Hari demi hari, harga GPU semakin stabil dan menyebabkan harga untuk beberapa hardware komputer turut stabil. Kali ini, kami ingin kongsikan kepada korang untuk beberapa senarai laptop gaming terbaik bawah RM 5000 yang dilengkapi dengan RTX dan Radeon RX setakat Mei 2022. Tanpa membuang masa lagi, jom lihat senarainya!
HP Victus 16-d0159TX (RM 4,939.00)

HP Victus 16 adalah laptop gaming yang dikeluarkan oleh HP. Ia didatangkan dengan CPU daripada Intel iaitu Intel i7-11 gen manakala GPU yang digunakan adalah NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti. Namun RAM yang disediakan oleh HP adalah sebanyak 8GB sahaja. Ia juga dilengkapi dengan 512GB M.2 NVME SSD.
Untuk bahagian skrin, ia mempunyai skrin 16.1 inci Full HD yang beresolusi 1920 x 1080, 144Hz, panel IPS dan 45% NTSC. Korang boleh layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Acer Nitro 5 AN515-57-51NV (RM 4,249- RM 4,829.00)

Acer Nitro 5 adalah satu-satunya laptop yang dilengkapi dengan RTX 3060 yang berharga bawah RM 5,000. Ia menggunakan Intel i5-11 gen sebagai CPU. Laptop ini didatangkan dengan 8GB RAM yang boleh di upgrade sehingga 32GB dan 512GB NVMe SSD yang juga boleh di upgrade.
Selain itu, ia turut menyediakan skrin 15.6 inci Full HD yang beresolusi 1920 x 1080, NTSC 45% dan mendapat sokongan 144Hz refresh rate.
ASUS TUF Gaming Dash F15 FX516P (RM 4,139.00 – RM 4,799.00)

ASUS TUF Gaming Dash F15 menggunakan Intel i7-11 gen dan dilengkapi dengan GPU RTX 3050 Ti. Ia didatangkan dengan 8GB RAM dan mempunyai 1 slot lebih untuk di upgrade sehingga 32GB. Ia disediakan dengan 512GB M.2 NVMe SSD. Skrin yang digunakan adalah 15.6 inci Full HD beresolusi 1920 x 1080, sRGB 62.5% dan 144Hz refresh rate.
MSI Alpha 15 B5EEK-061 (RM 4,299.00)

MSI Alpha 15 adalah salah satu laptop menggunakan kombinasi sepenuhnya dari AMD. CPU yang digunakan adalah AMD Ryzen 5 5600H manakala GPU adalah AMD Radeon RX 6600M. Menurut notebookcheck ia lebih berkuasa jika nak dibandingkan dengan GPU daripada NVIDIA iaitu RTX 3060. Laptop ini dilengkapi dengan 16GB RAM dan 512GB NVMe SSD.
Seterusnya, skrin yang didatangkan adalah 15.6 inci Full HD yang beresolusi 1920 x 1080, NTSC 72% dan 144hz.
Laptop yang tersenarai mempunyai spesifikasi yang membolehkan korang bermain sekurang-kurangnya AAA games dengan 60FPS pada low setting. Laptop-laptop ini bukan sahaja untuk bermain game, tetapi korang juga boleh menggunakan untuk streaming dan macam-macam lagi.
Jadi, sesiapa yang mempunyai niat untuk membeli laptop gaming yang dilengkapi dengan RTX dan Radeon RX bawah RM 5000, korang boleh gunakan senarai ini sebagai panduan. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post