Lebih daripada 150 pekerja Riot Games yang tidak puas hati hari ini berjalan keluar dari pejabat League of Legends di Los Angeles untuk membantah pendirian syarikat tersebut mengenai paksaan timbangtara (arbitration). Mereka berdiri di tempat letak kereta di kampus Riot sambil memegang sepanduk dan berikan ucapan. Kepada yang tidak biasa dengan terma “arbitrasi” atau “timbangtara”, ia bermaksud kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes-kes pertikaian dengan adanya pihak ketiga sebagai panel penimbangtara (pengantara), dan tidak melibatkan mana-mana makhkamah. Dalam erti kata lain, penyelesaian di luar mahkamah.
Game Workers Unite stands in solidarity with all Riot Games workers participating in today’s walkout, to protest sexual harassment and Riots attempts to prevent sexual assault lawsuits via forced arbitration. ✊🏿✊🏽✊
— Game Workers Unite ✊🏿✊🏽✊🏾 (@GameWorkers) May 6, 2019
Timbangtara secara paksaan ini dianggap berat sebelah, terutamanya kepada pekerja kerana mereka tidak boleh mendakwa syarikat atas gangguan seksual untuk dibincangkan terus di mahkamah, tetapi terpaksa mengambil bahagian dalam timbangtara, di mana kedua belah pihak yang menentang harus merujuk pihak ketiga untuk dijadikan pengantara untuk perjanjian tersebut. Oleh itu, imej syarikat tidak terlalu tercalar kerana ianya bukanlah awam, dan apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan terma, syarikat tersebut lebih dijamin untuk mendapatkan perjanjian yang lebih baik daripada jika mereka terpaksa melakukan trial. Pekerja dipaksa untuk menyelesaikan masalah secara persendirian di luar mahkamah, dan tidak boleh “saman” syarikat tersebut.

Jocelyn Monahan, pakar strategi pendengaran sosial di Riot, dalam temu bual bersama Kotaku berkata:
“Kami meminta supaya arbitrasi paksaan pada waktu dulu, sekarang dan masa depan untuk semua pekerja Riot dihentikan , termasuklah kontraktor dalam litigasi semasa.”
Berdiri di hadapan sepanduk “Rioters Unplugged,” Jocelyn kemudian memberitahu rakan-rakannya yang berkumpul di situ melalui megafon, “meminta supaya berasa selamat tidak membuatkan anda berhak.” Satu perkara penting yang dia berharap dapat disampaikan kepada rakan-rakannya-bahkan mereka yang memilih untuk berada di meja dan terus bekerja adalah:
“Kamilah pekerja yang menjadikan Riot hebat. Saya mahu kita merasakan perpaduan dan hubungan antara satu sama lain. Saya mahu kita berasa seperti suara kita didengar dan didengar dengan cara yang penting.”
Rakan sejawatnya bergilir-gilir bercakap melalui megafon tersebut, dengan beberapa mengakui bahawa mereka takut untuk mengambil bahagian dan diberi label “anti-Riot.” Kata salah seorang daripada pekerjanya, “Saya risau dan terfikir, bagaimana jika saya pergi dan tiada siapa yang muncul? Tapi sekarang saya sudah tidak bimbang mengenai itu. Yang lain menunjukkan sokongan mereka dengan hashtag #riotwalkout, yang telah di-tweet beratus-ratus di Twitter.

Protes hari ini nampaknya merupakan bantahan pertama berkaitan pekerja untuk sebuah studio yang besar seperti Riot. Pengurusan syarikat ini membenarkan pekerja-pekerjanya untuk mengambil bahagian dan menggesa para pengurus untuk memahami situasi. Menurut Kotaku, seorang wakil Riot menambah, “Kami menghormati Rioters yang memilih untuk berjalan keluar hari ini dan tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa jenis protes sama ada daripada penyertaan (atau tidak).”
Tahun lepas, Riot Games memohon maaf atas budaya kerjanya yang seksis dan pertama kali didokumentasikan dalam pendedahan teruk dilaporkan oleh Kotaku pada bulan Ogos, 2018. Budaya Riot sekali lagi menjadi pusat perhatian media apabila seorang bekas pegawai Riot Games peringkat tinggi menerbitkan sebuah posting blog tentang seksisme yang dikatanya disaksikan sendiri di depan matanya. Antara tuduhan dalam post blog tersebut adalah laporan di mana wanita dinilai berdasarkan “hotness” mereka, malah eksekutif menggunakan slogan “berkata “tidak” tidak semestinya bermaksud “tidak” dan wanita juga diberikan gambar anatomi lelaki yang tidak diminta.

Syarikat itu membuat beberapa janji untuk meningkatkan budayanya dalam masa 30, 60 dan 90 hari akan datang. Tetapi pekerja semasa tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan mengambil keputusan untuk keluar melakukan protes. Seorang pekerja dalam protes itu memegang poster yang mempunyai slogan: “Semua ini tidak sepatutnya mengambil masa yang lama ini untuk melakukan perkara yang betul dan saya yang membuat laporan, kenapa dia yang mendapat kenaikan pangkat”.
I am participating in the #riotwalkout today. It should not be legal to force workers into arbitration when they suffer sexual harassment– or any other discrimination, really. It’s already not legal in several states. I’d like my company to be on the cutting edge of this issue!!
— Laura Michet (@lmichet) May 6, 2019
Seorang lagi penunjuk perasaan menjelaskan dalam sebuah tweet, “Ia tidak sepatutnya menjadi undang-undang untuk memaksa pekerja melakukan timbangtara apabila mereka mengalami gangguan seksual atau apa-apa diskriminasi lain. Ia sudah pun tidak sah di beberapa buah negeri lain. Saya ingin syarikat saya juga ambil perhatian dengan isu ini!!”
Senario yang teruk mungkin akan berlaku bukanlah apabila pekerja tersebut akan dipecat, iaitu ketakutan yang difikirkan apabila mereka memutuskan untuk melakukan protes pekerja. Ini kerana Riot sendiri telah berkata ia tidak akan bertindak balas terhadap pekerja yang mengambil bahagian. Namun, perkara yang paling teruk mungkin berlaku ialah apabila mereka sebagai pekerja tidak didengar. Apabila pemimpin tidak bergerak dari kedudukan mereka sekarang dan terus mengekalkan bahawa akan ada ‘komitmen untuk masa depan’ maka Riot Games tidak akan pernah sedar dan mendengar rungutan dari pekerjanya. Harap-harap Riot Games dapat membaiki kesilapan mereka hari ini dan sedar bahawa tanpa pekerja yang dedikasi untuk syarikat tersebut, mereka tidak akan boleh berdiri dengan teguh seperti sekarang.
@gamersantaimy
Discussion about this post