Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Leak motor MWT-9 yang merupakan motor dalam teaser PUBG Mobile x YAMAHA!

Halamakk meleleh tengok skin motor ni bhai!

Nyny.A by Nyny.A
July 3, 2020
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, iOS, Mobile
0 0
0
Leak motor MWT-9 yang merupakan motor dalam teaser PUBG Mobile x YAMAHA!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ini memang tengah hangat lah dengan kemaskini terbaru 0.19.0 PUBG Mobile yang terbaru akan datang 7 Julai 2020 ini termasuk dengan peta baru bernama LIVIK, kereta 4WD baru serta Mod Classic Unranked baru. Tetapi, anda perasan tak 3 hari lalu, PUBG Mobile ada kongsikan teaser terbaru mereka berkolaborasi dengan YAMAHA? Ya, YAMAHA, syarikat perkilangan motorsikal yang popular dari Jepun tu~

Dalam teaser pendek yang dikongsikan PUBG Mobile, hanya menampilkan sekilas pandangan motor yang berkemungkinan akan menjadi salah satu skin baru atau kenderaan baru untuk ditunggang dalam permainan. Dan ramai yang telah menyatakan bahawa motor tersebut adalah YAMAHA MWT-9 terbaru jika dilihat mengikut ukirannya didalam teaser tersebut. YAMAHA MWT-9 adalah motor bertayar tiga dan dilancarkan sejak 2018 serta dijual secara global.

Yamaha MWT-9 yang mungkin akan ada di PUBG Mobile (Kredit Gambar: LuckyMan)

Skin dalam permainan kemungkinan besar akan kelihatan serupa dengan gambar di bawah:

Bukan itu sahaja, melalui kebocoran maklumat ini, terdapat satu lagi skin YAMAHA dalam kolaborasi ini. Motor tersebut adalah YAMAHA T7 Concept! Dicipta menggunakan DNA keturunan racer yang telah menjadikan Yamaha salah satu nama yang paling berjaya di dunia Rally, Yamaha T7 Concept berfungsi sepenuhnya sebagai scrambler yang gempak!

Skin kedua Yamaha T7 Concept untuk PUBG Mobile (Kredit Gambar: LuckyMan)

Walaupun buat masa ini PUBG Mobile masih belum menyatakan lagi produk sebenar apa yang akan hadir dalam permainan oleh YAMAHA ini, mungkin ianya akan diberitahu dalam masa yang terdekat walaupun ianya maklumatnya sudahpun bocor. Kedua motor YAMAHA MWT-9 dan T7 kemungkinan akan menjadi skin pada motor yang tersedia didalam permainan ini. Tetapi jika kenderaan baru, mesti lebih seronok kerana keduanya berkelajuan tinggi!

Jadi apa pendapat anda dengan kedua motor YAMAHA yang akan datang ke PUBG Mobile ini? Adakah ianya adalah kenderaan baru atau skin? Adakah ianya akan menjadi skin tetap, atau percuma, atau ada misi untuk mendapatkannya? Nantikan pengumuman rasmi dari PUBG Mobile akan datang ok!

Sumber: LuckyMan; Sprtskeeda

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: pubg mobilePUBG Mobile x YAMAHAYAMAHAYAMAHA MWT-9YAMAHA T7YAMAHA T7 Concept
Previous Post

Fallout nampaknya akan ada adaptasi siri TV oleh Amazon Studios!

Next Post

Producer Re:Zero menjelaskan mengapa anime ISEKAI sangat popular!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Producer Re:Zero menjelaskan mengapa anime ISEKAI sangat popular!

Producer Re:Zero menjelaskan mengapa anime ISEKAI sangat popular!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd