Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih banyak aksi dengan DLC The Division 2: Warlords of New York! Saksikan ulasan review kami disini!

Nyny.A by Nyny.A
March 18, 2020 - Updated on October 7, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, Review, Ubisoft Connect, Xbox One
0 0
0
Lebih banyak aksi dengan DLC The Division 2: Warlords of New York! Saksikan ulasan review kami disini!
Share on FacebookShare on Twitter

Virus yang membunuh makin merebak, seluruh bandar telah diperintah berkurung dan dan satu lagi penularan baru akan berlaku jika kerajaan sekarang tidak mengawal keadaan dan bertindak pantas! Siapa yang bermain The Division pasti anda tahu situasi ini! Nampaknya The Division 2 makin bermasalah dari masa lalu! Ubisoft nampaknya meneruskan penceritaan dari The Division 1 apabila Agents kini kembali ke New York dengan ekspensi terbaru The Division 2: Warlords of New York hadir secara rasmi pada 3 Mac lalu di platform konsol dan PC.

Kami sekali lagi berpeluang untuk mencuba permainan gempak dari Ubisoft ini untuk direview! Jadi memang kami memulakan misi untuk mencuba serba sedikit dari permainan untuk anda semua yang dok terfikir-fikir nak beli atau tak ekspensi The Division 2: Warlords of New York ini. Selepas berejam-jam menghadap permainan ini dan pemburuan pertama selesai, kami boleh mengatakan bahawa Warlords of New York adalah sesuatu yang baik!

Kisah permainan? Misi menewaskan Aaron Keener!

Warlords of New York membawa pemain kembali kepada bandar New York dalam empat kawasan yang berbeza di Lower Mahattan. Misi utama adalah menewaskan Aaron Keener, seorang Agent yang memang bermasalah dan terikat dalam penceritaan The Division dari awal. Bersama leftenennya, penceritaan Warlords of New York memberi kita pelbagai misi hingga menewaskan setiap bos kawasan dan mendapatkan skil baru sepanjang jalan.

Okay kami kongsikan lebih mendalam sedikit jalan permainan ini ye~ Nak menewaskan Keener itu bermakna kami harus menempuh Rouge Agents bawahnya yang menjaga 4 kawasan di sekitar Lower Mahattan. Setiap tahap memberi tahap kesukaran tersendiri dan agak berbeza dari permainan asal. Ada misi yang pemain perlu menewaskan musuh yang membawa tank minyak dan menyerang kita dengan api tanpa henti!

Lebih senang menyatakan, empat rougue agents ini mempunyai senjata unik tersendiri dan mempunyai kebolehan yang tidak pernah dilihat dalam siri ini. Seperti salah satu agents mempunyai pemancar hologram yang mencipta klon mayanya sendiri. Satu lagi mempunyai pelancar sticky bomb yang mendatangkan bahaya pada pemain. Senang cerita, setiap senjata dari mereka menjadi sebuah perlawanan bos yang payah! Tapi lebih menarik, kami dapat menggunakan senjata-senjata baru ini selepas menewaskan mereka! Jadi kesemua senjata ini mempunyai kelebihannya untuk meneruskan perjalanan dalam misi ini.

Setiap tahap terdapat perjalanan macam puzzle yang pemain harus selesaikan. Sambil mencari tuil atau menembak peti fius untuk ke kawasan seterusnya agak mengjengkelkan kerana ibarat buat kita kantoi memasuki sesuatu kawasan! Pelbagai laluan dan item tersembunyi menyimpan perkara-perkara yang lain dari yang lain selepas replay berikutnya. Secara keseluruhan, peta ini memang yang terbaik sebenarnya dalam siri ini.

Sebagai pemain yang dah biasa dengan kawasan Lower Mahattan, Ubisoft nyata melakukan kerja yang luar biasa untuk merekabentuk kawasan itu seperti yang asal, cuma berbeza dengan keadaan sekeliling yang kini lebih chaos. Yang itu anda boleh lihat perbezaannya di artikel yang kami kongsikan sebelum ini okay~

Jalan Permainan yang bukan sekadar Ekspensi biasa! 

Membawa bersama dalam ekspensi ini termasuk beberapa perubahan dalam permainan serta pengakhiran permainan. Salah satu perubahan yang paling kontroversi, namun dalam bentuk gear lengkap dan baik pulih senjata. Premis pemulihannya adalah untuk menyelaraskan cara gear dan senjata yang berfungsi, supaya pemain mempunyai masa yang lebih mudah untuk memutuskan apa yang harus disimpan dan apa yang harus mereka gunakan.

Senjata pun tidak peru dikhuatiri, kerana pelbagai senjata yang boleh digunakan termasuk Assault Riffle, SMG, Riffle, Sniper dan pelbagai lagi. Kesemuanya dapat ditambah lampiran dari pembelian dan ada juga yang boleh diperolehi dari selesaikan misi. Jadi kalau nak naik level pun boleh dilakukan disetiap safehouse.

Jika anda mati, jangan risau, backup kan ada! Revive je agents anda tu! Tapi andai kata ahli agents tak sempat selamatkan kita, satu pekara dalam The Division yang masih sama adalah bila respawn dekat safe house yang terdekat dengan lokasi kematian kita. Tetapi jika dah jauh perjalanan dari safe house terakhir, ianya akan menjadi agak rumit sedikit kerana harus melalui kawasan yang sama berulang kali.

Sistem leveling kini dibaikpulih sepenuhnya! Daripada mempunyai tahap gear total (yang tertinggi pada 515), watak dan gear sekarang hanya mempunyai level standard. Setelah kita mencecah level 40, pelbagai yang dibuka hingga kini pemain dapat ‘attribute’ dari keping gear yang berbeza dan menyimpannya di dalam recalibration library. Kemudian, kita dapat menambah ‘attribute’ yang disimpan untuk senjata dan perisai pemain. Ini membolehkan pemain membuat watak yang sesuai dengan gaya mainan mereka tersendiri. Walaupun telah mencapai level 40, pemain masih akan mendapat XP yang boleh digunakan untuk terus membuat watak dan senjata yang lebih kuat.

Walaupun pemain lama akan benci kerana semua gear yang disesuaikan dengan kesukaran mereka dari Washington D.C. tidak berubah, sistem leveling yang baru ibarat syurga~ Sekali pandang, ia adalah mudah untuk melihat apa gear dan ‘attribute’ yang terbaik akan sesuai dengan kita. Dalam masa yang sama, sistem mengekalkan tahap kedalaman yang baik bagi pemain yang benar-benar mahu menyelam dengan nombor dan nilai. Ia tidak akan mengambil masa yang lama sebelum anda melihat penambahbaikan watak yang ketara. Jadi bagi kami mendapatkan level 40 bukanlah penghalang jika anda peminat setia siri ini.

Tapi sebenarnya ada sesuatu yang lebih menarik~

Seperti biasa, dalam misi mesti kami mencari sepuas hati untuk gear terutamanya. Mengejar pengakhiran permainan ibarat sesuatu yang amat diinginkan. Sebab sehabis je permainan, agents akan membuka kunci satu set baru pilihan untuk naik taraf dengan sistem leveling SHD! Hanya dengan bermain permainan, pemain dapat level kemahiran SHD anda yang boleh meningkatkan output kerosakan, kesihatan atau pertahanan dan juga peratusan peluru yang anda miliki. Peningkatan tambahan ini membolehkan pemain menjadi lebih kuat dari setiap langkah, memberi pemain banyak peluang untuk menjadi lebih kuat walaupun sehingga pemain mendapati set gear sempurna mereka.

Sebagai tambahan dalam sistem skil SHD terbaru ini, Ubisoft juga telah menambah sistem Season yang mengenalkan manhunt baru dengan keperluan baru. Juga “Season Levels” yang akan memberi ganjaran pada pemain selepas menyelesaikan misi acara dan mendapat mata pengalaman. Bermula minggu ini, musim pertama season memberi lebih banyak aktiviti endgames dan ganjaran untuk The Division 2! Pelbagai target, set gear, exotic semuanya akan ditambah pada setiap musim yang akan hadir setiap 12 minggu. Jadi anda yang mana beli Season One Warlords of New York jangan terlepas acara ini okay!

Perkembangan yang Masih Memuaskan! 

The Division 2: Warlords of New York nyata adalah sebuah ekspensi yang memuaskan, dengan segala aksi misi yang baru, dunia baru untuk diterokai, endgame yang diubah sepenuhnya dan beberapa ciri perkembangan baru untuk menarik minat para pemain untuk terus kembali kepada permainan ini. Pada mula-mula kami cuba terdapat beberapa bug yang didapati, juga termasuk cache bug untuk tech SHD yang menghalang pemain daripada melihat nod teknologi SHD di peta. Tetapi kami masih puas hati kerana bug tidak lah terlalu teruk seperti yang dijangka kerana Ubisoft nyata memberi patched dalam masa yang cepat untuk memperbaiki bug tersebut.

Kesimpulannya~

Apa yang pemain boleh harapkan dari perkembangan ekspensi dalam Warlords of New York ini? Untuk pemain lama dalam permainan mungkin akan terasa kesakitan atas perubahannya, sistem gear baru akan mengambil sedikit masa untuk terbiasa, musuh terasa lebih payah nak tewaskan dan sekeliling New York terasa lebih berbahaya. Manakala untuk pemain baru atau pemain yang kembali semula untuk The Division, alami misi yang tanpa henti dengan aksi diikuti dengan pendakian permainan akhir yang dahsyat berhasrat untuk memastikan anda tetap menjadi agent terbaik yang boleh anda lakukan.

Jujur, anda seorang pemain yang sukakan aksi, anda memang harus membeli permainan The Division 2: Warlords of New York yang kini DLC nya telah pun hadir di konsol dan PC! Jadi lepas dah main tu jangan lupa kongsikan pengalaman bermain anda dengan kami okay!

Beli DLC disini
Tom Clancy’s The Division 2 Warlords of New York
Developer: Ubisoft
Release Date: 2020-03-03
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Tom Clancy’s The Division 2 adalah permainan video peranan-permainan yang dimajukan oleh Massive Entertainment dan diterbitkan oleh Ubisoft.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

The Division 2: Warlords of New York

8 Score

Memuaskan hati kerana penuh dengan aksi, dengan perubahan yang banyak anda memang patut mencubanya!

PROS

  • Perkembangan permainan akhir yang meluas
  • Senjata dan kemahiran baru
  • Revamped gear system easier to understand

CONS

  • Perubahan sistem yang mungkin mengelirukan pemain asal
  • Sedikit bug permainan
  • Kawasan respawn yang tidak berapa produktif

Review Breakdown

  • Aksi cukup memuaskan! 0
Tags: reviewthe division 2The Division 2: Warlords of New YorkThe Division 2: Warlords of New York Reviewubisoft
Previous Post

Kerana koronavirus, orang ramai pulun beli model GUNDAM sampai habis!

Next Post

Call of Duty: Warzone menambah MODE SOLO! Hanya anda vs. 149 pemain lain!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Call of Duty: Warzone menambah MODE SOLO! Hanya anda vs. 149 pemain lain!

Call of Duty: Warzone menambah MODE SOLO! Hanya anda vs. 149 pemain lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd