Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Predator Triton Neo 16 baharu, laptop gaming berkuasa yang dilengkapi dengan pemproses Intel Core terkini, dan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4070, sesuai untuk game yang intensif dan aplikasi kreatif semasa on-the-go. Tersedia sekarang di Malaysia, laptop ini bernilai sebanyak RM9,999.
Predator Triton Neo 16 dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 9 185H dan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4070 dengan kuasa maksimum 255W dalam casis nipis 18.82mm dan berat hanya 2.05kg.
Dengan enjin AI berdedikasi dan Intel Application Optimization, laptop gaming ini memastikan prestasi yang cekap, dan gameplay yang lancar. NVIDIA DLSS 3.5 meningkatkan visual ray-tracing, manakala perakuan NVIDIA Studio menjamin prestasi yang pantas dan lancar. Pengguna juga mempunyai akses kepada suite NVIDIA Studio dan NVIDIA Studio Drivers untuk kestabilan maksimum.
Visual menjadi hidup pada paparan 16″ 165Hz 3.2K Calman Verified dalam aspek ratio 16:10 dengan liputan 100% DCI-P3. Selain itu, ia didatangkan dengan NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC untuk visual yang tajam, dan Acer Purified Voice 2.0 dengan AI noise reduction dan susunan mikrofon 3D untuk komunikasi audio yang jelas, menjadikan ia sesuai untuk para creator, streamer dan gamer.
Untuk mengekalkan prestasi puncak, laptop ini dilengkapi dengan Predator Cooling System yang menampilkan kipas dwi AeroBlade 3D Gen Ke-5, gris haba logam cecair dan paip haba vektor. Aplikasi PredatorSense 5.0 membolehkan pengguna customize papan kekunci RGB 3 zon, memantau dan mengawal sistem. Ia juga menawarkan pelbagai port, termasuk HDMI dan USB-C Thunderbolt 4, dan pembaca kad SD Mikro.
Tersedia sekarang di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada dan pengedar sah Acer di seluruh negara, laptop gaming Predator Triton Neo 16 dijual pada harga RM9,999.
Untuk meraikan pelancaran, Acer Malaysia memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli Predator Triton Neo 16 sebelum 25 Jun 2024 dengan Acer Melbourne Luggage 20” bernilai RM999.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli produk Intel terpilih termasuk Predator Triton Neo 16 sebelum 21 Jun 2024 dapat menyertai cabutan bertuah untuk peluang memenangi sepasang tiket dan lawatan ke VCT Pacific Season Finals di Korea Selatan, yang bernilai sehingga RM10,000.
@gamersantaimy
Discussion about this post