Bandai Namco Entertainment dengan bangganya mengumumkan lagu tema SWORD ART ONLINE Alicization Lycoris – ‘Scar/let’ dari ReoNa akan keluar secara rasmi 22 Mei 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan Digital PC via STEAM di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia.
Tambahan pula sebuah lagi lagu dari ReoNa iaitu ‘ANIMA’ juga telah pasti menjadi lagu tema pembukaan untuk siri anime SWORD ART ONLINE Alicization War of Underworld 2nd cour! Didalam siri Sword Art Online (SAO) yang terus berkembang walaupun selepas ulang tahun ke-10, ini adalah kali pertama artis yang sama bertanggungjawab dalam lagu tema permainan dan siri!
Dalam treler terbaru yang dikongsikan oleh Bandai Namco, ia menggambarkan wira Kirito, berangkat dalam perjalanan baru bersama kawan-kawan barunya untuk mengelakkan bahaya yang telah terjadi di “Underworld” dan sistem pertempuran yang belum diturunkan. Anda boleh lihat dibawah ini beserta lagu ReoNa;
Beralih pula dengan tangkapan skrin terbaru yang turut dikongsikan oleh Bandai Namco untuk permainan ini yang termasuk beberapa watak terbaru yang turut ada dalam permainan!



Juga terdapat beberapa kawasan baru seperti Deusoldort Desert, Minelda Rocks dan Raubal Greenbelt yang didedahkan;
Sword Art Online: Alicization Lycoris adalah sebuah permainan konsol yang termasuk PS4 dan Xbox serta PC dan akan hadir 22 Mei 2020 ini. Diadaptasi dari novel Reki Kawahara, siri anime SWORD ART ONLINE mengambil cerita pratagonis Kirito si misterius yang akan datang di generasi next-gen permainan dalam talian SWORD ART ONLINE.
Ianya adalah permainan RPG yang ditetapkan dalam dunia maya “Underworld,” seperti yang dilihat dalam siri anime asal. Terokai dunia arka Alicizations yang ditunjukkan dalam grafik yang indah dan watak-watak biasa bersama Kirito. Untuk ketahui lebih lanut, jangan lupa untuk ke laman web rasmi Sword Art Online: Alicization Lycoris.
@gamersantaimy
Discussion about this post