira by Maira
March 3, 2023
in Artikel, Berita, Temuramah
0 0
0
Lebih Banyak Unit PS5 Akan Dibawa ke Malaysia — Temu Ramah Bersama Warwick Light Naib Presiden Jualan Saluran APAC PlayStation!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan bekalan konsol PS5 nampaknya sudah stabil, komuniti PlayStation saban hari semakin berkembang di Malaysia. Sempena dengan art installation Spider-Man 2 baharu PlayStation di Malaysia, kami sempat menemu ramah Naib Presiden Jualan Saluran PlayStation Asia Pasifik, Warwick Light.

Warwick Light, Naib Presiden Jualan Saluran Asia Pasifik, PlayStation

Baru-baru ini, kita telah digemparkan dengan beberapa penampakan hebat PlayStation di serata dunia. Menurut Warwick, beliau merasakan bahawa PlayStation dikenali dengan keseronokan serta kreativitinya. Para peminat pula tidak pernah terlibat melebihi daripada PS5, jadi penting bagi mereka untuk membuatkan peminat bangga menjadi sebahagian daripada komuniti PlayStation.

Jadi segala pameran besar seni ini merupakan cara membawa PlayStation hidup, di mana komuniti boleh berinteraksi dengan sesuatu yang berbentuk 3D. Ia juga mampu menimbulkan perasaan ingin tahu daripada gamer mahupun bukan gamer, yang sememangnya menarik.

Apabila ditanya mengenai keputusan untuk letakkan art installation itu di Malaysia, Warwick menjawab bahawa penerimaan PS5 di Malaysia yang membuatkan semuanya berlaku. “Pada masa ini, di PlayStation kami teruja untuk menjemput lebih ramai pemain di seluruh dunia untuk menyertai komuniti kami. Dan installation itu dikaitkan secara langsung dengan kempen baharu kami yang dipanggil “Live from PS5″, yang diilhamkan oleh beberapa game terbesar yang terdapat di PlayStation yang akan menjadi kegemaran peminat, seperti: Spider-Man, Horizon Forbidden West, God of War: Ragnarök , Gran Turismo 7.”

Tambahnya lagi, ini bukan kali terakhir untuk perkara seperti ini, memberi petunjuk bahawa akan ada banyak lagi perkara menarik daripada PlayStation akan hadir buat komuniti di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia telah mendapat Marvel’s Spider-Man 2 untuk art installation PS5. Ia merupakan salah satu kempen #LiveFromPS5 khas untuk peminat di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, game Spider-Man 2 juga bakal hadir pada tahun ini. Rasanya inilah masa yang sesuai untuk dapatkan konsol PS5.

Light juga ada memberikan komen mengenai perbezaan antara populariti game antara Eropah dan Asia Pasifik. Katanya, beliau telah memerhatikan perbezaan antara wilayah dan mendapati bahawa pemain di Asia Tenggara lebih menggemari game seperti Monster Hunter, Final Fantasy dan Genshin Impact.

PSVR 2 baru sahaja dilancarkan, dan pelbagai game eksklusif yang telah dikeluarkan. Kami meminta pandangan Light mengenai pasaran peranti PSVR memandangkan pemain di Asia Pasifik lebih cenderung kepada peranti yang lebih kecil dan padat.

Beliau memberitahu bahawa ulasan positif yang diberikan sedikit sebanyak mengajak pemain untuk mencuba PSVR. Ini termasuklah hasil perbandingan PSVR dengan peranti VR lain yang dilakukan oleh pakar teknologi mahupun influencer yang turut memberikan ulasan yang sangat positif.

Selain itu, ramai yang menyukai Sense controller tersebut dengan keselesaan yang diberikan semasa menggunakannya. Haptic feedback juga baik serta adaptive trigger memberikan kedalaman penuh gameplay kepada pemain. Light seterusnya menceritakan pengalamannya bermain Horizon: Call of the Mountain, yang buatkan beliau begitu kagum dengan pengalaman realistik yang diberikan. Beliau turut mengatakan bahawa ada lebih 100 dalam pembangunan yang pasti memberikan lebih banyak pengalaman menarik.

“Ia bagus, kita mempunyai lebih 30 game yang dilancarkan, dan ada lebih 100 game dalam pembangunan, jadi lebih banyak pengalaman menarik akan datang.”

Warwick Light

Sebelum ini, Light telah terlibat dalam melancarkan PlayStation di New Zealand beberapa tahun yang lalu. Apabila bertanyakan tentang kejayaan yang dicapai, Light menjawab bahawa PlayStation sentiasa menolak sempadan bermain selama ini dan terus mencipta serta mengembangkan gaming untuk membuatkan PlayStation lebih menyeronokkan. Konsol generasi sekarang ini merupakan contoh kepadanya.

PlayStation juga berusaha untuk memenuhi impian pemain dan Light menambah bahawa mereka sangat bangga dengan setiap keluaran konsol yang telah mencorak ruang hiburan sepanjang tahun. Antara terbaru yang kita boleh lihat sekarang ialah VR, DualSense Edge dan Project Leonardo. Antara perkara yang Light banggakan ialah bagaimana francais popular PlayStation kini popular di luar sempadan gaming dengan keluaran filem Uncharted, siri The Last of Us dan filem Gran Turismo.

Apabila bertanyakan tentang keterujaan semasa melancarkan generasi baharu konsol, Warwick Light menyatakan dia masih merasakan perasaan itu. Beliau rasakan bahawa ramai yang suka kepada gaming kerana ia merangkumi pelbagai bentuk media seperti filem, penceritaan dan muzik.

Ia juga membolehkan kita semua meneroka ruang yang dicipta. Setiap generasi konsol menambah baik pengalaman tersebut. Light turut menambah bahawa beliau sentiasa bersemangat untuk membawa lebih banyak pengalaman mendalam kepada pemain.

Pengumuman baru-baru ini mengatakan bahawa musim kemarau PS5 akhirnya tamat. Light gembira melihat penerimaan pemain dan permintaan yang semakin kuat serta berterima kasih kepada peminat-peminat Malaysia atas sokongan padu yang diberikan sejak pelancaran PS5 pada 2020. Beliau turut menyatakan bahawa PS5 kini tersedia di seluruh Malaysia bersamaan dengan kempen “Live from PS5” yang sedang berlangsung.

Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi PlayStation mempunyai studio tersendiri di Malaysia iaitu PlayStation Studios Malaysia. Light memberitahu bahawa beliau masih belum berpeluang untuk melawat studio tersebut tetapi berhasrat untuk ke sana apabila melawat Malaysia akan datang. Beliau turut mendengar bahawa studio tersebut melakukan kerja yang hebat dalam menyokong studio PS5 secara global dan tidak sabar untuk bertemu dengan pasukan hebat itu.

“Saya berharap untuk ke Malaysia pada Mei. Sebab saya dengar studio kami di Malaysia melakukan kerja yang bagus dalam menyokong PlayStation Studios secara global, dan saya sangat berminat untuk keluar dan bertemu pasukan di sana.”

Warwick Light

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Anda yang ingin melihat art installation Spider-Man 2, bolehlah ke Lot 10 di Bukit Bintang! Kami juga ada membuat giveaway khas PS5 Digital! Mungkin anda akan menjadi sertai komuniti PlayStation selepas ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai PlayStation daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstationSony Interactive EntertainmentWarwick Light
Previous Post

Preview Resident Evil 4 Remake – Ashley tak perlu bergantung pada Leon!

Next Post

Overwatch 2 – Kiriko tampil dengan skin kolaborasi bersama One Punch Man!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Next Post
Overwatch 2 – Kiriko tampil dengan skin kolaborasi bersama One Punch Man!

Overwatch 2 - Kiriko tampil dengan skin kolaborasi bersama One Punch Man!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd